Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

Showing posts with label boundary layer of good n bad. Show all posts

15 January 2012

bila hatimu mahu

Apabila saya disuap dengan bijiran2 dakwah dan tarbiyah..
Pelbagai perasaan berbaur..
Yalah..siapa yang dapat menyangkal ianya tidak memberikan kebaikan
Malah ianya memberikan kebaikan berganda

Namun.......jujurnya..
Mahu dielak..buruk diri sendiri..
Mahu ditelan..payah diri sendiri
Sememangnya manusia sering memilih jalan yang mudah
Allah pun maklumkan fakta ini dalam Al-Balad..
Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.(Al-Balad:11)
Yalah..siapa yang lebih kenal manusia daripada penciptanya??

Suapan dakwah dan tarbiyah..
Dielak..buruk diri sendiri..ditelan..payah diri sendiri
Aduh..tanggungjawab seorang Muslim itu..
Menyempurnakan haq Syahadahnya...
Mempaparkan dan menyebarkan Islam.
Pastinya ramai yang terpinga-pinga
Hendak bermula dari manakah?

Kalau mahu diikutkan fitrah manusia
Pastinya telah distatikkan saja diri sendiri
Biarlah baik diri sendiri sahaja
kerana payahnya untuk tinggalkan rasa selesa
Biarlah tersimpan keislaman sendiri
Biarlah dipilih jalan yang paling mudah
Menjadi penekan butang 'share' sahaja sudah cukup

Tapi..........apalah salahnya untuk berusaha lebih sedikit
Berkorban nikmat Allah yang banyak ni...lebih sedikit
Menjadi muslimah dan mu'minah yang lebih baik sedikit
Keluar dari zon 'selesa' sedikit-sedikit
Sambil yakin yang usaha sedikit-sedikit ini lama-lama jadi bukit
Sambil percaya yang pemaksaan diri ini akan menghasilkan ikhlas
Yang sememangnya bukan janji kosong Allah yang
Maha Pencinta hambaNya

Ya..di sana ada jalannya..jika hati betul-betul mahu mencuba
Sungguh..ayat ini adalah pemujuk diri sendiri juga..
Yang masih juga liat untuk bersusah payah
Ah....sungguhlah berjaya jahiliyah memujuk jiwa
Tapi bila telah dihidangkan dengan suapan dakwah dan tarbiyah
Takkanlah kita ini mahu menjadi golongan yang tiada syukur
Bila hati betul-betul mahu mencuba..
Allah beri jalan yang sememangnya bukanlah mudah
Tapi...................sampai bila nak sekat keinginan itu??
Keinginan untuk menjadi hamba dan khalifah Allah dengan menyeluruh
Sampai bila ye......tapi...susah kan?
Ya..Tapi ada jalan yang memudahkan.percayalah!
Kita kan beriman dengan Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang?
Allah pastinya membantu hambaNya dan khalifahNya yang
berusaha untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya...!

Maka di sini..ingin ku ingatkan kembali
Bersyukurlah jika anda orangnya yang terasa ingin sekali berkongi keindahan Islam
Bersyukurlah jika anda orangnya yang terasa ingin sekali menyebarkan Islam
Bersyukurlah jika anda orangnya yang terasa ingin sekali menjadi saksi kepada Islam
Langkahlah ke usaha yang seterusnya..walaupun kelemahan diri masih menyala
Percayalah...dirimu akan mampu...
Kerana Allah takkan membiarkanmu..^_^

Penconteng
-CikFafa-

09 November 2011

Mengasah dan mengasah

Salam..

Lama dah aku xupdate ye Muni!!

[Ok..Nak habaq la yang hidup Cik Fafa macam labih senyap sepanjang menjadi post graduate student.Er..status kat FB pun mcm dah malas nak update. YM xbukak.Kuikui..Konon2 buat perkara penting je kat internet.Tp bukak je FB tu.]

Sebenarnya..entah.Sekarang ni agak malas. Takut benda yg diperkatakan tu tak berfaedah n menjadi salah satu riak..(kot)

Sepanjang hidup menjadi postgraduate student ni, makin xpandai jaga waktu.Sebabnya, xde jadual kelas. (Kecuali 1 kelas wajib) So, Lantak la nak buat ape.Lagipun, makin bnyk kerja yg perlu dibuat. A variety of work. Sebenarnya xboleh salahkan kerja2 tu sebab benda tulah yang membuatkan kita rasa diri dan masa begitu berharga.Kerja tu yang buat kita tak rugi dek kerana masa. Sebab Allah cakap dalam surah Al-Asr, Manusia ni akan larut dalam kerugian dengan berjalannya masa. Kecuali manusia yang 'hidup', yang berpesan kepada kebenaran dan dengan kesabaran. (Doa banyak2 supaya kita dapat berjalan hari2 dengan kebenaran dan kesabaran).

So...xboleh salahkan kerja2 tu. Yang salah sebenarnya kita.Tak pandai jaga masa. Salah kita juga sebab xtau diri kita ni mampu buat kerja tu sampai tahap mana. (apa lah diri sendiri tak kenal).

So untuk hilangkan rasa bersalah pada diri sendiri, Cik Fafa cuba untuk merendahkan tahap kerugian yang ada dengan mencari kebenaran dan kesabaran. Macamana??Pergilah majlis ilmu, buatlah majlis ilmu dan sebarkan majlis ilmu.^_^

Sahabat Anas bin Malik, khadim (pembantu) Rasulullah SAW menyampaikan bahwa Rasulullah SAW bersabda (yang artinya): “Jika kalian melewati kebun(taman) surga maka bersenang-senanglah (di dalamnya)”, sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah kebun surga itu?”, beliau menjawab: “Perkumpulan dzikir” (HR. At Tirmidzi)
Dalam riwayat lain, beliau bersabda: “Majlis-majlis ilmu”.

Al Habib Abdullah bin AlawiAl Haddad berkata:
“Ketahuilah bahwa berkumpul dengan orang yang baik (soleh) akan menanam di dalam hati kecintaan pada kebaikan dan membantunya agar mudah melakukan kebaikan itu. Sebagaimana duduk dan bergaul bersama orang yang jelek akan menanam dalam hati cinta kejelekan (maksiat) dan membuatnya mudah melakukan kejelekan itu. Siapa yang bergaul dengan suatu kaum, maka otomatis akan mencintai mereka. Dan seseorang akan dikumpulkan bersama yang dicintainya di dunia dan akhirat”.
Sekarang ni..sedang dalam proses mengasah diri yang sebenarnya kurang mahir untuk menggerakkan ilmu, juga kurang mahir untuk berpesan. Sebab tu CikFafa xpandai jaga waktu sekarang. Sekarang masih belum stabil sepenuhnya. Sebab tu perlunya sabar dalam benar.^_^So senyum and bahagialah jiwa-jiwa yang menggunakan waktunya dengan kebenaran dan kesabaran. Berkumpullah dengan orang solehah..mungkin kita rasa iman kita tak setanding dia, kita tak sebaik dia, ilmu kita tak setinggi dia, tapi siapalah yang tahu tahap ketaqwaan kita dan manusia lain macamana selain dari Allah..and penilaian Allah lebih berharga dari penilaian manusia.

PEACE....

03 June 2011

Realiti Hidup Sekarang

Salam..

Siapa yg ada kt dunia blog sure dah tau psl Adinda Evan
*Sigh*
Aku taknak lah komen psl dia je
Tp aku nk komen psl dunia remaja sekarang
Ya Allah..adakah ini yg dikatakan dunia akhir zaman..
Memang lah dunia sekarang sudah tenat
Memanglah bnyk lg tanggungjawab KITA sbg orang Islam
untuk ubah perkara ni..
Memanglah..usaha utk amar maaruf nahi munkar
kt Malaysia ni masih belum berjaya nk kwl remaja
yg still asyik dngn nikmat usia muda

Budak 14 tahun memang belum matang
Tp mereka dah mumayyiz
Dah boleh fikir baik buruk
Cumanya terkadang bebudak range umur mcm ni..
frekuensi fikiran dia xsama
Tmbh lagi bila hati belum ada chy.. nk bntu beza
yg mana betul2 baik..mana betul2 buruk

Bila fikir2 balik..aku time 14 tahun
Sama je..ada bnyk bnda bodoh yg aku buat.Sngt2 xmtng
Aku bernasib baik sbb Allah anugerahkan parents yg mngawal

BAIK semasa 14 tahun xsemestinye akan BAIK pd 24 tahun...
or 34 tahun or..bila2 yg akn dtng

Kurang BAIK semasa 14 tahun xsemestinye still kurang BAIK pd 24 tahun...
or 34 tahun or..bila2 yg akn dtng
Segalanya mungkin.
Therefore.
Kenalah doakan adik2 remaja yg terlalai ni
Dapat hidayah dr Allah..
Kita xboleh beri hidayah..tp kita boleh tolong org lain..
usaha dan doa supaya dia terbuka hati utk terima hidayah

Dunia dah berubah
Mslh time umur 14 tahun 2011 xsama dngn 14 tahun 2002.
10 tahun akan dtng pun..kita xde siapa tahu apa yg berlaku melainkan Dia!
Yang aku yakin..Islam akan naik..walaupun aku tak tau bila
Sebab itu jnji Allah

Korang bc Terfaktab.com?
Aku suka apa yg si Keram n K tulis psl ni

Quote dari Mr. K
Well, aku cuma nak korang semua tahu yang... bila korang ada anak perempuan nanti, kena la pantau dia elok-elok. Dengan siapa dia keluar, siapa pak we dia dan apa yang dia buat. Bukan anak perempuan je. Anak lelaki pun sama. Tapi utamakan anak perempuan sebab dia adalah makhluk yanglembik lemah. Pulak tu tengok-tengokkan lah cara dia berpakaian. Dan yang penting, jangan ajar dan didik anak anda seperti mana parents anda ajar dan didik anda. Sebab generasi dah berubah. Dunia dah berubah. Ya, aku dengar ni di Ikim.FM. Manusia berevolusi. Kalau zaman dulu, ayah rotan anak, anak makin patuh. Tapi zaman sekarang, ayah rotan anak, anak makin menjadi-jadi.

Apapun, sekarang ni, "Alaa standard lah tu lelaki dan perempuan pegang tangan evan kawan-kawan". Yes, sekarang ini yang berlaku dan semua tak kisah sebab dah jadi kebiasaan. Tapi, imagine masa korang dah ada anak perempuan nanti, ianya adalah zaman "Alaa standard lah tu budak umur 14 tahun dah tak ada dara sebab pernah buat seks dengan kawan-kawan. Normal la tu". Normal your head. It's not normal. It is sooooo wrong dude. Damn wrong. Dan aku tak nak anak aku lahir di zaman rosak akhlak macam tu. Jangan la anak aku lahir zaman seks antara kawan tu adalah satu kebiasaan.

Mungkin Daten Milano ni tak dapat didikan yang sempurna masa kecil. Tak pun, dia membesar dalam persekitaran yang amat sosial sebab tu lah dia boleh kenal boy beberapa hari then terus couple. Pulak tu, couple sebulan dua, dah clash. Then couple pula dengan lelaki lain. This is bad. Bad... Tapi still ada masa untuk dia bertaubat kan?

Kalau boleh, kalau nak cakap apa-apa kat dia jangan la maki sangat nak-nak kat setiap blog post, facebook dan fan page dia.

Quote dari si Keram..
Cuma aku pelik, jika kamu tidak mengenali Adinda Evans dengan lebih rapat, kejadah apakah kamu tanpa segan silu memaki dia dengan begitu bongkak ya? Kamu kenal ibu bapa dia? Kamu kenal adik-beradiknya? Lebih tepat, adakah kamu tahu kehidupannya 24 jam dan tahu apa masalah-masalah yang dia hadapi?

Aku yakin ramai antara kamu semua akan menjawab tidak!, Tapi...

Ya, ada tapi. Aku faham. Aku mengerti. Tunggu dulu, biar aku habiskan penulisan ini.

Terus-terang aku beritahu kepada kalian. Usah kita terlalu emosi dalam hal ini. Usah kita berlagak menjadi ustaz dan ustazah 'typical instant' seperti yang selalu kita lihat dalam akhbar. Berfikirlah secara waras. Berfikirlah dengan seimbang. Berkatalah dengan adil. Aku tidak rasa ia merupakan sesuatu yang adil (meletakkan sesuatu hak di tempat yang betul) apabila kamu memberi ulasan sebegini ;
"Woi betina, masuk nerakalah kau. Umur baru 14 tahun dah menggatal dengan lelaki. Bodoh gila. Tambah bodoh bila bangga kata diri takde dara. Kau boleh masuk neraka betina!"
Kenapa aku katakan tidak adil? Terang-terang sudah ulasan sebegini adalah ulasan orang yang terikut emosi. Orang yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan aib orang lain. Komen orang yang tak layak menjadi sebahagian masyarakat progresif. Kalau kamu rasa kamu sudah memberi komen sebegini atau seakan begini, tak mengapa. Nanti kamu perlu hanya ringankan tangan untuk memadam semula atau menarik balik. Boleh?

Atau cuba kita lihat ulasan sebegini ;
"Astaghfirullah. Adik tak tau apa itu maruah. Allah Taala menyuruh hambanya menutup aib orang lain apatah lagi aib diri sendiri. Membuka pekung sendiri itu adalah dilarang sama sekali. Nauzubillah. Bertaubat lah dik. Boyfriend adik itu bukan kekal"
Bagaimana? Ya, aku pasti kalian rasa ini adalah ulasan yang baik. Tetapi, tidak bagi aku. Aku rasa ianya juga tidak adil. Apa orang kata? Ini adalah ulasan golongan #serbanitas ya? Baiklah, aku cuma hairan. Mengapa kita perlu menggunakan ulasan dengan hujah keagamaan, di tambah dengan surah-surah terpilih kepada gadis berumur 14 tahun ya? Jika seorang gadis berumur 25 tahun, aku mungkin boleh terima dan katakan ia sebagai adil. Tapi, untuk gadis berumur 14 tahun yang masih tidak tahu dalam mengenal 'apa itu kemanisan mempunyai Tuhan dan petunjuk-Nya', ia sama sekali tidak logik. Gadis ini tidak matang dalam berkata-kata dan kehidupan, apakah kamu fikir dia akan automatik matang dengan hal ehwal keagamaan? Jadi, aku memang rasa ulasan sebegini tidak sesuai dan hanya akan mengelirukan keadaan terutama kepada gadis tersebut.

Ada ramai lagi gadis seperti Adinda Evans di luar sana. Aku yakin, dan kamu juga pasti tahu. Mendidik gadis remaja yang bersekolah bukan mudah apatah lagi di dedahkan dengan cinta. Kita tidak harus sebenarnya terlalu ketat sehingga perlu menghina, memaki dan mengejek. Mengajar dengan berselirat hujah keagamaan. Kita tidak harus sebenarnya terlalu longgar sehinga berdiam diri sampai perlu mengatakan 'kubur asing-asing'. Yang kita perlu ialah kesederhanaan dalam mendidik. Menanamkan psikologi yang baik kepada pemikiran dia. Itu yang aku rasa penting.

Jika aku mengenali Adinda Evans, akan aku katakan kepada dia ;
Minta maaflah kepada ibu dan ayah kamu. Mereka sepatutnya di dahulukan. Kamu perlu sedar yang kamu telah berbuat silap. Kamu berbuat silap kerana kamu alpa dan terlupa dengan ibu bapa. Jika Adinda tiada ibu bapa, tak mengapa. Minta maaflah kepada orang tua yang menjaga Adinda. Jangan pedulikan kata-kata mereka yang menghina. Kerana mereka tidak mengenal kamu sepenuhnya. Lagipun, itu juga yang kamu sering katakan sebelum ini kan? Don't judge a book by its cover. Betul?
Kamu boleh bercinta. Tuhan tidak melarang percintaan. Hanya orang gila sahaja yang melarang percintaan. Melarang couple. Kerana mereka terlalu paranoid. Tapi, cintailah Sang Pencipta lebih dari segalanya, kerana kamu perlu tahu Sang Pencipta sentiasa setia mendengar keluhan, kesedihan dan kegembiraan kamu setiap masa. Kamu boleh menyintai seseorang lelaki yang kamu minat. Cuma, kamu perlu mencari cinta yang tepat. Bukan dengan lelaki yang membiarkan kamu terkapai-kapai apabila kamu mengandung, apabila kamu sudah tiada dara, dan apabila kamu berada dalam masalah yang besar.

Komen terpilih dari aku..dipost oleh Tanpa Nama:
"saya setuju 100% dengan kata-kata anda bahawa adinda ini jangan dihina dengan kata-kata nista namun saya tidak setuju 100% dengan kenyataan anda yang kurang sesuai digunakan pendekatan agama untuk menegur perbutan adinda ini.usia 14 tahun mungkin usia yang masih mentah tapi mereka sudah boleh berfikir kerana sesunggunya ajaran agama itu harus diterapkan sejak lahir lagi. tentu ada sebabnya kenapa kita umat islam diazankan sejurus selepas kita lahir bukan. tiada batas usia dalam mempelajari ilmu agama ini. dan jika dengan izin Allah, mungkin nasihat berunsur keagamaan itulah yang akan membuka hatinya untuk berubah ke arah yag lebih baik. dan sebenarnya apakah usia yang sesuai untuk memberikan pendedahan agama kepada golongan seperti adinda ini? jika ditakdirkan mereka mati sebelum usia yang sesuai itu tanpa sempat bertaubat bagaimana? apabila seorang wanita itu sudah datang haid maka semua dosanya adalah atas tanggungan sendiri biar usianya baru 14 tahun. menurut saya, tetap yang paling penting adalah menyedarkan golongan seperti ini bahawa perbuatan mereka salah kerana mereka ialah seorang muslim. saya yakin jika pengakuan berani mati ini dibuat oleh gadis remaja bukan beragama Islam, masyarakat tentu tidak seheboh ini. kita mungkin kesal hanya sekadar faktor usianya saja.tidak lebih dari itu. maka, memang seharusnya golongan adinda ini perlu dibawa kembali mengenali Islam tapi biarlah bersesuaian dengan usianya. pasti ada caranya bukan. nak seribu daya. insyaAllah dengan niat yang baik, segala urusan akan Allah permudahkan. Amin."

19 May 2011

Syurga dan neraka

salam to all.

Semoga iman sentiasa dipelihara..^_^

Hm..ckp psl Iman..teringat lah pergi usrah semalam

Alhamdulillah dapat lg berusrah akhir2 sem ni

Kakak naqibah: pernah x kita baca ayat Al-Quran pasal syurga neraka tp kita x rasa takut?

Aku (dalam hati): Pernah..huhu..

Kakak naqibah:
Kenapa ek? Bg akak maybe sebab ..satunye kita belum sepenuhnya percaya dengan Allah..kena refresh iman balik..coz iman =percaya..Keduanya..sebab kita xnampak dan benda tu xde bukti..so kita buat xtau je n xde perasaan tntng jaminan syurga dan balasan neraka tu...

Aku (dalam hati): Teruk beno kau ni Arifah..

_______________________________________________________________

Iman dan Islam tu sngt2 bermakna bg orang Islam kn?
And xberiman means kita belum Islam dengan sempurna
Tp...iman kita ni dah cukup ke??
Ayt syurga dan neraka baca dngn xde feeling
Sngt2 xpuas hati dngn diri sndiri

And next question is...dah betul2 Islam ke?
Islam pd nama..rmai je da ada
Yg buat Islam 24 hours??
err..susah la ye..
Sbb tu kena ada iman yg boleh push kita buat Islam

Meh la kita berusaha untuk tingkatkan iman..^_^
Matlamat kita bukan nak berjaya di dunia saje
tp berjaya di akhirat juga

Artikel kat bawah ni dpt kt...http://halaqah.net/v10/index.php?topic=48.0

Terdapat berbagai cara untuk meningkatkan keimanan. Salah satu daripadanya ialah memperbanyakkan tafakur (berfikir). Ianya hendaklah dilakukan secara sistematik dan perlu pula beristiqamah.
Kita juga perlu mengetahui cara berfikir yang sebenarnya. Jika dihayati secara mendalam, InsyaAllah ianya hanya akan dapat memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t.

PERTAMA:
Berfikir mengenai alam semesta dengan segala keanehan penciptanya.
Bayangkan betapa tersusunnya perjalanan dan peredaran segala bintang dan planet yang jumlahnya seratus juta. Saiznya pula ratusan kali ganda berbanding bumi. Semuanya terapung di angkasa raya dalam tatasuria yang Maha luas, tanpa tiang dan tanpa tali yang mengikat.

Maka berkuasa Allah s.w.t. Alangkah kerdilnya diri kita di tengah-tengah seluruh penciptaan alam semesta ini.

KEDUA:
Berfikir dan merenung mengenai kejadian diri yang berasal dari air yang hina (mani). Dengan rahmat Allah s.w.t. dijadikan manusia yang serba serbi cantik dan ajaib. Sama ada zahir atau batin ianya tersusun rapi.

Makanan yang ditelan melalui proses yang sangat seni dan sempurna. Akal pula boleh berfikir dan mengumpul maklumat. Roh pula lebih kompleks dan tidak tercapai oleh pakar sains bagaimana bentuk dan keadaannya.

KETIGA:
Berfikir mengenai kehidupan yang bermula dari alam roh, berpindah ke dalam kandungan ibu hasil percampuran benih.

Tiada siapa yang mampu menahan proses perubahan usia hingga berakhir dengan kematian. Selepas bermastautin di Barzakh, dibangkitkan pula di Mahsyar sementara menunggu hari perhitungan atau hisab atau timbangan amal. Penghujungnya ialah Neraka atau Syurga.

KEEMPAT:
Berfikir mengenai limpah kurnia Allah s.w.t. berupa segala macam nikmat yang tidak terhitung. Sama ada nikmat pada diri mahupun nikmat luar diri. Sejauh mana kita telah mensyukuri nikmat itu.

KELIMA:
Fikirkan pula mengenai ujian, cubaan dan dugaan yang Allah s.w.t. datangkan sekali sekala. Apakah kita ini tegolong dari kalangan orang yang sabar dan redha atau sebaliknya sering keluh kesah, mendongkol dan tidak senang. Sedangkan kesukaran hidup hanya sekali sekala berbanding kesenangan yang tidak pernah putus.

KEENAM:
Berfikir mengenai amalan baik. Bukan untuk dirasai banyaknya tetapi untuk disandarkan atau dikembalikan kepada Allah s.w.t.

Segala-galanya atas izin dan kekuatan yang dikurniakan Allah s.w.t. untukberlaku taat. Kemudian lupakan saja seolah-olah sebagai orang yang tidak punya amalan. Setiap kali selesai beramal, bersyukurlah kerana Allah s.w.t. mahu kita dlam keadaan taat kepadaNya. Dan berharap sajalah kepada rahmat Tuhan.

KETUJUH:
Kenang dan hitung pula dosa yang telah dilakukan. Sejauh mana telah bertaubat letakkan diri dalam merasai sentiasa berdosa. Dan tidak putus-putus memohon keampunan Allah s.w.t. Kekalkan rasa bimbang kalau Tuhan tidak ampunkan dosa kita

07 May 2011

Masalah datang tak henti-henti..Dah nama pun manusia..

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

salam...
Pernah tak kita ditimpa pellllbagai masalah..lepas satu ..satu..Mcm sudah jatuh ditimpa tangga then jatuh bnda lain dr atas..(Er..taik burung jatuh dari atas..).Then Pengsan..
Janganlah anggap yang hanya kita seorang je yang pernah kena or sedang diuji sebegitu. Orang lain pun sama. Hidup manusia memang ditakdirkan untuk ada MASALAH. Sengaja Allah nak uji kn? Kita ada 2 pilihan; be positive or negative..
Kalau be positive. Mesti kita akan dapat bersangka baik yg selepas ujian itu adanya ketenangan dan kemanisan. Memang..orang akan fikirkan kita ni too optimistic. But who care. Biarlah kita jadi optimis dengan usaha. Jngn jadi optimis and duduk diam tak buat apa2.
Ada orang..(diri sendiri juga) akan terlepas cakap or marah2 bila dapat masalah. Biasalah..bila marah ni syaitan senang je usik..Kita pun terlayan and mula lah nak salah kan itu salahkan ini..salah kan Allah…(Nauzubillah)..Sebabnya..benda susah siapa suka kan.?
Bersyukur lah..andai kita ditimpa masalah sekalipun…kita masih ingat Allah.. Ada orang..bila ada masalah dia mngadu kat orang lain..makhluk lain..Dah salah tau..Boleh jadi syirik..Kita ada Tuhan..maka perlulah merasakan kita ni hanya ada Allah sebagai tempat mengadu..Orang sekeliling boleh membantu, tetapi siapa yang takdirkan mereka bantu kita? Siapa yang bagi kemudahan kat orang lain untuk bantu kita? Allah jugak kan?^_^
So macamana nak bersangka baik dengan Allah?
Bila ada masalah..lekas2lah tarik nafas..feel the oxygen..Think. Where I got the air from? Who created it..Who created the breathing system..See..! Allah still loves us. Even dia bagi masalah bertimbun pun..Try to compare..
Nikmat yg Dia bg and ujian yg Dia bg..Mana lebih banyak???
Selama 22 tahun hidup, (more or less) pernah tak Dia tinggalkan kita hidup tanpa Nikmat? And think, kita ni tak da ape2 sngt ke yg boleh digunakan untuk selesaikan masalah? Memang tak boleh hadapi sangat ke? From that, kita akan rasa betapa Allah tahu keupayaan kita..Dia nak suruh kita gunakan nikmat yg Dia bg sebaiknya.
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ.....
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…...
[Al-Baqarah:286]
SEE..Siapa yg paling kenal kita? Mestilah Pencipta kita. Yakinlah..Kita mampu.Yakinlah. Dia ada untuk bantu. But then..some says dah doa but His help does not come..Yes..It does not come…yet. Suka hati Dia lah nak tolong bila..Cuba sedar diri yg kita ni just hamba. And then..fikir2 balik..perintah Dia kita takdelah patuhi on time, bila nk sesuatu dari Allah, nak cepat aje…Hm..betapa selama ni kita jadi hamba yg tak malu..
فَبِأَىِّ ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿١٦﴾
“ Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” [Arrahman:16]
Ok..sampai di sini sahaja..
Don’t stop the doa..He always be there..InsyaAllah.^_^
Semoga kita semua mendapat redhaNya..Amin.

10 December 2010

cuti ku untuk dirimu and diriMu part1

BAB: Ingat DIA

Cuti Sekolah memang seronok.
Aku juga suka begitu
Tapi yang xseronoknya:
1. Kena buat kerja rumah as suri rumah
2.Nak online pun member2 xonline
3.Diri jauh dengan UTM>>susah nk tarbiyah diri kat rumah
4.Perlu habiskan kerja yang ditangguh sebelum habis cuti

Yang no 3 sangat kritikal

Memang banyak berlaku kan?Kat U boleh je jadi baik,balik rumah sangat liat nk buat amalan
Itu maksudnya diri sedang belajar untuk istiqamah
Aku rasa cara untuk membentengkan diri ialah tazkiyatunnafsi atau pembersihan jiwa
Tau lagu Opick? Tombo Hati....

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Aku tertarik dengan ubat hati pertama>>Baca Quran dan maknanya

Sebabnya benda ni paling dekat and mudah nak praktikkan
Tadabbur Al-Quran, iaitu proses memahami dan menghayati ayat2 Alquran seterusnya mengambil hikmah daripada maksud ayat yang kita baca adalah satu proses yang indah,
lbih2 lagi jika ayat tu ada kaitan dengan masalah kita
Sebab tu adalah baik jika ada terjemahan Al-Quran di samping kita

Satu perkara yang aku dapat dan sedang praktiskan ialah
membaca dengan hati, bukan sahaja dengan akal.
Maksudnya, membaca dengan akal itu pasti,
tapi proseslah ia dengan hati yang sedia menerima.
Analogi yang sesuai digunakan ialah Bacaan novel dan bacaan ilmu teknologi.
Yang mana kah lebih berkesan dan mudah diingati dan difahami?
Tentulah bacaan novel kan?
Sebab apa??Sebab kita baca dengan hati.

[Buku Ship Construction dengan Novel Hlovate]

Serius!Kalau aku jumpa orang yang baca buku Ship Construction sampai terkesan dalam hati, aku nak suruh dia jadi Lecturer Ship Design 2 sebab Ship Design2 aku dapat result corot. Hee..
And siapa yang xkenal Hlovate??
Kalau yg belum kenal silalah beli novel dia or pinjam dengan kawan2 yang ada.
InsyaAllah terbuka hatimu untuk berubah ke arah kebaikan.
Sampai sekarang aku boleh ingat ayat2 dari novel2 tu.
Tapi xdelah semua.Certain2 yang terkesan di hati.

Back to topic..macam tu jugalah kalau kita baca Al-Quran dan maknanya.
Aku akui susah nak buka hati ni.
Apa2 pun,,CUBA. Meh baca doa ini.
رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِي اَمْرِيْ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوْاقَوْلِيْ
Artinya : " Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah pekerjaanku dan lancarkanlah lidahku, agar mereka faham pembicaraanku”

Lagipun, Allah dah cakap mudah, maka Dia akan mudahkan. FirmanNya:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Oh ye..Ada juga website yang aku guna if nak tadabbur ayat sambil usya blog yg memperkatakan tentang ayat itu
Dua je setakat nih..[ckp mcm bnyk je kn..]

Okaylah..manfaatkan cuti anda..
Selamat beramal!

28 November 2010

skema peperiksaan

"ala xlulus pon xpe..dunia je ni.."

Hm..time2 exam selalu dngr ayt yg nk sedapkn hati ini
time gini , Alhamdulillah, disedarkan yg mana dunia mana akhirat
tapi tak pasti lagi sama ada hati org yg brckp tu..
memang ingtkn akhirat sebelum periksa.
Kalau ingat Alhamdulillah..
sangat lah bagus orang yang pandai mengadilkan masa untuk dunia dan akhirat.
(Aku pun belum bijak untuk itu)
Tak dinafikan time exam..time susah2, time kena berlapar dahaga (puasa)
memng satu tempoh student2 ingat Allah..
ingat yg dunia tak penting.
Sebab kalau ingat keduniaan ni tak penting, tak yalah nak susah2 skor kan
Sebab tu namanya ayat penyedap hati

Tapi bila takde exam..xde ujian2 bagai..
Time jadual tu kosong n 'dikosongkan'(ponteng la tu)
Banyak yg terjadi ialah, xdelah ramai sngt yg ingat 'dunia je tu, akhirat lebih penting'
Hm..alhamdulillah kalau ingat.
Tapi dialog yg selalu keluar:
Free kan..Jom gi wayang.Eh,nnt pinjam cd.
Ada ke dialog macam:
Free kan.Jom cari geng.kita cari majlis ilmu.Eh,nanti pinjam buku agama.
Students and hiburan memang xdpt dipisahkan
Tipulah kan kalau laptop student tu xde lagu2..n xde laman sosial.
Ok..maybe ada yg xde tp Rare.
Benda2 macam tu aku akui diperlukan sbb student banyak masalah
Tapi kalau tahu yg mana lagi baik,mana lg xelok, mana perlu mane xperlu
Kan ia lebih meng'senyum'kan
Kalau bila orang ajak gi tmpt hiburan,
ayat penyedap hati time exam itu (ala xpenting pun, dunia je) dituturkan,
sangatlah baik

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dua kenikmatan yang sering membuat manusia tertipu ialah sihat dan waktu kosong." (Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas)

"Apabila Kita Kejar Dunia, Dunia Akan Lari; Tetapi Apabila Kita Kejar Akhirat, Dunia Akan Mengejar Kita...."

Sebenarnya aku pun buat jugak.aku pun suka hiburan jugak
I admitted. Ayat yg tu memang aku selalu guna.
and tak dinafikan exam ilmu keduniaan tidaklah sepenting hal akhirat, hal agama
Tapi boleh niatkan exam ilmu keduniaan tu sebagai alat untuk bantu tingkatkan ilmu agama
and boleh biasakan ingat ilmu akhirat(ilmu agama) bila time x exam, bila di comfort zone
Dan apa salahnya berubah..Aku nak jadi lebih baik
Tipulah students lain pun xnak jadi baik.
Hmm..Ya Allah.Ampunilah dosa yang telah kami lakukan.

Esok exam sebenarnya. Good luck to me and to all.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami dari seksa neraka."
(Surah Al-Baqarah:201)

30 October 2010

bila rindu bersuara

Salam ke atas kamu2 yg membaca..

Hari ini saya sihat..anda bagaimana??
Hee...Diharapkan kita semua sihat jasmani dan rohani

Jumpt to tajuk..bila rindu bersuara
Yup..Cikfafa telah lama merindu
Untuk sama2 dengan ahli2 Kelab Iqra'
Akhawat yg menghidupkn usrah di bumi UTM ni
Actually dah lama xmenjoin aktiviti2 bersama mereka
Actually sngt terharu bila mereka berkata
"Lama dah xnmpk Arifah...busy eh.."
Wow.wow..rasa dihargai..

walaupun malam td terlepas daurah
tp bersyukur juga dpt sama2 dngr problem seseorg ni
Sngt besar dugaan yg diberikan kpdnya
Semoga dia dpt mengambil iktibar
Bngun pg td dngn smngtnya
sebab nk join riadah..jumpa kwn2 Kelab Iqra
sama-sama dengan orang yg solehah..
buat kita tenang dan ingt Allah
walaupun sebenarnya segan diri ini tidaklah se'seolehah' mereka

Sesungguhnya bergaul dengan org solehah ni
slh satu cara utk kita kawal nafsu
Orang-orang yang soleh akan selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita bila kita berbuat salah. Orang-orang soleh adalah orang-orang yang bahagia kerana nikmat iman dan nikmat Islam yang selalu terpancar pada cahaya wajahnya
Bila kita bersama mereka kita dpt nengok kelemahan iman kita
Supaya dapat memperbaiki diri
Bila bersama mereka masa digunakan utk ingt Allah
Syaitan tidak sempat utk menjerat kita melayan nafsu

Melawan nafsu sngt susah
Apalagi jika kita telah ada pilihan hati
Tadi berbual dngn rakan seusrah..
Dia cerita tntng daurah semalam..tntng bercinta..
Point utama ialah kena pandai control diri dan hubungan
jngn selitkn isu2 perasaan yg buat syaitan bawa kita pd maksiat
Istighfar sejenak aku..huhu..
Semoga aku dan si dia dikuatkan iman melawan nafsu
dan godaan syaitan...

Sesungguhnya nikmat Allah tu luas.
Dia beri peluang kpd kita untuk memperbaiki diri
Dia beri aku masa untuk bersama dngn org solehah
Dia beri aku peluang dpt internet utk beri nasihat kt kwn2
Baca tazkirah2 dan ilmu agama
Dia beri aku ujian....ujian dlm pelajaran..dlm perasaan..dalam perhubungan
supaya bnda tu semua dpt mematangkn aku..
supaya aku lebih mengingatiNya..

29 October 2010

SOALNYA HATI

29 Oktober 2010

Memang hati manusia sentiasa berbolak balik

Terkadang kita inginkan keseronokan semata

Walau tahu tidak patut pengikut nafsu semata

Terkadang kita tekun membaca naskah agama

Walau tidak pasti akan mengamalkannya

Terkadang kita mengaut isi-isi tazkirah dan nasihat berguna

Namun selepas itu lupa dan leka

Tiada yang boleh mengetahui apa yang terdetik di hati manusia

Selain dirinya dan Tuhan yang Maha Mengetahui

Hati manusia hati yang dimiliki

BerTuhankan Pencipta Yang Maha Menyayangi

Yang pastinya hati itu fitrahnya mengingati Tuhan sendiri

Namun terkadang dinodai oleh nafsu dan dosa

Manjauhkan tuan punya diri dengan Tuhannya Yang Satu

Dan sungguh..hati akan lebih jauh dari PemilikNya

Andai tidak diberikan makanan…..iaitu pengisian

Yang membuatkan seorang hamba mengingati Tuhannya

Ingat Allah nescaya Allah mengingatimu

Sungguh besar kasih sayang Allah pada hambaNya

Dan sungguh besar kenikmatan apabila Allah mengingati kita

Semua yang dilakukan bersama hati yang tenang

Bila ditimpa kegagalan pun akan mampu berlapang dada

Kerana telah dipelihara daripada penyakit hati

Dan sungguh hati ini akan selalu diuji olehNya

Kerana yang Beriman tidak akan terlepas dari ujian

Namun bila diuji kepada Allah jualah tempat kita mengadu dan

Mengharapkan pertolongan

Dan andainya hati kita beransur malap dan kurang cahaya

Pastilah kepada Allah kita meminta

Allah Sang Pemilik Hati

Yang menerangi hati dari kekelaman

Memberi cahaya mengeluarkan dari kegelapan

Dekatkan diri kepadaNya

Nescaya hati kita dipelihara olehNya..=)

16 August 2010

wanita solehah

assalamualaikum dan salam ramadhan

waa..lamanya update..ini semua adalah gara-gara si linesplane patrol boat yg perlu disiapkan dan cikfafa dah buat 3 kali dah...asyik salah je..buat kt kertas a0 yg seperti alas meja..terbongkok-bongkok..sekarang pun lum siap lagi..tp memandangkan cikfafa pening kepala skrg..so tngguh dulu la buat linesplane..inilah cabaran hidup as marine student..

di kesempatan ramadhan yg mulia ini cikfafa nak ucap selamat berpuasa kpd semua dan minta maaf salah silap..walaupun da masuk hari yg ke-6 berpuasa..wa..lagi 24 hari lagi..bukanlah mengira hari untuk menyambut raya tetapi ada perkara yg lebih penting 24 hari lagi..=)[OVER EXITED]

Berbalik pada ramadhan yg mulia..cik fafa suka sngt bulan ini sebab ramai org akan berubah jd baik..kalau xpun..mereka akan senang untuk berbuat baik..mcm pergi smbhyg kt msjid..jemaah..puasa..tadarus..tutup aurat..jaga pergaulan..bersedekah..wah..memang terbuktilah di bulan ramadhan peluang untuk berbuat kebaikan sngt bnyk..tmbh lagi tiada syaitan yang akan menghasut kita..

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Tapi jaga2 ye..nafsu kita tetap ada..tu yg pergi bazar ramai yg bli berlebih-lebihan smpai xhabis mkn..and sebab ada nafsu juga ramai je couple2 yg still berduaan di bulan yg mulia ini..buka sama bagai..huhu..xmo xmo xmo..(susah betul nk kawal nafsu ni..dush3)

Cikfafa pun nak buat baiklah hari ini..nak kongsi something dr novel yg cikfafa suka sngt baca..Versus tulisan Hlovate..suka sngt sebab ianya berkisar perubahan ke arah kebaikan..menjadi wanita solehah..bukan senang untuk berubah..thats for sure..sebab kita ni selalu tenggelam dengan majoriti yg lebih keduniaan...ramai yg baik tp xramai yg jdkan Islam as cara hidup..ramai yg malu nak buat baik..nak tutp aurat sbb takut dikatakan kolot..betul x?cikfafa pun sebenarnya sedang berusaha untuk menahan diri dari terlalu mengikut majoriti..cuba nk ammar maaruf nahi munkar..semoga cikfafa dan kwn2 dibukakan hati untuk terus di jalan Allah.=) meh baca dialog Minn yang sedang berubah dan Min yang sedang mengajak ke arah kebaikan.

"Ada orang kata biarlah tak pakai tudung pun, janji solat cukup lima waktu sehari semalam. Pasal ada je orang yg pakai tudung tapi buat maksiat" terang Min kepada Minn.
"sebab anggap Islam itu sekadar cukup je bersimbolkan dengan solat?"Minn mengagak.

Sebenarnya kita tak boleh jadikan solat tu as petanda kita da jadi seorang Islam yg sempurna..sebagai tanda orang itu baik ke jht.sebabnya kalau nak jadi seorang Islam, kena jadikan Islam itu sebagai cara hidup..ikut perintah Allah sepanjang masa, bukan hanya time2 solat, time2 pergi masjid, time2 bulan ramadhan sahaja. JAdikan Islam sebagai cara hidup tu ialah bila buat semua benda dalam life kita, kita mesti perlu consider hukum Allah..dosa dan pahala. dr segi pakaian,pergaulan,belajar, ibadah, kewangan and so on..sebab Allah kan dah kata dalam Al-quran..

Al Baqarah 208-209
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dan sambungan ayat Min kepada Minn tentang 'BAIK'....
"Its not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. Is about masuk ke Islam secara total. Then THAT is 'baik'.......Kalau kita praktik betul-betul ikut apa yang dah tertulis, everything akan ikut domino effect."

Domino effect yang dikatakan Minn ialah kesan dalam perjalanan hidup kita consequently after kita da amalkan Islam as cara hidup.. Bila kita da settlekan hal solat dan ibadah kita, kita akan lebih mudah buat semua perbuatan ikut acuan Islam. Bagi menjadi wanita solehah pula, bila kita da terbuka hati untuk praktikkan perintah Allah dalam kehidupan seharian, kita mesti tak berat nak jaga aurat kita. Lepas kita dah jadikan pakaian menutup aurat tu sebagai cara berpakaian kita setiap hari dan setiap masa, kita akan berusaha untuk jaga ikhtilat kita, jaga pergaulan kita antara yg berlainan jantina...Dan untuk memastikan diri kita menjaga ikhtilat dengan sebaik mungkin..time nilah wujud perintah Allah untuk nikah..berkahwin..sebab tu kita ni kena siap2kan diri dulu untuk setelkan ibadat, syariah,aurat, ikhtilat supaya kita boelh jadi isteri yg cukup2 bernilai kepada suami kita nanti..insyaAllah..

Cik Fafa terbaca dari blog pondok cinta tentang istimewanya wanita bertudung labuh.sangat menyentuh hati..
semoga Allah membuka hati kita semua untuk berubah ke arah kebaikan...Amin..

29 July 2010

oh tidak! ia berulang lagi

hari ini hari khamis....
dan hanya selang sehari sahaja untuk dinner marine
makan malam atas kapal yg belayar
walaupon banyak dugaan dan liku2 yang mendatang
benda yang dirancang perlu juga dilaksanakan.
and diharapkan wanie selaku pengarah bertabah..
apa yang terjadi..aku sbgai nakama ada..insyaAllah
walaupun begitu..tidaklah ingin menceritakan kisah masalah dinner
kerana ianya private and confidential=)

td selepas habis lab dan makan
kami pergi keluar mencari contact lens.
dan cikfafa terasa yg bnyk masa kami dibazirkan
seperti sebelum2 ini apabila keluar..
bila duduk dalam kereta itu seperti bnyk sahaja kerja memanggil
yg sepatutnya cikfafa lebih patut layan kerja2 tu

sebenarnya sekarang ni bnyk kjadian begitu terjadi
apabila sudah mengikut seseorang ke mana2
pastinya akan terfikir kenapa nk kena ikut..huhuhu
sepatutnya cikfafa kena fikir matlamat hidup ek baru trus ikut
patutnya kena fikir bnda yg cikfafa buat tu ada kaitan dngn matlamat hidup x.
and then cikfafa teringat usrah yg ceritakan tntng tujuan penciptaan manusia
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA
::beribadah

Firman Allah yang bermaksud:
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku
(51:56)

Kita diberi peluang hidup di Bumi ini secara percuma..Untuk menjadi hamba Allah yang beribadah kepadaNya..tunduk atas perintahNya..Dan sesungguhnya dengan beribadah kepada Allah..mengingati Tuhan..hati akan menjadi tenang,,kerana Allah suka hamba yang mengingatiNya

::khalifah yang memakmurkan Bumi

Firman Allah yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (2:30)

Khalifah bertanggungjawab untuk amar maaruf nahi mungkar..mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran berlandaskan syariah dan sunnah

Beribadah..Ajak kepada kebaikan..tegur yang salah..

Susahkan sebenarnya bila fikir2 balik..Sebabnya ada nafsu yang sngt jahat selalu membawa kepada kesia-siaan..And kalau nak diikutkan sekarang ni memang mudah seseorang itu tertarik kepada majoriti..Yang lebih memilih kepada hiburan,pangkat,kemewahan..yang mengatakan Islam itu kuno..Islam itu membawa kemunduran..Bila ditegur dikatakan tidak globalisasi,tidak moden..Bila menegur dikatakan perasan bagus,perasan alim..Bila mahu tegur iman sngt lemah utk menasihat dengan kata-kata..menasihatkan terang-terangan..Hanya mampu berdoa supaya mereka berubah..

Jadi..marilah kita berusaha mengawal nafsu,meningkatkan Iman dan menggunakan peluang hidup untuk mencapai matlamat pencipataan kita sebagai hamba Allah..Sebab sampai sekarang kita masih bertuah mendapat nikmat besar Allah yang dua itu..Iman dan Islam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...