Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

24 November 2009

just wrote it down~part 2

0 false false false

Apalah lagi yang terisi dalam beg ni. Aku baru hendak mengeluarkan objek lain dari beg itu apabila ibu memanggil menyuruh masak. Oh no. Sudah lama tidak masak membuatkan aku berasa sangat malas untuk memasak. Aku bukannya Huzair yang pakar masak walaupun anak orang kaya dan seorang lelaki. Teringat lagi peristiwa dia merasa masakan Huzair secara tidak sengaja. Kalau dia tahu takkanla dia nak rasa mi goreng yang dibeli oleh Lina pada Hari Sukan sekolah dulu.

“Kau buat apa terperuk kat dalam bilik tu?Takkanlah study kot sampai-sampai rumah.” Pertanyaan mak sebaik sahaja aku sampai di dapur.

“Eh mak ni..Study pon salah ke?Hee...Taklah. Tadi ada maslah kena settle dengan kawan. Biasalah..Remaja zaman sekarang.”Aku menjawab selamba sambil mengopek kulit bawang merah. “Nak masak apa mak? Bukan selalu rumah kita tak masak malam ke?”

“Alah..sekali sekala. Ada kawan abang kau nak datang malam ni. Tolong-tolonglah sikit yer. Mak nak juga nilai masakan kau. Kata masuk kelas kokurikulum masakan.”

Hai..sabar jelah mak aku ni. Memang aku masuk kelas masakan tapi belumlah dimantapkan ilmu di dada. Aku pun tak tahu kenapa aku dapat kelas masakan sedangkan first choice aku ialah Kelas Penulisan. Tapi, dah kita dapat peluang tu, perlulah gunakan dengan sebaik mungkin sebab semua benda ada hikmahnya. Not bad juga kelas masakan tu. Cikgunya pun sporting. Cuma telah berkenalan dengan sekumpulan pondan yang agak gedik dari Fakulti Alam Bina. Ah..malas nak fikir fasal diorang. Aku mengfokuskan perhatian kepada masakan yang dimasak. Nasi dah masak awal-awal. Sejam setengah kemudian, sayur kacang panjang goreng, sambal tumis udang dan juga ikan masak kicap telah siap dimasak. Pastu mak keluarkan ikan masin untuk digoreng. Aku pelik sebab sejak bila rumah ni ada banyak bahan mentah yang boleh dijadikan lauk. Selalunya bila aku baliklah time mak nak pergi pasar beli barang-barang untuk lauk. Aku tanya mak dan mak menjawab yang Kak Yanti yang bawa dari Mersing. Oh..Letih jugalah memasak ni. Nasib baik aku tak perlu solat Maghrib. Bolehlah aku mandi dan meneruskan penggeledahan beg yang diterima petang tadi. Untuk hal menyiapkan meja makan aku serah pada kakakku yang baru balik dari kerja.

Selepas mandi, aku terus memakai baju yang agak sopan-bukanlah baju kurung- walaupuna aku suka memakai baju kurung. Malam-malam begini selalunya aku akan mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar slacks sahaja jika ada tetamu. Tudung boleh sarung tudung tadi sahaja. Aku mencapai bag laptop dan menghidupkan laptop kesayanganku itu. Laptop ini pemberian Abang Akmal. Hmm, aku tak dapat terima sebenarnya awla-awal. Walaupun gaji Abang Akmal cukup untuk memberikan aku sebuah komputer, tapi tidak perlulah membazir untuk ini. Dia kata sebagai hadiah untukku kerana mendapat pencapaian akademik yang memuaskan. Aku tak biasa sebenarnya menerima hadiah walaupun selalu sahaja mendapat keputusan yang cemerlang semasa sekolah menengah dulu. Aku bukanlah seperti Jaer, selalu dapat hadiah dari parents. Yalah, anak tunggal. Aku mebuka fail lagu dan memainkan lagu nasyid yang terdapat d laptopku. Takut pula hati lupa Tuhan ketika tempoh tidak boleh solat ni.

Aku mengambil beg kertas yang Huzair kirimkan kepadaku. Barang yang aku keluarkan sekarang ialah sebuah album gambar. Besar dan kulitnya berlatarkan gambar kucing-kucing yang sangat comel. Aku suka binatang. Itu sebuah kenyataan yang semua orang maklum. Dan pada muka pertama album gambar itu terpapar gambar aku bercakap dengan kucing di kantin sekolah dan aku sedang memberi makan ikan-ikan yang terdapat di kolam di hadapan pejabat sekolah dulu. Pelik. Macamana Huzair boleh ada gambar-gambar ini?Yang itu memang susah nak tahu jawapannya. Kalaulah mamat tu ada depan mata dalam bilik ni kan senang untuk aku bertanya. Tapi kalaulah dia berada dalam bilik ini, sudah pasti lain jadinya. Silap-silap aku kena tangkap basah. Dah mula dah aku mengarut tentang Huzair. Gila.

Aku terus menyelak ke halaman seterusnya yang semakin membuatkan aku terkesima dan tertanya-tanya. What is this all about? Semua gambar-gambar dalam album itu adalah gambarnku. Candid photos. Aku sedang makan, aku sedang menjaga koperasi, aku sedang buat demonstrasi silat yang sememangnya memalukan, aku sedang menunggu bas, gambar aku menunggu abang di tempat jamming dan aktiviti-aktiviti sewaktu dengannya. Dan obviously semuanya diambil oleh Huzair. Kenapa pula dan macamana? Bukannya di sekolah tu semua pelajar dibenarkan membawa kamera ke sana ke mari. Selama aku terserempak dengannya, tiada pula aku nampak ada kamera. Huh. Dahlah mengambil gambarku tanpa kebenaran. Ni yang membuatkan aku semakin tertekan dan marah dengan Huzair. Dia selalu membuatkan aku tertekan. Namun, hati kecilnya memuji bakat terpendam Huzair dalam mengambil gambar. Semuanya nampak cantik. Dan pujian yang terbit dari dirinya juga membuatkan dia lebih tertekan. Boleh pula dia memuji walaupun sedang marah pada Huzair. Apa nak jadi dengan aku ini..Aku menyelak lagi dan lagi dan terkejut pula mendapati ada foto-foto Huzair juga terselit di situ. Huzair seorang lelaki yang..bukanlah tampan seperti Yusri KRU atau Remy Ishak. Namun, mukanya manis, membuatkan orang sejuk hati bila melihatnya. Komen tentang Huzir itu telah didengarinya daripada kawan-kawannya. Selalu. Sebab mereka memang selalu nak memperbaiki hubungan kami. Aku terkecuali. Sebab hatiku menjadi semakin panas apabila melihatnya. Entah mengapa. Ada saja yang tidak puas hati. Sehingga walaupun Huzair pernah cuba berbuat baik dengan aku, aku tetap membalas dengan menyakitkan hati Huzair. Ada pernah sekali Huzair memuji aku sebab mendapat result yang cemerlang, namun jawapanku ialah’ “itulah balasan kalau selalu buat jahat dengan aku. Result kau tu tak bagus pun kan?”. Aku sangat berlagak kerana dia pun pernah berlagak sebelum itu. Aku sedang mendengar kawanku memahamkan aku tentang English di kantin dan dia yang entah datang dari mana berkata, “Itupun tak tau ke. Kononlah duduk kels pandai.” Kami berbalas-balas kata selepas itu dan aku dengan geramnya membaling sudu yang terletak di dalam pinggan di hadapanku ke arahnya. Boleh pula aku jadi seperti itu. Kak Tika cakap aku ni nampak ayu sahaja, bukannya jenis yang baling-baling benda pada orang lain.

Semua gambar-gambar Huzair ditatapnya puas-puas. Tiba-tiba dia mengakui yang dia memang merindui Huzair. Huhu..Tak patut betullah aku ni. Album gambar itu aku tutup perlahan-lahan. Macam dalam drama One Tree Hill pula. Peyton pun ada kes yang orang lain ambil gambar dia tanpa pengetahuan dia. Dan orang yang ambil gambar itu ialah seorang psiko yang terlalu obses dengannya. Eh.Aku menggelengkan kepala. Huzair bukanlah seorang psiko. Tapi boleh jadi dia ingin menganiaya aku. Maybe dia boleh mengedit gambar-gambar aku kepada gambar yang tidak senonoh. Aku geleng kepala lagi. Taklah. Huzair bukan macam tu. Tapi Huzair dah ada awek. Kenapa dia buat macam ni? Persoalan tentang Huzair terhenti apabila Kak Tika memanggilnya keluar dari bilik. Katanya kawan abang tu dah sampai. Album gambar itu aku letakkan balik ke dalm beg kertas. Aku mengenakan tudung dan memakai bedak sedikit. Tidak mahu dilihat comot.

“Eh, kita kena makan sekali ke dengan dia?” Aku bertanya kepada Kak Tika.

“Haah. Mak kata lagi elok. Dah, jom. Amboi..Wangi bau. Nak pikat hati kawan Abang Akmal ke?Hehe”Aku terngaga mendengar komen Kak Tika. Tak perasanlah pulak aku wangi.

“Macamana ni, takkan nak letak benda yang busuk kat baju?”Aku tanya Kak Tika lagi. Kak Tika hanya tergelak dan menarik tanganku untuk ke meja makan. Setibanya di meja makan, aku terkejut sangat sebab yang dikatakan kawan abangku itu ialah Huzair. Dia ni memang selalu buat aku tertekan. Ini aku nak fikir lagi kenapa dia ada kat sini? Rumah aku lagi. Abang Akmal ni pun satu. Sakitnya hati. Aku mengamati wajahnya. Dah menjadi semakin matang. Semakin kemas dan.......

“Yang kau tercegat kat situ kenapa, Ira. Makanlah. Ke tak nak makan masakan sendiri?” Ayahnya menegur menyebabkan fikirannya berhenti dari memikirkan Huzair. Dia pun akur dan duduk di sebelah Kak Tika. Yang ayah ni pun...kenpalah beritahu aku yang masak.

“Oh..Syakira ke yang masak..Patutlah sedap je saya makan, PakCik.” Suara yang dia tidak mahu dengar kedengaran juga. Isy..sibuklah kau.

“Ira, janganlah nengok abang macam nak makan. Nanti kita bincang. Hehe. Esok kita jalan-jalan nak?Abang belanja wayang cerita Papadom. Best tu..”Abang Akmal memujuk. Blalah abangku itu.

“Berapa lama lagi nak duduk kat rumah sewa tu Jaer? So, kau dah dapat kerja tetaplah yer?Kalau nak senang duduk je sini. Takyah bayar.” Cadangan ayahku itu membuatkan aku yang sedang minum tersedak. Kak Tika pun menuangkan aku air lain. Malulah macamni. Huzair ni pun, mata tu tak boleh pergi tempat lain ke? Asyik-asyik mebuatkan aku tertekan.

“Takpelah Pak Cik. Saya segan pulak. Lagipun taknak susahkan anak dara dalam rumah ni. Rumah sewa saya dekat je dengan tempat kerja. Tak perlu susah-susah pakcik.”

Perbualan makan malam itu berkisar tentang Huzair. Dia hanya diam saja. Malas nak bercakap lebih-lebih. Mahu saja dia bertanyakan macam-macam pada Huzair tapi tak sesuai masa dan tempat. Mak dan Ayah sedia maklum aku dan Jaer satu sekolah. Namun, mereka tak tahu aku dan dia bermusuhan dulu. Sekarang, entah. It’s complicated. Jawapan yang aku dapat tentang Jaer malam ni ialah dia telah habis belajar di luar negara dalam bidang Seni Grafik. Sesuailah dengan dia. Then, selama ni dia sedang cari kerja yang sesuai. Tapi kenapa kat sini? Kenapa rumah sewa?Rumah dia kan ada. Lagi satu, company parents dia kan ada. Eisyy..tension aku fikir. Anyway, sedap jugak aku masak tadi. Hehe.

“Senyap je Syakira malam ni pakcik? Dia memang macam tu ke kat rumah? Tapi kat sekolah lain perangai dia.”Tanya Huzair tiba-tiba. Amboi-amboi, lagi nak tanya. Aku curah juga kuah masak kicap ni kat kau.

“Dia memang macam tu. Suka bercakap dalam hati. Ha Akmal, jadi ke kau nak bawa si Ira ni keluar esok?Ayah nengok dia ni macam tengah tekanan je. Baiklah kau bawa dia pergi jalan-jalan. Kak Tikanya sibuk, esok ada meeting. Kan Tika?”

“Haah. Maklumlah, baru dapat kerja. Busy sikit. Lama dah tak jalan-jalan dengan Ira. Ira pun dah lama tak balik rumah. Nama je rumah dekat dengan U.” Kak Tika mengiakan Ayah. Aku hairan betullah. Kenapa mereka ni nak sangat aku jalan-jalan ni? Macamlah aku budak kecil sampai nak fikir siapa yang boleh bawa aku keluar. Tahulah aku anak bongsu tapi dah 20 tahun kot. Yang si Bang Akmal ni pun pandang-pandang si Jaer tu kenapa.

“Em..Pak Cik, MakCik. Kalau tak keberatan, saya nak minta izin. Boleh tak saya yang bawa Ira keluar?” Tanya Huzair tiba-tiba. Sejak bila kau ada hati nak keluar dengan aku ni? Ni dah macam cerita drama dah. Siap minta izin kat Ayah dan Mak. Tapi, bagus juga kalau aku keluar dengan dia. Boleh aku tanya dia macam-macam. Aku pandang wajah Ayah. Takkanlah Ayah kasi kot. Muka Huzair bukanlah muka boleh dipercayai.

“Boleh tapi kena bertiga dengan Akmal.” Jawapan Ayah menjadikan aku semakin tertekan. Ada ke patut. Takpelah. Janji esok dapat tengok wayang best. Huzair pulang ke rumahnya selepas selesai makan dan bersembang. Suka betul Ayah dengan mamat tu. Entah apa-apa. Ni kalau aku cerita apa yang Huzair dah buat pada aku dulu, mesti Ayah tak percaya. Aku meminta diri untuk ke bilik dengan alasan nak main internet. Bang Akmal mengingatkan supaya bangun awal esok. Yalah tu. Macam dia bangun awal hujung minggu macam ni. Aku bertanya esok nak pergi mana dan dia menjawab, “Tu kena tanya Jaer. Kan dia yang beria nak bawa Adik kesayangan Abang ni jalan-jalan” Isy..geram pula dengan Bang Akmal ni. Aku terus membuat tendangan yang tidaklah terlalu kuat padanya.

“Mak..nengok Ira. Menyalahgunakan ilmu silat yang ada. Hehe. Sorry. Dah pergilah masuk bilik. Kata nak main internet sangat. Addicted to Facebook lah katakan..” Aku menjelir lidah padanya dan terus masuk ke bilik. Memanglah aku addicted to Facebook tapi barang yang diberi Huzair lagi penting rasanya. Aku keluarkan isi yang seterusnya iaitu baju. Blause. Purple. Cantik. Mahal. Huhu. Perangai dia semakin pelik. Apa yang dimakannya di Australia dulu sehingga balik Malaysia jadi begini. Aku tak naklah berhutang budi dengan dia.

Semua barang yang terisi dalam beg tersebut telah aku keluarkan kecuali sampul surat dan juga sampah bungkusan makanan ringan yanga ku selal buang dalam beg Huzair dulu. Macamana dia tahu aku yang buat entah. Jahat. Tak tahulah dalam tu ada surat atau tidak. Mana tahu duit ke. Mata duitan betul aku ni. Aku mengeluarkan isi sampul surat tersebut. Kepingan surat khabar yang berlipat. Ada gambar Remy Ishak pula tu di situ. Huzair ni. Aku punyalah exited nak baca surat tadi. Aku membuka lipatan surat khabar tadi. Oh..ternyata ada surat di dalamnya. Aku tidak boleh menahan diriku dari tersenyum. Seperti kekasih mendapat surat cinta pula aku ni. Surat itu kubaca dengan teliti.

Ke hadapan Nur Ardini Syakirah,

Apa khabar orang di sana? Study ok? Dengar-dengar kau selalu dapat result gempak..Baguslah. Maybe kau pelik kat banyak benda kan? Aku kesian juga kat kau. Asyik fikir fasal aku je. Ye tak? Jangan malulah..Aku tau. Haha..Aku rindu nak gaduh ngan kau. Aku banyak dengar cerita fasal kau dari Akmal. Member jamming yang sangat memahami. Lama dah tak berjamming. Dengar kata kau nak belajar main keyboard. Aku boleh je ajar..Kalau nak belajar free la.Em..Esok pakai baju yang aku kasi tu boleh? Aku tahu kau suka warna purple. And it suits you well. Esok aku sambung cerita. See you. Cant wait for tomorrow.

Yang Ikhlas.

Mohd Huzair

Jahat!!!Boleh pula malukan aku. Tapi, tak perlulah aku menipu diri sendiri lagi. Aku dah lama pendam perasaan. Tapi kenapa benci jadi rindu pula? Huzair sangat benci kat aku. Aku pun benci dia. Sangat. Tiba-tiba aku teringat lirik lagu Bencinta. Faizal Tahir.

Benarkanku tuk berbicara
Bicara terus ke hatimu…
Hatimu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi tanpa mendengar ku
Begitu mudah untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku
Untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersamaku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu

Aku tahu
Engkau tahu apa yang mataku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu???

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedangkan aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Sakitnya aku membenci kamu
Sakit lagi mencintaimu
Dan aku pergi tapi kembali

Hal Huzair dan aku dilupakan seketika sebab aku hendak bermain Sorority Life di Facebook. Sempat aku menukar status aku dengan menulis ‘jumpa kekasih lama’. Pastinya banyak komen yang mendatang. Haha. Semua kawanku sangat sibuk memikirkan yang aku sudah ada teman lelaki atau tidak. Aku cakaplah aku ikut pilihan mak aku. Old fashion sekali. Hehe. Well, kalau mak dan ayah aku pilih Huzair macamana? Punyalah dia berbudi bahasa tadi depan mak ayah aku. Macam program Cari Menantu pun ada. Aku taknaklah perasan lebih-lebih. Aku tak yakin dia ada peraaan sama dengan aku sebab siapa yang nak kat aku. Cuma kalau jadi kawan pun ok juga.

Esoknya, suara Bang Akmal mengejutkan aku dari tidur. Seriusla abang aku ni. Tak percaya aku dia bangun seawal ini. Abang suruh aku gosok gigi, basuh muka, dan pakai tudung. Mak suruh tolong di dapur. Ada tetamu. Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni? Aku pun menuruti arahan Bang Akmal. Aku melangkah longlai ke dapur. Diriku yang menantuk terus menjadi segar melihat Huzair sedang masak di dapur membantu Mak. Tak pasal..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...