Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

Showing posts with label feeling composite. Show all posts

08 January 2015

Rintangan arus kehidupan..Banjir besar 2015 yang tak terhalang.

RINTANGAN ARUS KEHIDUPAN

It is not easy...
and when you are tested with hardship,
you will know it is difficult to apply.

Mungkin jika tiada sabar,
saya sudah menyalahkan takdir..

Susah utk terima perkara buruk yg berlaku,
 tp cubalah untuk bersabar,
bukan sewaktu mengalami dugaan besar sahaja.

Setiap hari akan ada waktu kita tidak puas hati dngn keadaan.
Dan ketika itu sabarlah menghadapi situasi.
Bila kita selalu sabar dan memaafkan (dan mungkin perlu selalu mengalah),
tidak mustahil hati akan terlatih untuk bersabar
dan bersedia untuk menghadapi dugaan yang lebih berat.

Alhamdulillah..
sy jumpa jalan tarbiyyah sebelum mengalami dugaan berat.
Itulah salah satu sumber kesabaran.

BANJIR BESAR  2015 YANG TAK TERHALANG

Semenjak dua menjak ni memang keje update pasal banjir di Pantai Timur
Kuasa Allah tiada terhalang.
Allah nak uji.
Allah bagi kesusahan bukan semata-mata bermaksud Allah bagi bala.
Ingat, Nabi pun Allah uji.

Sekarang memang selalu terfikir-fikir kesusahan mereka, emosi mereka.
Yelah, saya pernah hilang nikmat besar.
Saya tahu macamana perasaan tu.

Tapi saya kagum dengan mereka yang diuji.
Masih mampu tersenyum.
Ya, Allah tahu mereka mampu hadapi ujian tu.

Sekarang ialah fasa pembersihan 
Juga fasa  teruskan hidup dngn keperluan asas yg terhad
Teruk..memang teruk kesan banjir.
Sedih T_T
Gambar boleh view dekat page FB Warga Prihatin.

Jom mudahkan urusan mereka! ^_^
Boleh menderma SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR melalui NGO2 seperti berikut:

Akaun Maybank 5621 4240 5154

Akaun CIMB Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek 8600-56-3331
Akaun Maybank Norazila Abdul Aziz 5127-7250-1950

Ni untuk projek pembangunan semula rumah. Boleh telefon nombor tertera.

Akaun Maybank: 5644 9041 3882
Akaun Bank Islam: 140 140101 47470
Akaun Bank Muamalat: 4010 0076 54717
Akaun RHB: 26 2120 0000 4747

Akaun Maybank 5621 4270 8704
Akaun Affin Bank 10 671 000278 4
Akaun Bank Islam 12 029 01 006564 3
Akaun Bank Rakyat 11080 10000 35
Akaun CIMB 8602 0738 18

Bank Muamalat 14030002540719

Rumah Pengasih Warga Prihatin
Diorang sedang plan untuk buat proses pemulihan skala besar.
Memerlukan dana yang besar juga.
Akaun Maybank 562021607398/ 562021611721

Orang kuat aktiviti sukarelawan menolong mangsa banjir 
Sangat kuat semangat walaupun kurang upaya.
Akaun Maybank 5130 4105 0271

Ok..Selamat Beramal.
Jangan lupa inform kat penerima if ada menderma sebab kadang2 mereka takut nak guna duit yg xtau dr mana.

03 December 2014

UNREVEALED FEELING OF BEREAVED PARENTS

Salam..

Sekarang..dah dua bulan setengah Afiyah tinggalkan saya dan suami..
Dan kami berdua teruskan hidup jalankan tanggungjawab dengan semangat yg berbaki..
Kami sentiasa senyum bila ada yang bertanya tentang anak2 kami
Kami selalu lawat kubur anak2 kami dengan doa untuk kami bertemu di syurga nanti
Kami bersama2 melayan kerenah anak2 buah kami yang umurnya sebaya dengan anak2 kami
Kami semakin saling menyayangi..InsyaAllah

Mungkin ramai yang nampak kami sudah dapat senyum dan tertawa.
Mungkin ramai yang percaya kami telah redha menerima takdir yang Maha Kuasa
Namun hakikatnya banyak perasaan yang 'unrevealed'.
Dan perkara ini berlaku pada semua parents yang kematian anak kecil.
Ya..mungkin tak ramai pun yang faham..sebab tak ramai yang rasa.
Mereka yg tak pernah rasa tak akan mahu untuk rasa.

Ada terjumpa post di blog maryamsaffiyah.blogspot.com tentang wishlist parents macam kami.
Maryamsaffiyah meninggal disebabkan Meningitis pada usia 2 tahun.
Ya..saya lebih selesa baca post dari ibu2 yang pernah kematian anak kecil..
Ianya membantu the healing process..walaupun takkan pernah hilang kesedihan itu.

Mungkin ramai di luar sana tak tahu yang...

Kami selalu harapkan anak kami tak tinggalkan kami dan masih hidup.
Jangan cakap kalau dia hidup akan menyukarkan kami nak jaga..
Sebab anak kami tak pernah membebankan kami.Macam anak2 orang lain juga. 
Dan membesarkan anak itu tanggungjawab.Tanggungjawab itu memang susah.

Kami selalu harapkan orang lain selesa sebut dan cerita tentang anak kami..
Anak kami sangat penting dalam kehidupan kami. Kami tak sedih bila orang lain sebuat nama anak kami.  Itu menunjukkan yang anak kami penting untuk orang lain juga.
Dan bila kami menangis bercerita tentang anak kami, itu bukanlah sebab orng yang bertanya.
Jangan rasa bersalah, please.
Berikan kami ruang untuk luahkan perasaan kami.

Kami harapkan orang lain berdoa untuk kami.
Ya..kami tahu anda kesiankan kami.
Tapi kami lebih harap kasihan itu diiiring dengan doa.
Supaya kami dapat pahala dengan musibah ini.
Dan supaya kami dapat pengganti yang lebih baik dari Allah.
Lagi satu, please jngn tunjukkan pandangan kesian anda pada kami terlalu obvious.
Kami akan merasakan yang kami ni bernasib malang.
Mungkin cara yang terbaik ialah berikan kami senyuman, bighug or message yang beritahu anda juga merasa sedih dengan kehilangan anak kami.

Kami harap orang lain tahu yang..tempoh bersedih kami akan ambil waktu yg panjang.
Dan kami struggle untuk stabilkan emosi kami.
Mungkin ramai yg tak tahu..kami sedih bukan sebab kehilangan sahaja..
Tapi kami juga sedih sebab musnah harapan..
Siapa yang tak harap anak yg dikandung 9 bulan akan membesar depan mata dengan sihat, dapat beri kasih sayang padanya.
Harapan kami musnah..dan itu yang menyebabkan kami lebih sedih.
Kesedihan kami takkan pernah hilang dan terubat..dan kami akan sentiasa merindui anak kami.

Kami selalu harap orang lain elakkan dari suruh kami untuk..
takyah fikir pasal tu lagi.
bergembiralah.
Itu takkan terjadi dengan mudah.
Dan bila kami kata "Kami ok", kami harap anda akan faham yang sebenarnye kami belum ok dan kami sedang berusaha untuk itu. Kami sembunyikan perasaan kami.
Mungkin ada yang nampak kami macam tak semesra dulu.
Sejujurnya ada perasaan takut untuk berdepan dengan orang.
Bukan sebab takut orang bertanya. Tapi takut persepsi orang pada kami.
Kami perlukan ruang untuk bersendiri.
Dan..kami bukanlah seperti yang dulu.

Kami amat harapkan orang lain memahami rasa kehilangan dan kesedihan, sakit dalam hati kami.
Tapi kami tahu yang orang lain yang tak lalui takkan faham.
Sebab terlalu banyak perkara yang 'unrevealed' dari kami.

09 November 2011

convo in memory

Salam..

Saya dah convo dah hari tu Alhamdulillah.
Err..dah sebulan berlalu....sebenarnya.^_^
24 and 25 September 2011
Alhamdulillah..CikFafa dapat benda yang menggembirakan hati mak n abah.
Walaupun 24hb tu menyusahkan diorang jugak sebab buat OpenHouse..

Bila fikir balik......kita akan cakap xsia2 penat2 aku belajar
Tapi..cuba ingat balik..penat sngt ke kita belajar?
Penat berusaha dengan sedaya upaya?
macam tak je kan...ada je masa nak bersuka ria buat perkara ngarut2.

Maka..bersyukurlah dengan pertolonganNya

Thank u Allah coz sending me great people around me:
Parents
Lecturers
Naqibah
SMK girls (muniii..wanii..syazni..dah kerje skrg..piwit)
SMK boys (nama terpilih:che..epi..ted..fuad.bila nak jumpa lg)
Orang Lab
Usrahmate
Siblings
(susunan random)

[saya dapat dua bunga..^_^]

[Lepas ni..gamba pakai jubah dengan baby sendiri pula..InsyaAllah]

Mengasah dan mengasah

Salam..

Lama dah aku xupdate ye Muni!!

[Ok..Nak habaq la yang hidup Cik Fafa macam labih senyap sepanjang menjadi post graduate student.Er..status kat FB pun mcm dah malas nak update. YM xbukak.Kuikui..Konon2 buat perkara penting je kat internet.Tp bukak je FB tu.]

Sebenarnya..entah.Sekarang ni agak malas. Takut benda yg diperkatakan tu tak berfaedah n menjadi salah satu riak..(kot)

Sepanjang hidup menjadi postgraduate student ni, makin xpandai jaga waktu.Sebabnya, xde jadual kelas. (Kecuali 1 kelas wajib) So, Lantak la nak buat ape.Lagipun, makin bnyk kerja yg perlu dibuat. A variety of work. Sebenarnya xboleh salahkan kerja2 tu sebab benda tulah yang membuatkan kita rasa diri dan masa begitu berharga.Kerja tu yang buat kita tak rugi dek kerana masa. Sebab Allah cakap dalam surah Al-Asr, Manusia ni akan larut dalam kerugian dengan berjalannya masa. Kecuali manusia yang 'hidup', yang berpesan kepada kebenaran dan dengan kesabaran. (Doa banyak2 supaya kita dapat berjalan hari2 dengan kebenaran dan kesabaran).

So...xboleh salahkan kerja2 tu. Yang salah sebenarnya kita.Tak pandai jaga masa. Salah kita juga sebab xtau diri kita ni mampu buat kerja tu sampai tahap mana. (apa lah diri sendiri tak kenal).

So untuk hilangkan rasa bersalah pada diri sendiri, Cik Fafa cuba untuk merendahkan tahap kerugian yang ada dengan mencari kebenaran dan kesabaran. Macamana??Pergilah majlis ilmu, buatlah majlis ilmu dan sebarkan majlis ilmu.^_^

Sahabat Anas bin Malik, khadim (pembantu) Rasulullah SAW menyampaikan bahwa Rasulullah SAW bersabda (yang artinya): “Jika kalian melewati kebun(taman) surga maka bersenang-senanglah (di dalamnya)”, sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah kebun surga itu?”, beliau menjawab: “Perkumpulan dzikir” (HR. At Tirmidzi)
Dalam riwayat lain, beliau bersabda: “Majlis-majlis ilmu”.

Al Habib Abdullah bin AlawiAl Haddad berkata:
“Ketahuilah bahwa berkumpul dengan orang yang baik (soleh) akan menanam di dalam hati kecintaan pada kebaikan dan membantunya agar mudah melakukan kebaikan itu. Sebagaimana duduk dan bergaul bersama orang yang jelek akan menanam dalam hati cinta kejelekan (maksiat) dan membuatnya mudah melakukan kejelekan itu. Siapa yang bergaul dengan suatu kaum, maka otomatis akan mencintai mereka. Dan seseorang akan dikumpulkan bersama yang dicintainya di dunia dan akhirat”.
Sekarang ni..sedang dalam proses mengasah diri yang sebenarnya kurang mahir untuk menggerakkan ilmu, juga kurang mahir untuk berpesan. Sebab tu CikFafa xpandai jaga waktu sekarang. Sekarang masih belum stabil sepenuhnya. Sebab tu perlunya sabar dalam benar.^_^So senyum and bahagialah jiwa-jiwa yang menggunakan waktunya dengan kebenaran dan kesabaran. Berkumpullah dengan orang solehah..mungkin kita rasa iman kita tak setanding dia, kita tak sebaik dia, ilmu kita tak setinggi dia, tapi siapalah yang tahu tahap ketaqwaan kita dan manusia lain macamana selain dari Allah..and penilaian Allah lebih berharga dari penilaian manusia.

PEACE....

19 May 2011

Malam berpisah Mariners

Salam..

Jumaat malam yg lalu
Di Balai Cerap UTM
Kami buat eksperimen Heat transfer..
Hii..

BBQ ler..ramai2.
Aku, Epi n Fuad yg mengelola
Memang Fafa,Fifi,Fufu betul kitorang ni
Makanannye..Ayam..jgung..Mihun..Sosej..Buah Tembikai
Seorang RM10..
Fafa supply ayam..
Fifi supply mihun
Fufu supply jagung.

Malam tu..agak sedih jugak la
Malam last mkn sama2..
Lepas ni dah xjumpa..Semua da keje InsyaAllah

Hm..ade yg balik awal..klau x lg penuh gmbo ni
Hm..kelas sy ada 7 je perempuan hrp maklum
Tp yg dtng xcukup 7 sbb..biasalah kn..ade hal masing2

Bye2 korang.
Tq n sorry for everything.
Hope korng jd insan yg berjaya dunia akhirat

Bachelor of Engineering (Mechanical-Marine Technology) UTM

Salam alaik..

Oh oh..hari ni malas nk tulis thesis
Boleh x?huuhu
Tiba2 nak review post yg kt sini

Dah 6bulan berlalu..
Time has come..I 've complete my degree
Actually lum complete lg..
Sebab thesis pun xhantar lg..(Deng!)

Tp result sy untuk 4 tahun belajar telah pun diketahui
Saya berjaya dapat first class
Alhamdulillah..sngt2 bersyukur.Allah sayang saya.
Sbnrnye Allah syng setiap dr hambaNya

Teringat kata2 kakak naqibah..
Tanda kita bersyukur dengan apa yg Allah bagi ialah
dengan PENGORBANAN
Berkorban untuk jalan Allah..
Org lain ckp ianya kolot + bajet baik sngt..
Sy cakap ianya perlu..sngt perlu.
"......Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur" (As-Saba':13)

Contoh??
Kita ada duit banyak..Nikmat Allah.How to bersyukur?Korbankan harta.sedekah..
Kita ada masa banyak..Nikmat Allah juga. How to bersyukur?Korbankan masa..Luangkan masa utk pergi majlis ilmu..dekatkn diri padaNya
Kita ada kepandaian..Nikmat Allah..How to bersyukur> Korbankan kesenangan..
Share apa yg kita faham kt orang..Tolong orang lain.

Hm..ramai yg tanye how to dprt result yg best?

Saya xdelah set kn nk dpt result yg best2
Just that sy suka bila jwb dlm exam..^_^
Dan saya suka untuk siapkan kerja..

Next...cubalah jadi sibuk. Cari aktiviti2 kelab
jngn duduk dlm bilik je(macam yg skrg aku buat)
Sbb bila kita busy..kita akan hargai masa yg ada

The most important thing..carilah USRAH..
Tarbiyah diri akan mmbuat kita sntiasa tenang dan redha dalam apa jua urusan
Tipu klau saya ckp sy sntiasa tenang..
Selalu je mnangis buat PSM..buat prgrm
Tp at least kita tau kt mana nk cri ktenangan
Dengan mengingati Allah..hati akan jadi tenang.
(Arra'du:28)

USRAH buat kita faham cita2 sebenar..
Bukanlah degree yg Allah nk tengok di akhirat kelak
Allah tengok amalan kita..Usaha kita..
Maka berusahalah untuk jadi yg trbaik
Supaya kita dapat jdkn peluang menjadi yg trbaik itu
Untuk beramal dan mendekatkan manusia padaNya

Dakwah itu wajib atas semua org Islam.
(Ya Allah.bntulah aku untuk melaksanakan perintahMu yg satu ini)

InsyaAllah hati ini mampu untuk tabah dalam pengorbanan
Huu..Tabahkan hatiku Ya Allah..

10 May 2011

MISI ISTIKHARAH: MINTA TOLONG TUHAN TUNJUK JALAN..SUSAH SNGT NK PILIH

salam

Saya budak Final Year

Saya tak tahu sebenarnye lecturer akan bg gred ape utk PSM saya

Sebab saya mengaku yg saya xperform untuk sem ni..

Saya cakap kat lecturer saya.."saya xlayak dapat A"

Tp saya redha..And saya akan berusaha perbaiki thesis saya

Saya nak sambung belajar...Willing to..sy xnk keje lagi

Sebab ramai yg suruh saya sambung belajar..

Mak saya..mak dia pun..

Tp ada banyak lecturer marine..saya xtau nak pilih mana

Sebab mencari supervisor adalah satu perkara yg sngt2 penting.

Bila fikir2 balik...saya suka...subjek Dr Adi, Dr Faizul, Dr Poji, Dr Jaswar

Huahua..Tp ramai yg cakap buat thesis dngn mereka ni susah..Gurr

Tp..nak sambung belajar jugak..

Pilihan yg perlu dibuat:Skop.. Lecturer..Master or PhD..Nikah sebelum belajar or selepas habis belajar..

Saya juga ada masalh lain..Saya nak pergi daurah..

Saya juga nak pergi X-Make 2011..huu..nk pergi..!

Daurah tu..majlis ilmu + bincang2 + share

Tp saya ada PSM yang xsiap..huhu

macamana ek..Hatiku berbelah bagi

Oh..banyak nye nak kena decide..Ok..harap dapt buat misi ini dnegan jayanya.

10 December 2010

cuti ku untuk dirimu and diriMu part2

BAB: Love to marriage

Apakah nilai yang ada pada sebuah perhubungan
untuk melabelkan perhubungan itu sebagai istimewa??

Aku try search benda ni..Terjumpa benda lain.Dari laman web JAIS

[gambar best amek kat sini]

Bagaimanakah ciri pasangan yang sudah bersedia untuk bercinta?

i)Niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentia

sa terpelihara

ii)Sudah mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang menjerumus ke arah zina.

iii)Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan berusaha menjadi muslim yang sebenar.

iv)Sentiasa menjaga batasan aurat.

Bagaimanakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia?

Peraturan-peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia kita itu didasarkan kepada cinta Allah dan hendaklah kita pastikan semasa menjalin hubugan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar.

Adakah anda tergolong dalam golongan di atas??
Mari kita muhasabah diri..
Bagi aku, kalau nak bercinta sebelum kahwin:
1) tidak perlulah berlebihan mengungkapkan perasaan.
2)tidak perlulah berlebihan mengimpikan hubungan.
3)Perlu pandai buat 'PAGAR' dalam setiap perbualan
4)Jangan membiarkan diri terbuai kata-kata manis pasangan..
5)Cuba cepatkan proses pernikahan

Aku takdela nak cakap aku yang terbaik..
Tapi aku just nak memperbaikkan benda yang kurang baik.
Actually aku pun belum capai tahap kebaikan lagi
Just that aku bersyukur sebab orang itu:
1)Tak pernah panggil 'sayang' ke ape ke
2)Tak pernah cakap yg dia sayang aku or rindu aku
3)Tak pernah ajak keluar
4)Tak pernah mintak gambar bagai
5)Tak pernah call aku
6)Tak cerita pun kalau dia sakit ke ape
7)Tak pernah bagi barang2 yang boleh buat aku ingat kat dia
8)Tak mesej sepanjang masa or asal tngh free je mesej.
9)Tak pernah nak romantik2
10)Cerita kat family dia tentang aku
11)Cuba untuk jadi lebih baik
12)Sedang usaha untuk percepatkan nikah..InsyaAllah
Anyhow.aku akan berusaha untuk kurangkan lagi komunikasi.Mari berusaha!

Oh..alangkah bahagia hidup andai dapat capai keadaan seperti di bawah.

Daripada Anas r.a, Rasullah s.a.w bersabda:

"Tiga perkara yang barang siapa mendapatnya terasalah dia akan kemanisan iman :

Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain

•Mencintai sesorang itu tidak kerana lain, melainkan kerana Allah

•Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

28 November 2010

skema peperiksaan

"ala xlulus pon xpe..dunia je ni.."

Hm..time2 exam selalu dngr ayt yg nk sedapkn hati ini
time gini , Alhamdulillah, disedarkan yg mana dunia mana akhirat
tapi tak pasti lagi sama ada hati org yg brckp tu..
memang ingtkn akhirat sebelum periksa.
Kalau ingat Alhamdulillah..
sangat lah bagus orang yang pandai mengadilkan masa untuk dunia dan akhirat.
(Aku pun belum bijak untuk itu)
Tak dinafikan time exam..time susah2, time kena berlapar dahaga (puasa)
memng satu tempoh student2 ingat Allah..
ingat yg dunia tak penting.
Sebab kalau ingat keduniaan ni tak penting, tak yalah nak susah2 skor kan
Sebab tu namanya ayat penyedap hati

Tapi bila takde exam..xde ujian2 bagai..
Time jadual tu kosong n 'dikosongkan'(ponteng la tu)
Banyak yg terjadi ialah, xdelah ramai sngt yg ingat 'dunia je tu, akhirat lebih penting'
Hm..alhamdulillah kalau ingat.
Tapi dialog yg selalu keluar:
Free kan..Jom gi wayang.Eh,nnt pinjam cd.
Ada ke dialog macam:
Free kan.Jom cari geng.kita cari majlis ilmu.Eh,nanti pinjam buku agama.
Students and hiburan memang xdpt dipisahkan
Tipulah kan kalau laptop student tu xde lagu2..n xde laman sosial.
Ok..maybe ada yg xde tp Rare.
Benda2 macam tu aku akui diperlukan sbb student banyak masalah
Tapi kalau tahu yg mana lagi baik,mana lg xelok, mana perlu mane xperlu
Kan ia lebih meng'senyum'kan
Kalau bila orang ajak gi tmpt hiburan,
ayat penyedap hati time exam itu (ala xpenting pun, dunia je) dituturkan,
sangatlah baik

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dua kenikmatan yang sering membuat manusia tertipu ialah sihat dan waktu kosong." (Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas)

"Apabila Kita Kejar Dunia, Dunia Akan Lari; Tetapi Apabila Kita Kejar Akhirat, Dunia Akan Mengejar Kita...."

Sebenarnya aku pun buat jugak.aku pun suka hiburan jugak
I admitted. Ayat yg tu memang aku selalu guna.
and tak dinafikan exam ilmu keduniaan tidaklah sepenting hal akhirat, hal agama
Tapi boleh niatkan exam ilmu keduniaan tu sebagai alat untuk bantu tingkatkan ilmu agama
and boleh biasakan ingat ilmu akhirat(ilmu agama) bila time x exam, bila di comfort zone
Dan apa salahnya berubah..Aku nak jadi lebih baik
Tipulah students lain pun xnak jadi baik.
Hmm..Ya Allah.Ampunilah dosa yang telah kami lakukan.

Esok exam sebenarnya. Good luck to me and to all.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami dari seksa neraka."
(Surah Al-Baqarah:201)

29 September 2010

andai ada jodoh

Tadi dengar lagu ni kt cafe
Lagu Minn Malik..Flora Cinta

Tenet lambat so xleh nk post video
Suka Lirik yg di highlited di bawah

Benarkah ini ujian lagi
Beombak cuma rasa gundah
Dari sanubari

Tidak percaya pada sengketa
Bisa merubah perjalanan
Yang baru bermula

Biarkan... mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu

Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun
Bayang kasihmu oh !...

Sempadan cinta pun terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...

Andai ada jodoh kita
Tak akan ke mana-mana
Pastikan sempurna harapan bersama

Sempadan kasih bertemu sudah
Takkan merubah perjalanan yang baru bermula
Biarkan mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu ( 2X )

Hee..andai ada jodoh xkan ke mana2
Walaupun xselalu berhubung,
kalau dia jodoh kita,
InsyaAllah Dia satukan kita dengannya

Ya Allah... andai ada jodoh antara aku dan dia,Engkau permudahkanlah jalan ke arah jodoh kami.. tetapi jika tiada jodoh antara kami, Engkau berikanlah kami jodoh yang terbaik buat kami dan jauhilah kami dari segala kemungkaran.... Ampunilah segala dosa yang telah kami lakukan.. Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang lemah..

Amin

p/s:Tengok org konvo merata-rata,,,Cikfafa xsabar nk konvo..tp perjalanan untuk mnjadi graduan sngt pyh..hrp2 cikfafa kuat untuk menempuh cbrn smpai tahun depan..Tapi,,,takut juga nak mnghadapi tahun depan..Bila fikirkan something..

15 September 2010

entah apa yg akn terjadi....

salam alaikum...
maybe dah terlambat tp nak ckp jugak
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin

macamana suasana syawal????
bg cikfafa raya tahun ni biasa-biasa je
sebab xdelah sngt ramai yg dtng bertandang
kuih pon xhabis lagi..[baguslah..kang 1 hal aku nak kena buat lagi]
n tahun ni abang cikfafa beraya di atas laut..
nak buat macamana...mencari rezeki utk keluarga
jadi xdptlah nak kumpulkan adik beradik completely..
n lagi satu xdpt nk celebrate birthday sama2 dngn abng..[birthday kami sama.]
xpela..semoga pelayaran dia ke China selamat hendaknya

Raya tahun ini...cikfafa xsempat nak beli baju raya +kasut raya pon
sibuk sngt buat kuih raya + buat make over rumah yg da mcm stor hardware
[susah juga kalau ada abah yg juga electric technician]
makanya cikfafa pakai baju lama kakak cikfafa yg dia da xmuat
maklumlah..dia dah pregnant..
kasut baru xya beli pon xpe..
so sebenarnya baju baru xperlu sngt pon dibeli time raya..
asalkan ada baju + kasut lawa yg boleh dipakai di pagi 1 syawal
actually time pagi syawal tu kitorg xsiap kemas rumah lg..haha
sbb bnda yg sepatutnya dibuat pd mlm raya xbuat
cikfafa rushing selama 2 jam siapkan rumah.
so baju lawa dipakai time tengahari 1 syawal

raya tahun ini menimbulkan situasi yg baru
sbb raya disertakan dngn 3 org abang ipar
yg semuanya berlainan jenis
[agak sukar juga coz kena pakai tudung dlm rumah]
bila dah 3org abng ipar yg ade tidak menepati citarasa kami selaku adik2
jadi kitorg pon mcm wt listing la criteria2 abng ipar yg diingini
tp lama2 aku trfikir yg bakal abng ipar adik aku
salah seorangnya ialah bakal husband aku juga..kui2
ntah jumpa ke x org yg mcm kitorg inginkan tu
insyaallah jumpalah ye..hopefully
sebabnya kami selaku adik2
nk abng ipar yg boleh tolong mak n abah
adik beradik lelaki aku ni mcm kurang efficiency je
boleh brgaul ngn kitorg semua..smpai kitorg xsegan utk nk mnta tolong
yg xmalu2 nak berlegar-legar di dalam rumah ini buat kerja mcm org lain buat
yg tahu batas2 pergaulan n percakapan
yg layan kucing2 dlm rumah ni n rjin bagi kucing2 makan.
yg xkongkong kakak kami..klau nk control pon agk2la.huhu..jngn la smpai asyik kne duduk umah mak mertua je..sian kakak aku
hm...aku ni mcm boleh buat program Cari Abang Ipar je.hihi..

kakak aku yg belum kahwin ada lg seorang je
pastu aku nak bnyk cekadak pulak ek..huhu
klau xdpt juga abng ipar cmni xpela
aku redha je dngn ketentuan Ilahi..=)
ni just harapan je..kn best if dpt abang ipar yg cmni..
n hopefully abg ipar yg da sedia ada dpt jd mcm ni...=)
Aminn.

03 August 2010

Layar impian

Assalamualaikum

Terdetik di hati mahu mengkhabarkan pasal first dinner Persatuan Teknomarin yg berlansung pada 31 Julai 2010..

Alhamdulillah, walaupun kelam kabut tapi time program berjalan tetamu2 yang hadir xnmpk kekecohannya.

Semua nengok cm lancar je..tp sebenarnya..yg ajk jela yg tahu..ngeh2

Dinner marine ,MARINIGTH 2010 dibuat di atas kapal Danga Cruise 8..YEla..dah name budak kapal kan..walaupun bayarannya RM 50 utk makanan +equipment sgale..tp berbaloi la kerana cikfafa pon xpena nek kapal yg brgerak..hanyalah nek kapal yg under construction.=)

Tema pada malam itu ialah 'JUST BLUE'...memang semua kebiru-biruan la...tp ada je yg xblue.

Petang tu CIkfafa memang xpuas hati n geram sebab bnyk yg xsiap lagi..CIkfafa just takut jadi mcm PESBACS je..sebab tu cikfafa yg mengecek satu2 benda..sebab xde keje yg specific..huhuhu..and malam tu Cikfafa tiba-tiba jadi MC di atas sebab-sebab yg xdapat dielakkan..Dan sekaligus jadi gadis dulang..

Yang tak sangka time jadi gadis dulang,no cikfafa jd no bertuah..hehe..best2

Memang best la malam tu..sume lawa2 n hensem2..suka cikfafa nengok sume brjln dngn warasnya..walaupun ade bnde yg xdirancang..

Tu je..hehe..saje nk gitau sebab best.!!

28 June 2010

cik fafa letih...tulah..siapa suruh tangguh2 buat buku log..target nak habiskan sampai week 9..2minggu punye info nk kena terangkan..penat2..

then teringt yg cik fafa da ditag oleh miss lemon kt blog dia..ohh..20 perkara tentang diri kita.
selalunya detik2 mengenal diri ni dibuat time kursus2..orang emas la orang jingga la bagai..haha
benda tu membuatkan kita menyedari sifat2 kita..tapi kalau nk suruh jwb on the spot mcm ni..20 minit termenung nak cari diri sendiri..=)

cik fafa mulakan............
1.saya seorang yang lemah lembut..ramai yg ckp begitu dan saya akui...kdng2 tu saya teringin utk jadi lebih keras..mksudnya xla lemah lembut mcm ni..kwn2 saya senang2 je balas balik kalau gaduh2 mulut.marah org yg salah.jelesnya saya..and ramai yang xpercaye saye join benda2 yang agk lasak spt silat seni gayung..bidang marin..xcaye ye wes...

2.saya suka jeles kat orang lain secara senyap2..huhuhu..sebabnya saya rasa diri ini bnyk kelemahan..dan dikelilingi kwn2 yg cntik2..pandai2..alim2.bijak2 bercakap..jelesnya saya.tp saya bersyukur dngn anugerah Ilahi..semuanya ada hikmahnya..

3.saya xsuka kejut orang kalau diorang tengah tidur..kesian..kalau kejut pon skali je..dah xnk bngun tu mcm berat nak kejut lg..kdng2 saya akan buat kerja secara senyap2 untuk elakkan dia dari bangun..mcm pencuri pun ada.tp sebole2 xnk bg diorng sedar.

4.saya ni selalu dkritik kerana style brpakaian mcm org tua..tp peduli apa..bak kata miss lemon biarlah mcm ni dr berpakaian tp telanjang..nauzubillah...hmm..lgpun xmo lawa2 pon sbb diri ini bknlah scntik mana.dan saya memang suka pakai baju kurung sbb xya pikir banyak2 ketat ke ape ke..memangla style klasik nasional tp suka hati saya lahkan....hehe

5.saya sukakan program islamic ex usrah..iftar..muqoyyam..tp saya juga sukakan program yg menghabiskan duit dan berseronok bersama kwn 3smk ex mkn aym penyet..wyng..shopping tingkap..apalah hatiku ini...~~

6.saya teringiiiiiiiiiin sngt nk dpt anak kembar..haha..setelah selalu trserempak dngn twins kt jusco and hospital..huhu..memanglah susah tp entah mengapa saya dah lama psng niat n doa..

7.saya belum ada pakwe lg.kalau ade pon dulu xpena dating kot..tp lebih baik xde kn sbb pkwe=date=maksiat..baik xyah..tp entah mengapa mereka selalu nyakat saya dngn itulah..inilah..haha..saya lynkn aje.diorng kate saya mudah flirting dngn xsengaja..xpersan kot..tulah..sape suruh manje sngt

8.saya anak kelima dari 9 adik beradik..tp ramai yg menyangka saya anak last..actually mak memang manjakan smua ank2 nya..ngn kakak angkat sekali dia syng sngt2..mak suka sngt nk amek anta ank2 dia..n saya blum pernah lg dirotan..kena marah pun jrng..kalau adik saya buli..nnt abng saya mara dia..hehe..

9.saya tak suka orang beza2kan pointer saya dngn dia..(actually)..saya xsenang bila diorang ingt saya ni lebih pandai lebih fhm psl sesuatu drpd mereka..sbb sbnrnya saya yg selalu bljr drpd mereka..mereka yg fhmkn saya..so jngnlah anggap saya pandai sngt ye

10.saya ni kalau bab teknikal or movement memng slalu blur sikit..mnx maaf kalau ada yg fed up ajar saya step2 jurus ke bagai..memng akan blur..miss lemon mesti perasan kn..hehe

11.saya suka bg org pinjam duit..hehe..along tak bertauliah

12.saya xkreatif mana mcm kakak sya..kalau dia buat hntrn punyalah..cun melecunnn..walaupon saya amek seni visual dulu tp idea saya xsekreatif kakak saya..

13.saya tengah serabut sekarang fikir bnk bnde nk kena setel..logbook+report l.i..booth lg..huahua..

14.saya susah siikit nak hfl nama2 sayur ke daun ke ikan ke bagai...taunye da ada...kalau tanya jenis memng xtau...malu je nnt kalau da kawin

15.saya xkemas....and bg la kertas kt saya memang akan renyuk punya..apalah xsenonoh betul..note lecture saya memang mcm contengan je..tp ade juge org nk pinjam..xfhm..buku novel ke buku teks ke memng akan lunyai kalau saya guna..isy2

16. saya suka kucing sangt..nnt bile da de duit nk bukak kedai jual kucing..hehehe

17.saya xsuka kalau pergi kedai pastu org kedai tu ikut mcm kucing bau ikan je..biarlah aku nak beli ape pon.ko gi main jauh2..dang!!

18. saya sedang cuba utk improvekan diri sendiri..rasanya semua orang mcm tu kn..ke arah kebaikan..

19. saya suka benda yang msm n masin utk elakkan loya..kalau da loya2 pning2 tu..msuk angin la jwbnye..kalau da masuk angin memng kepala xya picit da klua angin kt kepala..memang kalau x disapu minyak cap kapak..kepala kan senoneng n xdpt buat keje

20. saya suka nengok kartun dngn emosi..haha..drgonball..onepiece..naruto..pokemon..pena buat sy nangis time mmbacanya..

okaylah..bos nmpknya sudah mari..ke dlm ofis..cik fafa nk gi beli air kat bawah..insyaAllah perkara negatif tntng diri ini akan dimansuhkan sikit demi sdikit..thanks to miss lemon sbb tag..

cik fafa nak tagggg..cik munie la..

27 June 2010

BERAT KAKI MELANGKAH

lagi seminggu lagi nak duduk sini..
wawawa...sediiiiiiiiiiiih
lepas ni dah xde dok ngn fMILY MUNIE
xde nak jumpe org2 jse yg happening
xleh jln2 ngn BJE dah..
xdngr dah wong ngomong jowo kt umah
sngt indah kenangan 2bulan lebih niii

list bnde2 yg akan kuingat..dan sngt2 xmo lupe:

1.baiknya family muni nak bagi aku duk umah dia yg comel ni..
walaupun rulenya berbeza ngn rumah sndiri..

pkcik shah rani
mak cik rohani
amy..wahidah..imah..aaqil..ayep..
opah jun

2.kelas bahasa jawa secara tak lansung di rumah muni ni..lepas
ni boleh belagak dangan maktok..^.^

3.JSE.................................ilmu dan pengalaman
trima kasih pada semua

4.orang2 kat JSE>>>>bos n bidin...am..mal..nik..kak amy..farriz..
pkcik berahim..yus...a.malik..botak..mamat..juna..caer..syuk..k.yati..
k.ana..k.ani..maria(haha)..alip..n so on..xlupe juge pkcik yg slalu
tido kt belakang muni

-org welding..:wan..ah pan..n so on
-org buat hidung..:pheewit je lebih..keje x siap2
-org piping..:john..ajim
-machineries
-air test:nan..pkcik sbh tu
-painting:haha
-electrical:jackie
-workshop:mas joko..lg sorng xingt
-forklift:murali
-crane:pkcik munir..ah seng..mogan
-fitting..

5.gopi n anak2nye..smokey(aku nk nengok smokey tym dtng
cni lg)..janney..

6.nautica maharani n tempat2 di dalamnya yg sering djadikan
tempat ngulooooor

7..accident with india..hahaha

8. mcD yus..kfc pak berahim..mamak+career talk abng farriz..
knduri am..swiss garden bidin.

9.tluk batik+ipoh+bagan datoh+sg manik>>>jln2 hari ahad

10.kenal ngn yantie awek syam mkn kat hawaiii..^.^
kenal ngn nabilah kwn baik muni

11.karok with nik..mamat..botak..mal..caer..muni..hahaha

12.muke hitam..tngn hitam..mulut makin kepo..prangai makin gedik..(ngeh2)

13.---------------------------

aku syng gile org2 jse..hari2 ade je prkare yg melucukan hati
walaupon mulut xde filter dr bos smpai trainee
walaupon prangai mcm hrm jadah..(smpai sprvsr pon leh men trik tudung)
tetapi mereka sngt baik..
dah berape kali aku dibelanje mkn dan minum aku pon xtau
pdhl kejenye nengok + nyibuk je..lalala
n dorang sngt2 care psl safety kitorng
bila kitorng tanye..dngn rela hati mnjwb
walaupon mreka akn kate.."BARU MAAAARI"hihihi..
dpt pulak online dngn bebasnye di jse..

lepas l.i aku kene gi kelantan..
nak tolong mak dftrkn ipin gi masuk u
xkusangka ipin mk masuk u
dia tu bkn amik kisah pun slalu ape yg die nak
n mntp juge la die choose kos design tu
memng sesuai gile ngn die
heeeeeeeee..da beso upenye adik aku
n lepas balik dr kelantan kena buat report..
fikir mslh booth kssgutm..
gugugugu...xpe2..usehe!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...