12 mei 2009
Daku berada di sini
Mengimbas pengalaman
Mencadang perancangan masa depan
Semuanya membenih gaulan perasaan
Yang lepas direnung baik buruknya
Yang bakal menjelang disemai baiknya
Mengimbas kembali episod lalu
Terngiang-ngiang sorakan
Sorakan apa?
Sorakan sifat malas yang berjaya menguasai diri
Membidas jiwa kerajinan yang sedia ada
Mungkin aku yang tersalah langkah
Tercuai terlalai mengikut nafsu remaja
Namun aku bersyukur
Bukanlah aku lemas dan terus lemas
Dalam kelekaan dalam keseronokan
Jiwaku masih mampu
Membezakan yang manfaat dan yang mudaarat
Walau kekadang jiwa kosong ini
Memilih untuk bersukaria
melarikan diri dari masalah
yang menghentam ketabahan jiwa
aku memohon keampunan dariMu
atas kealpaanku yang nyata
aku memohon kemakbulan doa dariMu
kerana Engkau Maha Pengampun Maha Penyayang
dan Kau yang bisa mengawal hati dan perancangan manusia
yang kekadang lupa untuk berserah kepadaMu
Kini..masa untuk membina perancangan
Yang wirama wiraga wirasa
Agar apa yang dituju benar-benar dijejak
Apa yang dijangka melampaui jangkaan kualitinya
Semoga Allah membantu melancarkan urusanku
Dialah Maha Mengetahui Penentu Qada’ Qadar
Dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Tuhanku
Yang punya 99 Nama
Semua pujian adalah untukNya
Dalam mengenang dan merancang
PAsti timbul benda yang mencuit jiwa
Allah Maha Adil
Disebalik kesusahan pastinya tersirat kesenangan yang nyata
Bukan senang untuk ku meneruskan penyelasaian mAsalah
Namun hatiku perlu diadun positif jiwa
Dan adanya si dia dan si dia yang tak jemu mentamukan bantuan
Dan juga si dia itu
Entah kenapa hati selalu berkata
Alangkah baiknya dia itu
Namun aku tahu semua orang di sekeliling ku baik-baik sifatnya
Tidak perlulah terlalu memuji si dia itu
Biarlah aku mendiamkan perasaan yang entah apa-apa
Dan aku terus melangkah
Terus memgisar pengalaman dan masa depan
Aku ingin berjaya menggapai angan-angan itu