Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

Showing posts with label projectile motion story. Show all posts

14 May 2010

xcident?

assalamualaikum..
hm..marilah kita menaip..!
oleh krn free skrg..
cik fafa nk update sikit la ye..

walaupon kisahnye sudah seminggu berlalu
tanggal 8 Mei 2010..
Oleh kerana aku dan cik mun bekerja di JSE..
jadi kami pon akur dngn ketentuan..
walaupon di tmpt kerja lbih bnyk mengulat bulu kan diri

dan oleh kerana kami makhluk yg agak cerewet
jadi kami memilih utk tidak menerima kemudahan yg ada
tmpt solat yg agk kurng selesa ditolak tepi
kami memilih utk solat di surau/msjid dpan SEMESTI

masihku ingt..prbualan kami ketika hendak bertolak
"cepat2..nanti kita nk cek barang pipe yg baru sampai"
"Haah..Sekarang Am da bnyk bagi kerja"
"Kena buat betul2..Nanti dia xnak bagi kerja lagi"

Dan kami pon bergegas ke motor..Aku seperti biasa memegang watak penumpang..hehe
Oleh kerana hendak cepat..cik mun mengambil jln yg agk senget
iaitu jalan yg bertntangan..(sbb dah 4 hari buat,,masih selamat)

TErgedek-gedek tayar motor berputar..
Aku melihat motor pkcik india menuju ke arah kami
Aku tidak nampak kedudukan Pakcik itu..dekat atau jauh..(saya rabun ok..)
Dan aku berharap Cik Mun sedia maklum yg itu ialah jalan terlarang
Yalah..dia kan dah cekap..
Namun tiba-tiba Cik Mun bertindak spt itu ialah jalan biasa
Sesaat dua cik mun mengambil part kiri..dan PONGGG!
Yg aku dengar lagi ialah ayat cik mun"Kenapa you xelak?!!"
Daripada pmbaringan aku nmpk helmet terbang..
(Boleh pule aku teringt Adnan Sempit)
Dan aku pun tersedar yg aku accident..(wow..first time..)
Aku pon bangun..Dialog aku dalam hati:
"Eh..kenape xboleh gerak kaki ni..jngn ckp pth pleasee.."
Then adelah org2 yg tolong leraikan sangkutan seluar aku ngn pedal moto..
"Eh..camane aku boleh baring jauh mcm ni..moto kn kt sane.."
"Eh..aku bersih je..mesti cik mun pon same"

Aku pon bergegas ke arah cik mun..Ada makcik kate adik ni 1 muke berdarah
"Eh..nape darah2 ni..siapa yang darah?aku ke?"aku pon mengelap muke ku ngn tudung
xde pon..(senget juge)
Then aku nengok cik mun.."Ya Allah..Astaghfirullah"
"Aku nak buat ape ni???!!Tak tahu"

Dan berkat pertolongan org teluk intan yg baik hati
Situation was under control..
Walaupon aku blur2 sbb aku xtau nk wt ape..
And tengok muni yang macam gitu
Dengan soalan2 dia yg merepek2
Aku dah panik senanye.."Dia ni hilang ingatan ke?Perlu ke Aku hantuk ngn helmet?"
Sesampai di hospital..Pemeriksaan dilakukan..
Alhamdulillah aku tidak apa2..Rahang sakitlah juga jatuh di jalanan..
Walaupon aku da biasa jatuh2 ni..tp bukan atas tar..selalu kt lantai dewan

Sedang munirah dirawat..
Aku memikirkan apa yg terjadi..
Soalan yg berpuluh kali terlintas ialah.."Macamana aku selamat..dengan tiada luka dan cedera??aku buat apa??Takkanlah aku lompat.. ngambur??..macamana3?"
Namun setelah menyedari yg Allah mahu aku selamat
Aku hanya mampu bersyukur..
Walaupon rasa bersalah itu ada kerana hanay Cik Mun yg tanggung cedera..

Alahmdulillah..Tuhan Maha Penyayang
Jikalau Dia takdirkan kami accident ngn selain moto macamne..
maybe skrg dah...NAuzubillah
Dan Tuhan mencacatkan sedikit shj bhgian pinjamanNya
Tuhan selamatkan aku
sbb mak aku dah bnyk terima berita sedih
Hmm..Tuhan MAha Adil
Allah tahu kami niat kami bersih..nak bersolat
Sebab tu Dia selamatkan Kami..

Esok cuti..update logbook
Sudah seminggu aku menerima ilmu seorng diri
tiada Cik Mun sngt xbest.hukhuk
Dengan org kt tmpat kerje tnye mcm2..
Tuduh aku tolak cik mun..(jahat kn even gurau pon)
Ckp aku bela lah..ilmu hitam la..(daa..~)
Aku hanya menerimanya sbg gurauan..
Namun aku bersyukur di beri ilmu persilatan
walau aku x sehebat mane..

24 November 2009

just wrote it down~part 2

0 false false false

Apalah lagi yang terisi dalam beg ni. Aku baru hendak mengeluarkan objek lain dari beg itu apabila ibu memanggil menyuruh masak. Oh no. Sudah lama tidak masak membuatkan aku berasa sangat malas untuk memasak. Aku bukannya Huzair yang pakar masak walaupun anak orang kaya dan seorang lelaki. Teringat lagi peristiwa dia merasa masakan Huzair secara tidak sengaja. Kalau dia tahu takkanla dia nak rasa mi goreng yang dibeli oleh Lina pada Hari Sukan sekolah dulu.

“Kau buat apa terperuk kat dalam bilik tu?Takkanlah study kot sampai-sampai rumah.” Pertanyaan mak sebaik sahaja aku sampai di dapur.

“Eh mak ni..Study pon salah ke?Hee...Taklah. Tadi ada maslah kena settle dengan kawan. Biasalah..Remaja zaman sekarang.”Aku menjawab selamba sambil mengopek kulit bawang merah. “Nak masak apa mak? Bukan selalu rumah kita tak masak malam ke?”

“Alah..sekali sekala. Ada kawan abang kau nak datang malam ni. Tolong-tolonglah sikit yer. Mak nak juga nilai masakan kau. Kata masuk kelas kokurikulum masakan.”

Hai..sabar jelah mak aku ni. Memang aku masuk kelas masakan tapi belumlah dimantapkan ilmu di dada. Aku pun tak tahu kenapa aku dapat kelas masakan sedangkan first choice aku ialah Kelas Penulisan. Tapi, dah kita dapat peluang tu, perlulah gunakan dengan sebaik mungkin sebab semua benda ada hikmahnya. Not bad juga kelas masakan tu. Cikgunya pun sporting. Cuma telah berkenalan dengan sekumpulan pondan yang agak gedik dari Fakulti Alam Bina. Ah..malas nak fikir fasal diorang. Aku mengfokuskan perhatian kepada masakan yang dimasak. Nasi dah masak awal-awal. Sejam setengah kemudian, sayur kacang panjang goreng, sambal tumis udang dan juga ikan masak kicap telah siap dimasak. Pastu mak keluarkan ikan masin untuk digoreng. Aku pelik sebab sejak bila rumah ni ada banyak bahan mentah yang boleh dijadikan lauk. Selalunya bila aku baliklah time mak nak pergi pasar beli barang-barang untuk lauk. Aku tanya mak dan mak menjawab yang Kak Yanti yang bawa dari Mersing. Oh..Letih jugalah memasak ni. Nasib baik aku tak perlu solat Maghrib. Bolehlah aku mandi dan meneruskan penggeledahan beg yang diterima petang tadi. Untuk hal menyiapkan meja makan aku serah pada kakakku yang baru balik dari kerja.

Selepas mandi, aku terus memakai baju yang agak sopan-bukanlah baju kurung- walaupuna aku suka memakai baju kurung. Malam-malam begini selalunya aku akan mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar slacks sahaja jika ada tetamu. Tudung boleh sarung tudung tadi sahaja. Aku mencapai bag laptop dan menghidupkan laptop kesayanganku itu. Laptop ini pemberian Abang Akmal. Hmm, aku tak dapat terima sebenarnya awla-awal. Walaupun gaji Abang Akmal cukup untuk memberikan aku sebuah komputer, tapi tidak perlulah membazir untuk ini. Dia kata sebagai hadiah untukku kerana mendapat pencapaian akademik yang memuaskan. Aku tak biasa sebenarnya menerima hadiah walaupun selalu sahaja mendapat keputusan yang cemerlang semasa sekolah menengah dulu. Aku bukanlah seperti Jaer, selalu dapat hadiah dari parents. Yalah, anak tunggal. Aku mebuka fail lagu dan memainkan lagu nasyid yang terdapat d laptopku. Takut pula hati lupa Tuhan ketika tempoh tidak boleh solat ni.

Aku mengambil beg kertas yang Huzair kirimkan kepadaku. Barang yang aku keluarkan sekarang ialah sebuah album gambar. Besar dan kulitnya berlatarkan gambar kucing-kucing yang sangat comel. Aku suka binatang. Itu sebuah kenyataan yang semua orang maklum. Dan pada muka pertama album gambar itu terpapar gambar aku bercakap dengan kucing di kantin sekolah dan aku sedang memberi makan ikan-ikan yang terdapat di kolam di hadapan pejabat sekolah dulu. Pelik. Macamana Huzair boleh ada gambar-gambar ini?Yang itu memang susah nak tahu jawapannya. Kalaulah mamat tu ada depan mata dalam bilik ni kan senang untuk aku bertanya. Tapi kalaulah dia berada dalam bilik ini, sudah pasti lain jadinya. Silap-silap aku kena tangkap basah. Dah mula dah aku mengarut tentang Huzair. Gila.

Aku terus menyelak ke halaman seterusnya yang semakin membuatkan aku terkesima dan tertanya-tanya. What is this all about? Semua gambar-gambar dalam album itu adalah gambarnku. Candid photos. Aku sedang makan, aku sedang menjaga koperasi, aku sedang buat demonstrasi silat yang sememangnya memalukan, aku sedang menunggu bas, gambar aku menunggu abang di tempat jamming dan aktiviti-aktiviti sewaktu dengannya. Dan obviously semuanya diambil oleh Huzair. Kenapa pula dan macamana? Bukannya di sekolah tu semua pelajar dibenarkan membawa kamera ke sana ke mari. Selama aku terserempak dengannya, tiada pula aku nampak ada kamera. Huh. Dahlah mengambil gambarku tanpa kebenaran. Ni yang membuatkan aku semakin tertekan dan marah dengan Huzair. Dia selalu membuatkan aku tertekan. Namun, hati kecilnya memuji bakat terpendam Huzair dalam mengambil gambar. Semuanya nampak cantik. Dan pujian yang terbit dari dirinya juga membuatkan dia lebih tertekan. Boleh pula dia memuji walaupun sedang marah pada Huzair. Apa nak jadi dengan aku ini..Aku menyelak lagi dan lagi dan terkejut pula mendapati ada foto-foto Huzair juga terselit di situ. Huzair seorang lelaki yang..bukanlah tampan seperti Yusri KRU atau Remy Ishak. Namun, mukanya manis, membuatkan orang sejuk hati bila melihatnya. Komen tentang Huzir itu telah didengarinya daripada kawan-kawannya. Selalu. Sebab mereka memang selalu nak memperbaiki hubungan kami. Aku terkecuali. Sebab hatiku menjadi semakin panas apabila melihatnya. Entah mengapa. Ada saja yang tidak puas hati. Sehingga walaupun Huzair pernah cuba berbuat baik dengan aku, aku tetap membalas dengan menyakitkan hati Huzair. Ada pernah sekali Huzair memuji aku sebab mendapat result yang cemerlang, namun jawapanku ialah’ “itulah balasan kalau selalu buat jahat dengan aku. Result kau tu tak bagus pun kan?”. Aku sangat berlagak kerana dia pun pernah berlagak sebelum itu. Aku sedang mendengar kawanku memahamkan aku tentang English di kantin dan dia yang entah datang dari mana berkata, “Itupun tak tau ke. Kononlah duduk kels pandai.” Kami berbalas-balas kata selepas itu dan aku dengan geramnya membaling sudu yang terletak di dalam pinggan di hadapanku ke arahnya. Boleh pula aku jadi seperti itu. Kak Tika cakap aku ni nampak ayu sahaja, bukannya jenis yang baling-baling benda pada orang lain.

Semua gambar-gambar Huzair ditatapnya puas-puas. Tiba-tiba dia mengakui yang dia memang merindui Huzair. Huhu..Tak patut betullah aku ni. Album gambar itu aku tutup perlahan-lahan. Macam dalam drama One Tree Hill pula. Peyton pun ada kes yang orang lain ambil gambar dia tanpa pengetahuan dia. Dan orang yang ambil gambar itu ialah seorang psiko yang terlalu obses dengannya. Eh.Aku menggelengkan kepala. Huzair bukanlah seorang psiko. Tapi boleh jadi dia ingin menganiaya aku. Maybe dia boleh mengedit gambar-gambar aku kepada gambar yang tidak senonoh. Aku geleng kepala lagi. Taklah. Huzair bukan macam tu. Tapi Huzair dah ada awek. Kenapa dia buat macam ni? Persoalan tentang Huzair terhenti apabila Kak Tika memanggilnya keluar dari bilik. Katanya kawan abang tu dah sampai. Album gambar itu aku letakkan balik ke dalm beg kertas. Aku mengenakan tudung dan memakai bedak sedikit. Tidak mahu dilihat comot.

“Eh, kita kena makan sekali ke dengan dia?” Aku bertanya kepada Kak Tika.

“Haah. Mak kata lagi elok. Dah, jom. Amboi..Wangi bau. Nak pikat hati kawan Abang Akmal ke?Hehe”Aku terngaga mendengar komen Kak Tika. Tak perasanlah pulak aku wangi.

“Macamana ni, takkan nak letak benda yang busuk kat baju?”Aku tanya Kak Tika lagi. Kak Tika hanya tergelak dan menarik tanganku untuk ke meja makan. Setibanya di meja makan, aku terkejut sangat sebab yang dikatakan kawan abangku itu ialah Huzair. Dia ni memang selalu buat aku tertekan. Ini aku nak fikir lagi kenapa dia ada kat sini? Rumah aku lagi. Abang Akmal ni pun satu. Sakitnya hati. Aku mengamati wajahnya. Dah menjadi semakin matang. Semakin kemas dan.......

“Yang kau tercegat kat situ kenapa, Ira. Makanlah. Ke tak nak makan masakan sendiri?” Ayahnya menegur menyebabkan fikirannya berhenti dari memikirkan Huzair. Dia pun akur dan duduk di sebelah Kak Tika. Yang ayah ni pun...kenpalah beritahu aku yang masak.

“Oh..Syakira ke yang masak..Patutlah sedap je saya makan, PakCik.” Suara yang dia tidak mahu dengar kedengaran juga. Isy..sibuklah kau.

“Ira, janganlah nengok abang macam nak makan. Nanti kita bincang. Hehe. Esok kita jalan-jalan nak?Abang belanja wayang cerita Papadom. Best tu..”Abang Akmal memujuk. Blalah abangku itu.

“Berapa lama lagi nak duduk kat rumah sewa tu Jaer? So, kau dah dapat kerja tetaplah yer?Kalau nak senang duduk je sini. Takyah bayar.” Cadangan ayahku itu membuatkan aku yang sedang minum tersedak. Kak Tika pun menuangkan aku air lain. Malulah macamni. Huzair ni pun, mata tu tak boleh pergi tempat lain ke? Asyik-asyik mebuatkan aku tertekan.

“Takpelah Pak Cik. Saya segan pulak. Lagipun taknak susahkan anak dara dalam rumah ni. Rumah sewa saya dekat je dengan tempat kerja. Tak perlu susah-susah pakcik.”

Perbualan makan malam itu berkisar tentang Huzair. Dia hanya diam saja. Malas nak bercakap lebih-lebih. Mahu saja dia bertanyakan macam-macam pada Huzair tapi tak sesuai masa dan tempat. Mak dan Ayah sedia maklum aku dan Jaer satu sekolah. Namun, mereka tak tahu aku dan dia bermusuhan dulu. Sekarang, entah. It’s complicated. Jawapan yang aku dapat tentang Jaer malam ni ialah dia telah habis belajar di luar negara dalam bidang Seni Grafik. Sesuailah dengan dia. Then, selama ni dia sedang cari kerja yang sesuai. Tapi kenapa kat sini? Kenapa rumah sewa?Rumah dia kan ada. Lagi satu, company parents dia kan ada. Eisyy..tension aku fikir. Anyway, sedap jugak aku masak tadi. Hehe.

“Senyap je Syakira malam ni pakcik? Dia memang macam tu ke kat rumah? Tapi kat sekolah lain perangai dia.”Tanya Huzair tiba-tiba. Amboi-amboi, lagi nak tanya. Aku curah juga kuah masak kicap ni kat kau.

“Dia memang macam tu. Suka bercakap dalam hati. Ha Akmal, jadi ke kau nak bawa si Ira ni keluar esok?Ayah nengok dia ni macam tengah tekanan je. Baiklah kau bawa dia pergi jalan-jalan. Kak Tikanya sibuk, esok ada meeting. Kan Tika?”

“Haah. Maklumlah, baru dapat kerja. Busy sikit. Lama dah tak jalan-jalan dengan Ira. Ira pun dah lama tak balik rumah. Nama je rumah dekat dengan U.” Kak Tika mengiakan Ayah. Aku hairan betullah. Kenapa mereka ni nak sangat aku jalan-jalan ni? Macamlah aku budak kecil sampai nak fikir siapa yang boleh bawa aku keluar. Tahulah aku anak bongsu tapi dah 20 tahun kot. Yang si Bang Akmal ni pun pandang-pandang si Jaer tu kenapa.

“Em..Pak Cik, MakCik. Kalau tak keberatan, saya nak minta izin. Boleh tak saya yang bawa Ira keluar?” Tanya Huzair tiba-tiba. Sejak bila kau ada hati nak keluar dengan aku ni? Ni dah macam cerita drama dah. Siap minta izin kat Ayah dan Mak. Tapi, bagus juga kalau aku keluar dengan dia. Boleh aku tanya dia macam-macam. Aku pandang wajah Ayah. Takkanlah Ayah kasi kot. Muka Huzair bukanlah muka boleh dipercayai.

“Boleh tapi kena bertiga dengan Akmal.” Jawapan Ayah menjadikan aku semakin tertekan. Ada ke patut. Takpelah. Janji esok dapat tengok wayang best. Huzair pulang ke rumahnya selepas selesai makan dan bersembang. Suka betul Ayah dengan mamat tu. Entah apa-apa. Ni kalau aku cerita apa yang Huzair dah buat pada aku dulu, mesti Ayah tak percaya. Aku meminta diri untuk ke bilik dengan alasan nak main internet. Bang Akmal mengingatkan supaya bangun awal esok. Yalah tu. Macam dia bangun awal hujung minggu macam ni. Aku bertanya esok nak pergi mana dan dia menjawab, “Tu kena tanya Jaer. Kan dia yang beria nak bawa Adik kesayangan Abang ni jalan-jalan” Isy..geram pula dengan Bang Akmal ni. Aku terus membuat tendangan yang tidaklah terlalu kuat padanya.

“Mak..nengok Ira. Menyalahgunakan ilmu silat yang ada. Hehe. Sorry. Dah pergilah masuk bilik. Kata nak main internet sangat. Addicted to Facebook lah katakan..” Aku menjelir lidah padanya dan terus masuk ke bilik. Memanglah aku addicted to Facebook tapi barang yang diberi Huzair lagi penting rasanya. Aku keluarkan isi yang seterusnya iaitu baju. Blause. Purple. Cantik. Mahal. Huhu. Perangai dia semakin pelik. Apa yang dimakannya di Australia dulu sehingga balik Malaysia jadi begini. Aku tak naklah berhutang budi dengan dia.

Semua barang yang terisi dalam beg tersebut telah aku keluarkan kecuali sampul surat dan juga sampah bungkusan makanan ringan yanga ku selal buang dalam beg Huzair dulu. Macamana dia tahu aku yang buat entah. Jahat. Tak tahulah dalam tu ada surat atau tidak. Mana tahu duit ke. Mata duitan betul aku ni. Aku mengeluarkan isi sampul surat tersebut. Kepingan surat khabar yang berlipat. Ada gambar Remy Ishak pula tu di situ. Huzair ni. Aku punyalah exited nak baca surat tadi. Aku membuka lipatan surat khabar tadi. Oh..ternyata ada surat di dalamnya. Aku tidak boleh menahan diriku dari tersenyum. Seperti kekasih mendapat surat cinta pula aku ni. Surat itu kubaca dengan teliti.

Ke hadapan Nur Ardini Syakirah,

Apa khabar orang di sana? Study ok? Dengar-dengar kau selalu dapat result gempak..Baguslah. Maybe kau pelik kat banyak benda kan? Aku kesian juga kat kau. Asyik fikir fasal aku je. Ye tak? Jangan malulah..Aku tau. Haha..Aku rindu nak gaduh ngan kau. Aku banyak dengar cerita fasal kau dari Akmal. Member jamming yang sangat memahami. Lama dah tak berjamming. Dengar kata kau nak belajar main keyboard. Aku boleh je ajar..Kalau nak belajar free la.Em..Esok pakai baju yang aku kasi tu boleh? Aku tahu kau suka warna purple. And it suits you well. Esok aku sambung cerita. See you. Cant wait for tomorrow.

Yang Ikhlas.

Mohd Huzair

Jahat!!!Boleh pula malukan aku. Tapi, tak perlulah aku menipu diri sendiri lagi. Aku dah lama pendam perasaan. Tapi kenapa benci jadi rindu pula? Huzair sangat benci kat aku. Aku pun benci dia. Sangat. Tiba-tiba aku teringat lirik lagu Bencinta. Faizal Tahir.

Benarkanku tuk berbicara
Bicara terus ke hatimu…
Hatimu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi tanpa mendengar ku
Begitu mudah untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku
Untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersamaku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu

Aku tahu
Engkau tahu apa yang mataku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu???

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedangkan aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Sakitnya aku membenci kamu
Sakit lagi mencintaimu
Dan aku pergi tapi kembali

Hal Huzair dan aku dilupakan seketika sebab aku hendak bermain Sorority Life di Facebook. Sempat aku menukar status aku dengan menulis ‘jumpa kekasih lama’. Pastinya banyak komen yang mendatang. Haha. Semua kawanku sangat sibuk memikirkan yang aku sudah ada teman lelaki atau tidak. Aku cakaplah aku ikut pilihan mak aku. Old fashion sekali. Hehe. Well, kalau mak dan ayah aku pilih Huzair macamana? Punyalah dia berbudi bahasa tadi depan mak ayah aku. Macam program Cari Menantu pun ada. Aku taknaklah perasan lebih-lebih. Aku tak yakin dia ada peraaan sama dengan aku sebab siapa yang nak kat aku. Cuma kalau jadi kawan pun ok juga.

Esoknya, suara Bang Akmal mengejutkan aku dari tidur. Seriusla abang aku ni. Tak percaya aku dia bangun seawal ini. Abang suruh aku gosok gigi, basuh muka, dan pakai tudung. Mak suruh tolong di dapur. Ada tetamu. Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni? Aku pun menuruti arahan Bang Akmal. Aku melangkah longlai ke dapur. Diriku yang menantuk terus menjadi segar melihat Huzair sedang masak di dapur membantu Mak. Tak pasal..

28 September 2009

just wrote it down~part 1

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta

yang masih bersemadi untukmu

dan sebenarnya ku mengharapkan sebalik senyumanmu itu

kau juga merindui aku..

Huhu..Famous juga lagu tu sekarang..Actually aku dah lama tahu lagu tu..abang aku yang buka video Yuna masa tu tahun lepas. Best music indie ni. Hmm..Bila terdengar lagu tu aku mesti teringatkan Huzair, musuh ketat di sekolah dulu. Entahlah, aku yang baik budi pekerti ni dikatakan jahat. Huhu. Ingat lagi hari last SPM, Huzair melancarkan ujian kesabaran terakhir untuk aku. Dia telah menculik diari aku yang aku letak di dalam beg. Kenapalah aku keluar lambat lepas habis paper tu. Kenapa juga aku pergi bawa time exam SPM. Sebenarnya, aku telah mengubah function diari tu kepada buku nota. First time buku itu dibeli, cantiknya! Nak jadikan diarilah. Lama-lama, buku tu aku penuhkan dengan contengan jalan kerja add math, nota sejarah, vocabulary Bahasa Arab dan sebagainya. Huhuu..senang sikit aku nak meluahkan perasaan di situ sambil study. Em..nasib baik tiada apa-apa luahan perasaan yang kritikal dalam diari tu. Yang ada hanya perasaan geramku kepada semua orang yang membuatkan aku sakit hati. Dan Huzairlah nama yang paling banyak tercatit di situ. Aku tahu dia yang ambil sebab Fikri yang beritahu. Hai Fikri, membazir je aku minat kau. Asallah kau tak halang. Lembab pulak. Mostour terlalu tinggi. Hari tu, aku malas nak mengejar Huzair. Biarlah dia pergi dari hidupku. Buku tu pun aku dah malas nak guna. Tak nak baca balik pun. Mesti si Huzair tu pelik kenapalah aku tak mencari. Biarlah dia tertanya-tanya.

Peristiwa tu telah berlalu 3 tahun lamanya. Kini, aku merupakan pelajar tahun 2 Fakulti Sains Kimia Universiti Teknologi Malaysia. Kenapa Kimia? Etntahlah. Maybe dulu aku nak buat cecair yang boleh disimbahkan ke muka Huzair. Hehe. Biar pedih dan merosakkan sel kulitnya. Dan aku memang meminati subjek Kimia ini. Teringat kelas tambahan Kimia di sekolah dahulu. Akulah orang yang pertama masuk kelas dan selalunya akulah yang selalu menjawab soalan dengan betul. Cuma kadang-kadang sahaja aku syok sendiri, membuat rumus sendiri. Ramai yang menegur aku kerana terlalu exited sehingga mengganggu pelajar lain termasuk Huzair. Oh, minta maaf. Dan ramai yang tanya kenapa aku tidak memilih kos Farmasi atau Kejuruteraan Kimia sahaja. Em..soalan itu sensitive.Mungkin kerana aku banyak leka semasa belajar di matrikulasi dahulu. Keputusanku kurang memuaskan dan tidak melayakkan aku utnuk memiih kos itu. Menyesallah pula.

Tapi tidak mengapa. Situasi di sini pun begitu memuaskan. Ada ramai kawan yang menyokong aku. Ada juga yang membenci aku. Inilah lumrah kehidupan. Universiti yang aku pilih ini juga berkualiti dan orang kata, ‘senanglah. Banyak syarikat akan ambil pekerja student UTM.’ Apapun, aku tidak mahu mengulangi perkara yang sama di matrikulasi dahulu. Kali ini aku belajar betul-betul. Hehe. Dah 3 sem aku dapat masuk senarai dekan. Alhamdulilah. Perjalanan dari rumahku ke UTM mengambil masa 25 minit. Ini yang membuatkan aku selalu pulang ke kampung halaman. Berkumpul bersama keluarga. Geng aku di kampung telah meninggalkan kampung untuk mencari ilmu. Ramai yang memilih U yang jauh-jauh. Jeles pula. Tapi bila mendengar rungutan mereka tentang susahnya nak balik, aku jadi bersyukur. Sememangnya, berada bersama keluarga membuatkan aku klebih semangat untuk belajar. Tambahan lagi ditemani hamsterku yang comel, TimTam Nasib baik belum lagi dimakan Kit Kat. Kucing kakakku itu memang comel. Aku sayang kedua-duanya.

Hari ni, aku balik rumah. Rindu kat family. Minggu lepas aku terlibat dalam tender kebersihan Pesta Konvo. Baru sahaja masuk rumah, Bang Akmal mendapatiku. “Ira, Jaer pernah datang sini tau. Dia bagi kau bungkusan tu.” Ayat yang dituturkan oleh Bang Akmal itu memang membuatkan aku yang berada di garisan khatulistiwa seperti berada di kutub Utara. Pelik pun ada. Takut pun ada. Entah apa yang dia letak dalam tu. Bom ke..Siapa Jaer? Huzairlah. Sebenarnya, aku tak pernah lupakan dia. Apa yang dia buat..semuanya. Style rambut dia pun aku ingat. Huhu. Cumanya aku tak kuasa nak mencari dan memutuskan apa-apa. Kawan pun tidak. Aku juga tidak menganggapnya musuh lagi. Sekadar kenalan jauh. Bang Akmal memang rapat dengan Jaer dahulu. Mereka berkenalan sewaktu masing-masing berjamming. Sedap juga suara Jaer. Tapi sedap lagi suara Bang Akmal. Aku pernah juga mengikut Bang Akmal ke studio. Best sebenarnya melihat mereka bermain gitar, drum, keyboard. Entah bila aku berpeluang untuk mencuba. Dan ketika aku berada di studio dan melihat Jaer di situ, aku hanya buat-buat tidak kenal. Kadang-kadang, jika kenakalanku tiba-tiba timbul, aku sumbatkan sampah di dalam beg Jaer bila dia tidak nampak. Hehe. Kadang-kadang aku buat surat cinta palsu untuk dia dan masukkan dalam beg itu. Memberitahu yang peminatnya ingin berjumpa di tempat sekian-sekian. Seronoknya kalau dia betul-betul tunggu tapi peminatnya tak kunjung tiba. Tapi, kadang-kadang tu kalau aku beli coklat lebih, aku sumbatkan juga dalam beg dia. Oh, rupanya dah banyak kali aku ikut Bang Akmal pergi jamming. Kalau mak tahu ni mesti mengamuk.

Ok, back to real time. Kenapa pula mamat ni muncul setelah lama menghilangkan diri. Time reunion tahun lepas pun tiada. Aku datang lewat reunion tu. Sampai-sampai saja, jenuh aku menjawab soalan ‘Huzair mana?’ yang ditujukan kepada aku. Entahlah. Hendak saja aku bertanya muka aku ni nampak macam isteri Huzair ke. Huhu. Bestfriend kepada Huzair, a.k.a kekasih hatinya, Hafira tidak pula menerima soalan. Fira pernah beritahu kat aku, Huzair yang suruh Fira cipta dialog tu. Kata Huzair, bila orang tanya Fira ‘Huzair mana?’, Fira kena jawab ‘Tanyalah Dini. Sempat lagi menguji kesabaran aku. Then, Fira beritahu Jaer pergi overseas agaknya. Takpelah. Orang kaya kan. Jangan dia melepak tak tentu hala sudah. Well, sekarang ni Mohd Huzair Bin Kasimdan Nur Ardini Syakirah Binti Radzi sudah lama berjauhan. Tapi entah kenapa dirimu selalu ku kenang. Aku menggeledah isi beg kertas itu dengan berhati-hati. Teringat pula kejadian yang menjadikan kami musuh ketat. Remehnya bila difikirkan kembali. Isi pertama yang aku keluarkan, jengjengjeng..

Kad! Lawa banget. Ok. Ni ape kes pula nak bagi kad segala. Macamla dia tu romantic sangat. Anway, aku pun bukan kenal dia sangat. Whatever pun, baca jelah.

“Assalamualaikum. Ardini Syakirah. Lama dah tak kacau kau. Em..I’m sorry for everything. Just wanna know that it’s nice knowing u.”

Em..nice knowing u too. Huh, why me!!Why him?? Mohd Huzair bin Kasim. Kau ada kat mana sekarang ek?

Isi kedua yang aku keluarkan ialah kasut. Haha. Inilah sebelah dari kasut aku yang hilang 4 tahun lalu. Masa tu gotong-royong sekolah. Secara tidak sengaja, aku dan Huzair ditmpatkan di kumpulan membersih yang sama. Masa tu aku sungguh bersemangat untuk mengemas. Sampai setiap benda yang ada di atas meja aku ingin lemparkan ke dalam tong sampah. Tanpa memeriksa. Masa tulah aku mengenali Jaer. Selama ni tak kenal pun sebab dia kelas belakang-belakang. Aku kelas depan-depan,.Ketika aku membersihkan surau, perlulah membuka kasut. Dan ketika aku keluar, aku mencari-cari kasut tapi tinggal sebelah saja. Seperti watak Cinderella. Huhu. Sedihnya masa tu. Dahlah mak abah baru belikan kasut ni. Tinggal sebelah pula tu. Aku menangis. Masa tu ramai yang berusaha membuat operasi mencari. Tapi tak jumpa pun. Kawan baikku, Nana terjumpa selipar jepun milik surau tersebut. Dia kata pinjam sajalah. Nanti kita pulang balik..Aku hanya mengikut cadangannya. Sudah putus asa mencari. Hari tu aku tunggu dan naik bas sekolah dengan memakai selipar jepun. Malunya.

Minggu depannya, Nana kecoh di kelas yang Huzair marah-marah. Mereka beritahu yang sewaktu gotong-royong hari tu, earphone Huzair hilang. Maybe ada orang terbuang. Jenuh dia mencari di tong sampah tetapi tidak ada. Earphone yang hilang tu memang sangat mahal. Diakan anak orang kaya. Parents boleh beri sesuka hati. Dan semua orang membuat spekulasi yanga akulah yeng terbuang benda tu. Ok. Kalau aku terbuang pun, tak sengaja seh. Dia letak sepah-sepah. Dan semua orang tahu Jaerlah yang mengambil kasut ni. Sebab ramai yang beritahu aku yang bersalah. Sebab tu kami benci-membenci. Aku dan dia nak tunggu masing-masing minta maaf. Please. Pasal ni aku kena marah dengan mak tau.

Dan masa di kantin, selepas mendapat tahu yang Jaer yang ambil kasut aku, aku tertumpahkan kuah mi rebus pada sebuah buku. Bersalah juga. Tapi aku tak sengaja. Careless. Aku berusaha lap-lap tapi faham-faham jelah, kuah mi rebus. Huhu. Sedang mengelap-ngelap, Jaer pun datang. Ternyata dia still hot dengan aku. Aku pun sama gak. Rupanya, buku tu dia punya. Tadi dia pergi beli air. Dia maki aku. Huhu. Aku tahu aku salah tapi tak sengaja seh. Aku yang still meluat dengan dia terasa macam nak lempang pun ada. Dia suruh aku minta maaf tapi aku tiba-tiba jadi keras hati masa tu. Huhu. Dia yang geram, angkat pinggan yang masih terisi kuah mi rebus dan mencurahkan pada uniformku. Huhu. Sakinya hati masa tu.

Kenapa dia bagi aku kasut ni sekarang? Huhu. Pasangan kasut ni pun entah kat mana. Aku mengeluarkan isi yang lain pula. Diari aku. Yang hilang time SPM tu. Mesti si Jaer bosan dah baca menda alah ni. Dan mesti Jaer memang dah maklum yang I hate him very much. Huu..sorry huzair..aku mengumpat kau gila2-gila kat dalam diari aku. Nama Huzair juga selalu menjadi mufail(pelaku) dalam contoh-contoh ayat bahasa Arab yang dikarangnya. Practice make perfect..Buktinya dia mendapat A2 dalam Bahasa Arabnya. Namun, Bahasa Arab tinggal kenangan saja kini. Dah selalu tak guna, jadi lupa semua. Nasib baiklah tiada info peribadi yang boleh memalukan dia. Dia menyelak mind map dalam diari itu. Tentang garam. Masin semasin mulut Jaer. Huhu. Jaer pernah cakap yang mereka tidak akan dapat mengecapi impian utama kalau asyik bergaduh, mengata, membenci sesama sendiri. Memang pun dia tidak dapat merealisasikan impian. Sekarang dia belajar Kimia Industri, tak boleh nak jadi Chemical Engineer pun. Namun, Kimia tetap di hatinya seperti sewaktu dia membuat mind map itu. Sungguh leka dia mengimbas kembali reactions for salt pada muka surat tersebut. Dia menyelak ke halaman seterusnya dan terus mulutnya membentuk huruf ‘o’ besar. Terkejut. Pada halaman itu terlukis mukanya sendiri. Dan di bahagian lukisan itu tertulis perkataan ‘I’m Sorry’..banyak pula tu, dengan bentuk grafik yang indah dan pelbagai. Dan aku membalas, ‘Aku dah maafkan kau , Huzair. Walaupun kau tak pernah bagi aku kad raya.Huhu’

04 April 2009

terkenang-tergelak

[you have 4 misscalls from Dr. Shahril]
[you have 2 misscalls from 0123456789]
[you have 1 message from 0123456789]

'OMG..dah banyak kali Dr. Shahril call aku. Kenapa aku ak dengar ek. Oh..silent mode seh.. Macamana pula nak dengar.Wah..sapelah yang empunya nombor ini..lawa gile'..Ifah menyoal dalam hati. Dia memang begitu. Seringkali mengsetkan silent mode untuk telefon bimbitnya. Dia baru saja lepas mandi..Kelas petang itu berakhir jam 6.15 petang. Sangat serabut. Sampai bilik pun sudah pukul 6.25 petang. Sampai-sampai saja, dia terus bersiap menunaikan solat, mandi, basuh baju dan study. Malam itu ada test Marine Hydrodynamic. Baru sekarang dia teringat untuk melihat handphonenya itu. Terasa bersalah pula. Baru dia teringat yang Dr. Shahril maybe akan ada masalah flight.

Ifah membaca mesej yang diterima.

[Ass.Angkatlah handphone!nak bgtau test anjak pukul 9 ni]

OMG..siapa pula ni..ada siapa2 yang pakai no. baru ke..hhu. Ifah memutuskan untuk menelefon saja orang itu. Fikirannya beranggapan yang mengirim sms itu student sepertinya. Rupanya anggapannya meleset. Yang ditelefon adalah Isteri kepada Dr. Shahril.Siap tahu namanya lagi. Oh..Dr. Shahril suruh beritahu test akan dianjak ke pukul 9. Ifah meminta maaf kepada Pn juwita.HUh. Satu kerja pula baginya untuk memberitahu yang lain2. sudahla belum study sangat ni. Ifah menelefon Taufiq menyuruhnya mengkhabarkan kepada jiran-jiran tentang hal itu. Nak call Dr Shahril ke?Ifah tidak mahu mengganggu pensyarahnya itu. DIa yakin Pn Juwita akan memberitahu Dr. yang dia telah maklum hal ini.

[Test kul 9 la]Ifah menerima mesej dari Hidayah. Eh, macamana pula dia tahu ni.Gaya Pn Ju tadi seperti aku seorang saja yang tahu rahsia ini. Haisy..penat saja aku kalut. Rupanya Dr Shahril call Hidayah lepas tak berjaya menghubungi Ifah. Ifah pelik. kenapa perlu bantuan isterinya pula. Habisla, Ifah merungut. Pasti dirinya sudah dipecat menjadi s.u kelas. Ni semua gara-gara silent handphone!

Ifah solat maghrib dan sambung study. Subjek Dr Shahril bukanlah mudah. Peratus lulus pn tidak sampai 50%. Dn Hidayah mengajaknya pergi awal ke fakulti. Ifah hanya bersetuju. Mereka duduk di luar bilik ujian. membincangkan soalan dan bercerita. Ifah membuka cerita tentang Pn Juwita. Sambil tu, Ifah terniat untuk meminta maaf dengan Dr Shahril. Guna SMS saja.
[Sorry Dr. Tak angkat call. Tadi tu saya kat toilet.]Ifah yakin Dr. akan faham. Maksudnya dia di toilet sewaktu Dr. call. Hidayah tergelak-gelak mendengar cerita. Sedang mereka bercerita, Dr menelefon Hidayah. 'Hah..ni mesti sudah malas nak dengar caller ringtone aku. Haha.Ifah bermonolog sendiri. Ifah tidak tahu yang ayatnya telah disalahtafsir.

Hari Isnin selepas itu, Kelas Dr Shahril bermula jam 11pagi.Ketika Dr. masuk, Ifah hanya senyum saja, sambil berharap tiada apa-apa yang diceritakan. Harapan Ifah meleset. Dr. Faizul bercerita mengenai test. soalan test yang Disediakan agak simple. Sebab dia sangat sibuk sebenarnya pada hari test itu. Dengan kejadian2 di Klang yang asyik sesat saja, penerangan yang bertukar-tukar, serabut. Flightnya delay ke pukul 6.30petang.Waktu itulah dia cuba menelefon Ifah, "...tapi malangnya Ifah tidak angkat2 call saya. Saya takut kamu menunggu. Saya pun suruh wife saya call.pun xangkat-angkat. Then saya call Nurul Hidayah. Nasib baik dia angkat. Kamu semua kena berterima kasih kat Nurul lah. Hehe. Lum habis cerita lagi. Pukul 8 tu baru saya dapat mesej dari Ifah. Dia kata sori dr. saya ada dalam toilet. Saya pun pelik apa dia buat dalam toilet lama2. Saya call dia 6.30 dia keluar pukul 8.Maybe tu care dia belajar." Muka Ifah mase tu memang merah. nasib baik dirinya tidakla putih. Dia hanya mahu menutup muka. Dia pun tergelak juga mengingati dirinya diceritakan begitu. Situasi di kelas semakin gamat. Semua ketawa.Huhuu..

"Sorila Ifah..Kita gurau-gurau je" Dr Shahril berkata selamba. Ifah menjatuhkan tangan dari mukanya dan hanya tersenyum mengangguk. Dalam hatinya dia berkata, 'Ni boleh buat saman malu ni.'Tapi dia mengaku dia juga bersalah.

[Ifah, harini saya ada buat kenduri sikit. Ajaklah kawan-kawan awak yang lain tolong-tolong saya]

Hubungan ifah dengan Pn Ju semakin serasi. Ifah telah meminta maaf sekali lagi dan memberitahu hal sebenar. Hehe..Oleh kerana Dr Shahril seperti bersalah kerrana memalukan Ifah, Pn Ju pun selalu mengajak Ifah ke rumahnya. Nasib baik Ifah ada kereta sendiri. Dan malam itu di rumah Dr Shahril, kelihatan seorang mamat yang unknown. 6orang rakan Ifah pun tertanya-tanya. Ifah kata, "biarlah.Tak luak nasi pun kalau mamat tu ada". Malas hendak memikirkan benda itu.

"Tulah Ifah,Fahmi. Ok tak? Sama tak dalam gambar?" Fahmi menoleh gadis yang sedang membasuh pinggan mangkuk.

"Oh..hehe..Maklong ni mula lah tu..Kan Fahmi dah kata..sabar.tapi saya dah siasat alamat dia dah.Nengok kat laptop Pak Long.dekat je. Esok saya nak pergi jumpa Parents dia."

Ifah yang buat-buat tidak dengar hanya terdiam. HUh..boleh pula dapat jodoh macam ni.Dia baru tahun 3. Apa pun, dia hanya menyerahkan semua pada takdir. Sudah tentula parentsnya akan bersetuju. Ok juga mamat tu. Asal pula dia berkenan kat aku. Kebetulan sangat. Ni semua sebab Dr Shahril la ni.Dia menoleh ke arah pemuda tadi. Tidak disangka Fahmi pun sedang memandangnya. Isy.pandangan mata terjoint pulak. Ifah hanya tersenyum malu dan menyambung pekerjaannya. Fahmi..boleh ke?Hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...