Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

30 January 2011

Menangislah

Salam..

Hujan berpanjangan sekarang..samalah juga dengan hujan air mataku

Sekarang tengah mood sedih..tp sedang bertabah

Sebab..ada orang lagi teruk ujian yg Allah berikan..

Anyway,,artikel di bawah copied from

http://ilalliqa.wordpress.com/2007/07/10/menangislah/

Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian.Tangisan seperti ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang diratapinya itu turut terseksa kerana perbuatannya. Ini berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah.

Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon ampun dari Allah. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:

1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada AllahOrang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.

Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata kepada Ubay bin Ka’ab: “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah al-Bayyinah ayat 1, “Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,” Ubay bertanya : “Apakah Allah menyebut namaku?” “Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana mendengar berita gembira itu).

Ayat tersebut menyatakan tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi dan Nasrani) kenal Nabi Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat akhir zaman, tetapi setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda.

2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukanTangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah. Keadaan sebegini akhirnya akan mendorong seseorang itu bertaubat dan seterusnya kembali ke jalan yang benar. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 82 Surah al-Taubah, “Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”

3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah

Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata.Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi. Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan akibat rasa keimanan yang begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam ayat 58, Surah Maryam; “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka segera sujud serta dan menangis.”

4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawadukTangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya. Bahkan, orang yang mencapai tahap kekhusyukan itu termasuk salah satu dari tujuh golongan yang memperoleh keistimewaan pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah: “Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) : Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dalam keadaan rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Bimbang terputusnya rahmat Allah

Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu. Sebagai contoh, pada suatu hari sesudah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahinya.Sebaik sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-dua tetamunya itu lantas bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik?” Ummu Aiman menjawab, “Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti).” Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.

6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaranAdakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang diterima itu.

Hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah seperti firman-Nya: “Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan.

Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami bersama kaum yang soleh.” (Surah al-Maidah:83-84) Daripada maksud firman Allah tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan di sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat yang besar.

Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana Allah sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: “Kami datang kepada Rasulullah sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana.”

26 January 2011

Voting for CST contest

Salam..

Cikfafa ada join contest CST Production and LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR

And the voting session is STARTED until 31th January 2011.

Nak tengok post untuk contest silalah picit tikus anda kt link ni.

And if nak vote CikFafa silalah picit tikus anda kt link ni:

golek2 tikus ke bawah sampai jumpa entry no 98.pastu silalah like ..hehe.

No 98 tau!

Peserta semua hebat2 belaka and Cikfafa hope yang terbaik akan menang..InsyaAllah..

18 January 2011

NOTES TAKEN>>JOM TARBIYAH

Salam alaik..

Saya pergi ceramah tentang dakwah di bilik gerakan Jemaah Islam Malaysia..

Sebenarnye xtau pun ceramah pasal ape..men pergi je masa tu..

Penceramahnya guna bahasa Arab tau..Then ada pakcik translate kan..Best pula dengar.

Ok.. tau kan setiap orang Islam ada tanggungjawab sebagai orang yg

mengingatkan orng lain tntng Islam?

Dan kita perlukan tarbiyah diri for time to time.

Sebab kita ni khalifah yang perlu amar maaruf nahi munkar..

Untuk tidak menjadikan kita hidup sia2..maka memang kita perlu perlu laksanakan tanggungjawab tu..beserta dengan jadi hamba Allah 24 jam.(2:30 dan 51:56)

Therefore..oleh kerana kita ni sudah dipilih oleh Allah tergolong dalam muslim yang faham Islam..kita perlu bersyukur dengan mentargetkan hidup untuk dakwah.

Sebabnya..zaman sekarang memang ramai yang sudah lupa dan jauh dari Islam..ramai yg tak memahami Islam..ramai yang malu untuk mengaku diri sendiri Islam.

Kita perlu menyumbang dalam pembentukan Ustaziyatul Alam..untuk bangkitkan Islam..sebab sesungguhnya Islam akan menang satu hari nanti.

Sangat bermakna jika kita ada sumbang jasa ke arah itu.(61:9)

Ok..dah tau kan kita perlukan tarbiyah..

USrah tu penting dalam hidup.. dan kita juga perlu ada tanggungjawab untuk ajak orang2 yang terlalai dan yang masih mencari jalan yang diredhai Allah kearah Full Time Islam.

Untuk tujuan itu, Allah sebenarnya dah berikan nikmat untuk kita realisasikan dakwah.

Bersyukurlah. Kita dah dapat 3 nikmat.

Nikmat ukhwah..nikmat terpilih dari berjuta manusia dan nikmat jamaah.

1)Nikmat ukhwah

"Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (Al Anfaal ayat 63)

2)Nikmat terpilih

3)NIkmat jamaah

Sekarang ni perjuangan dakwah telah tersebar luas sejak diperluaskan oleh Imam Hassan Al-Bana. And sekarang ni juga pelbagai organisasi berjuang dengan tujuan yang sama iaitu untuk meluaskan agama Allah sebagai persediaan untuk memenangkan islam di masa hadapan.^_^Sekarang juga…semua organisasi ni dah disatukan di bawah IKRAM supaya kerja2 dakwah ni mempunya struktur dan perjalanan yang terancang.

So if kita memang dah sedar tanggungjawab kita..why not kita involve dengan organisasi yang memeprjuangkan matlamat yg sama.

Bila Allah dah bagi nikmat..kita sebagai hambaNya perlulah bersyukur kan? MAcamana? Bersyukurlah sebaik-baiknya dengan perbuatan kita.

Yang paling utama ialah bersyukur dengan Al-Quran>>Tilawah,Hafazan,Tadabbur,Amalan. Al-Quran kan guideline hidup kita.

So adalah indah jika kita tergolong dalam insan yang celik Al-Quran..dan berusaha memahami dan menghayati ayat2 Allah supaya hidup kita xsesat.

Sebahagian dari wasiat Rasulullah S.A.W kepada umat islam semasa Khutbah Terakhir.

"Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranyakamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidakakan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan Sunnahku. “

Setiap benda yang kita buat perlulah sistematik untuk mencapai matlamat..

Dakwah perlukan perancangan dan penyusunan yang sistematik as sukar untuk seorang individu tu menjalankan dakwah berseorangan tanpa perancangan.

Sebabnya, manusia ini mudah lupa dan mudah dipengaruhi bila berseorangan. Sebab tu manusia perlu saling berpesan2 dngn kebenaran dan kesabaran.(Al-Asr).

Macamana nak jadikan dakwah tu lebih tersusun??

Dengan adanya usrah..halaqah ilmu.Dari situ wujudnya ukhwah berlandaskan agama Allah..di jalan Allah. Tanpa ukhwah yang mantap..dikhuatiri akan terjadinya individu dakwah yang lupa dan jauh dari Allah dan dikhuatiri juga hal-hal dalam ukhwah itu membantutkan proses dakwah.(61:4)

Oleh itu..sangat lah penting kita sebagai muslim yang memahami Islam untuk mementingkan habluminallah(mewujudkan individu yang bergantung harap pada Allah) dan habluminannas (mewujudkan hubungan sesama muslim yang setiap darinya berusaha buat yang terbaik untuk yang lain). Dua2 ni dapat melindungi diri kita dari terbuai dengan syaitan dan nafsu.InsyaAllah.

Menurut Hassan Al-Banna..Faktor keberjayaan sesuatu dakwah ialah iman yang kuat..ikhlas…semangat…dan pengorbanan dari keazaman seorang pemuda.

Sebagai seorang pendakwah..kita perlu berusaha menjadi muslim yang lebih baik as to prove that dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup, kita boleh jadi insan cemerlang.

Ada 3 aspek yg perlu dititikberatkan iaitu cemerlang dari segi dakwah, akhlak dan ilmu. Daripada situ, kita aka nada rasa tanggungjawab 24 jam untuk memperbaiki diri di jalan Allah dan seimbang dari segi cara hidup dan dakwah.

Tau tak 10 Musoffat..10 sifat yg perlu ada pada seorang Muslim..:

1)Ibadah yang mantap

2)Ibadah yang soleh

3)Pengetahuan yang luas

4)Berdikari

5)Melawan Nafsu

6)Pengurusan sistematik

7)Akhlak mulia

8) Tubuh yang sihat

9)Mengurus waktu

10)Bermanfaat pada orang lain

PErkara penting yang perlu dititikberatkan ialah sedia berkorban untuk tolong agama Allah. InsyaAllah..kita semua dapat capai sifat2 di atas.Sesungguhnya untuk mentarbiyah orang lain..kta sendiri perlu berusaha improve diri untuk jadi muslim / muslimah cemerlang.

Pastu ada orang Tanya..mana lebih penting..dakwah untuk orang yang daha da asas Islan ke yang belum ada asas Islam. Then pakcik Arab tu jawab..adalah lebih baik kita dahulukan yang lebih hampir..iaitu yang dah tahu Islam.

Sebab mereka dah ada dapat nikmat Islam..Tapi jika mampu untuk berjalan serentak..adalah lebih baik.

Dakwah memang susah..dengar je dah berat..Tapi perlu berusaha buat..TU ujian Allah.

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2).

Wallahualam..Ini hasil catatan saya dalam majlis ilmu hari tu. Minta maaf jika ada yang salah dan tak selari dengan fakta. Terima kasih.

13 January 2011

Contest>>> CST PRODUCTION & LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR

Hari ni aku telah berjaya melawan nafsu untuk membeli belah
Yelah..ade PC-Fair tp duit biasiswa JPA tak masuk lagi..terbaik kn
Ade pulak booth jual2 tudung n baju lawa
Tak mau la guna duit bnyk2 lg
Sebab nye ialah [.......................fikir masa depan..hiii]
|
|
|
v

Oklah..sebenarnye aku ada perancangan untuk bernikah
Hm..bila??Time cuti sekolah.Belum confirm lagi..
Dengan izin Allah..semoga dipermudahkan...
Hailaa..zaman sekarang nak kahwin memang
kena fikir tentang duit
($_$)
Disebabkan aku seperti wanita2 lain yang merasakan wedding is one important day to be remembered..
Aku juga bernafsu untuk membuat majlis yang meriah
dan penuh dengan kecantikan
Namun ia hanyalah DREAM WEDDING..
sebabnye???Sebab sy plan untuk bernikah sahaja..Dahulukan yang wajib kan..
Majlis meriah2 ni..kalau ada rezeki lebih..bolehla.
(Walaupun sebenarnye sngt2 berharap)

Persoalannya...mane nak dapat rezeki lebih tu??Haa..ni nak khabarkan berita.Aku telah mengdiscover satu contest yang dianjurkan oleh MEREKA YANG BAIK HATI.
Contest nye ialah.....
"What's Hot is Gettin' Hotter by CST and LYNDA
RAHIM KUALA LUMPUR"

Description about the contest boleh dibaca di bawah. Aku ambil dari Fb CST Production

- Pilih salah satu tajuk di bawah dan olahkan secara paling creative di dalam blog anda atau facebook notes:

1) My Dreams "Wedding". (anda boleh ceri

takan konsep wedding yanganda impikan)

2) My Dreams "Love Story". (anda boleh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impikan / kisah benar anda)

Eh..sape yg xtau tentang CST Production dan Lynda Rahim nih?
Meh aku promote diorang ni..
CST Production sediakan service untuk buat video2 untuk event2 yg bermakna
Cam wedding..some video clip..corporate occasion..oh.video Elyana mereka ni lah yang buat..Dari video perkahwinan Elyana tu dah tau la kan level skill n talent mereka. Terbaik dari highway orang cakap.Hehe
Datin Lynda Rahim pula...seorang fashion designer untuk para pengantin.
Memang superb la design2 dia..
Detail----->Bolehla klik klik link yang aku bagi tu

Maka dengan ini saya memilih tajuk "My Dream Wedding"

Bermulalah ceritanya...
Aku ingin sekali majlis perkahwinan yang sederhana dan ikut cara Islam
Yang tidak berlebihan dalam perbelanjaan dan acara.

"Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

"Janganlah kamu bertabarruj (menunjuk) seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab : 33).
Tapi dalam masa yang sama mengikut adat Melayu dan tersusun
supaya tidak menimbulkan fitnah dan buruk sangka orang lain..
Kita perlu juga consider pandangan masyarakat kan??

THEREFORE

Aku mahukan majlis pernikahan yang simple and sweet
Baju nikah..jamuan..Decoration..Sangatlah indah jika semuanya simple and sweet
Pernikahan kan satu hari menyatukan aku dan dia.
AKAD NIKAH itu sahaja sudah memberi makna yang amat berharga.

[aku mahu kan warna tema Peach-Orange Pastel]

Baju pengantin with simple design dan semestinya dipadankan dengan tudung.Tudung yang seperti ditunjukkan di bawah. Lebih labuh dan kekal cantik untuk si pemakai. ^_^
[Angan-angan design baju nikah]

Selepas itu pastinya Majlis Persandingan.

Majlis mestilah start lepas pengantin n family pengantin selesai Solat Zuhur.

Oleh kerana aku ahli Silat Seni Gayung Malaysia, pastinya aku akan memanggil rakan-rakan Segayungku untuk mengadakan demonstrasi. Promote Persatuan itu Penting! Lagipun alang-alang mereka datang buat demo, pastinya sekaligus meraikan aku sebagai pengantin. (^_^) Tapi tidaklah aku sekali buat demo. Tak pernah dibuat orang.
(Kalau boleh buat,aku on je..haha)

[Ajak semua mereka ni buat demo best juga..hihi]

Then pengantin akan diiringi dengan alunan nasyid dan zikir-zikir indah. Barulah hati menjadi tenang. Lagu Maher Zain is a must ok...

Firman ALLAH SWT : Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu, hati akan menjadi tenang.
( Surah Ar Raa'du : 28)

Hiasan dewan juga perlulah cantik. Eh...majlis pengantin semua kena cantik. Barulah kita dapat meraikan tetamu yang hadir. Hm..meja makan damai tidak perlulah terlalu crowded. Pengantin duduk kejap je kan..Selalu pengantin tak makan pun. Hehe. Back to Prinsip Islam>>jangan berlebihan.^_^

[Aku mahu combine design2 di atas..Sweet!]
[Gambar di atas hasil tangkapan dr google]

Makanan::aku nak lauk kampung je. Selalu kan aku pergi kenduri yang jamu lauk kampung ni..berselera tetamu makan. Kalau ada orang kasi 'berkat' or bungkuskan makanan lauk kampung dari pengantin..Lebih ramai kawan aku yang suka.

Lepas selesai menjamah-jamah makanan...pengantin pergi potong kek.
Aku tak nak kek yang ada banyak Icing tu. Orang xmakan pun tau Icing tu.
Gula dah makin mahal jangan nak membazir.

Nak design kek macam kat atas tu n kek macam kek kahwin Kakda dulu..cream dia mcm Ais Krim..Baru puas orang lain makan. And tak perlu bertingkat-tingkat tinggi. Ni 3 tingkat sebab ahli family ramai..hm..Biarlah sederhana saja.

Then pengantin pergi pelamin.

Pelamin??Memang bersanding itu tidak berlandaskan syarak. Namun lebih baik kita ubah fungsi pelamin yang digunakan untuk bersanding digantikan dengan untuk sesi bergambar.
Kalau ikutkan orang Johor, selalunya akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran sebelum Majlis Resepsi. Pastinya pelamin itu akan menjadi platform untuk membaca AlQuran.Bukan hanya untuk bergambar. Tidak salah rasanya untuk mengabadikan memori dalam foto-foto untuk tatapan generasi akan datang.
Asalkan jangan berlebih-lebihan dan wajib menutup aurat.

Pelamin Idaman? Aku mahu gambar kahwin yang berbunga-bunga, seperti hatiku yang berbunga-bunga ketika itu. Berlegar dalam angan-anganku Pelamin yang penuh dengan bunga berbonjot-bonjot seperti di bawah. Tidak perlulah pelamin yang terlalu luas. Biar lah simple and sweet. Alangkah indah andai konsep-konsep pelamin di bawah digabung menjadi satu dengan warna peach. Sedap mata memandang.

[Gambar di atas adalah hasil tangkapan dr google.]

Konsep baju untuk Majlis Bergambar atas Pelamin diambil dari baju pengantin Kakda dulu.Macam jubah moden combine with dress combine with Kebaya Labuh.
Sangat sopan dan sweet. Dan oleh kerana aku meminati Barbie Movie..ada jugalah konsep barbie kat gambar bawah ni. Baju wajiblah dipadankan dengan tudung yang menutup dada dan ada selendang cantik macam Raja Farah tu. Cantiknya.

[Angan2 design untuk baju bersanding.Gambar di atas adalah hasil tangkapan dr google]

Dah habis click2 camera..tetamu yang datang mestilah beredar kan..Dan Doorgiftnye ialah gelas comel macam gambar bawah ni. Beserta Al-Mathurat Sughra.

[Dalam gelas ada telur ok juga..simbol kesuburan kan??]

Lastly....wedding photo shoot. pengantin dah penat..Tapi nak jugak bergambar. So..pengantin dibawa pergi Danga Cruise 8 (haha..aku nak jugak) untuk bergambar. Sewa sekejap je untuk pengantin 2 orang boleh tak. Banyak cekadak aku. Sebab nak solat Asar..tak yahla lama2.

(Mentang2 diriku student marine.)

Hm..If tak dapat cruise yg gabak tu..dapat Small Craft jadilah.
Kalau Semi SWATH lebih baik.Hehe..
Nak senang aku sewa prototype kat Marine Lab je.haha
Tak pun pergi amik gamba kat Marine Lab UTM terus

Tp kalau xdpt cruise..tempat wajib nk bergambar ialah di Masjid. Sebab nama pun bina masjid kan.. Lagipun gambar masjid memang cantik-cantik. Semoga dapatlah keberkatan kan.^_^

|
|
|
V

Agak-agak berapalah ribu yang perlu dikeluarkan nanti .kalau buat majlis macam ni la.
Tapi macam yang aku cakap..ni just Dream Wedding. Tak semestinya jadi kan.
Kalau ada rezeki lebih bolehla buat.
Tipulah kalau aku tak nak majlis yang diidamkan menjadi kenyataan. namun perlu ikut kemampuan. Sebab hal-hal selepas pernikahan lebih penting daripada semasa pernikahan.

Tapi aku nak stress gambar kahwin memanglah penting.
OR sekarang ni kan dah trend buat video perkahwinan.
Video + Baju pengantin yang cantik menawan mampu jadi kenangan paling indah.
Kalau dapat buat adalah lebih baik..
(Entah siapa nak sponsor kan..Berangan je)

Thanks to CST Production and LyndaRahim Kuala Lumpur sebab memberi peluang untuk menyertai contest ni. Dengan hadiah yang begitu menarik..anda2 memang baik hati.
Harap CST Production and LyndaRahim Kuala Lumpur semakin maju dan terus maju.

12 January 2011

kesopanan dan kesusilaan

AJL 25::ramai gile yg post psl AJL25
AKu tak tengok pon.haha
Tp bc blog je da tau cerita.
Aku memng selalu follow AJL.
sbb aku suka tntng gubahan lagu n lirik
Bukanlah utk tengok artis2 yg bazir duit wt prsmbhn.huhu

Ramai tak puas hati Ana Raffali menang..
Hm..patut bukan Ana Raffali yang dikatakan menang
Lagu 'Tolong Ingatkan Aku' yang menang.
Tp aku xdelah kisah pun
Kalau sape2 yg menang tu akan belanje aku Big Apple sedozen dua
barulah aku kesah
(Wah..ptutlah lebih berat badan)

Tp aku suka juga susunan lagu dan lirik 'Tolong Ingatkan Aku' itu
Calm and harmony...meaningful lyric.
Aku suka sastera2 ni..(^_^)

Ana Raffali??Comel kan?
Tp aku xdelah kenal sngt
Yang aku tau dia amek TESL.Cikgu BI la tu kn.
Ramai pula artis kita yg bersarjana muda tp bukan dlm bidang muzik pon
Like that fact..tp xdelah aku suka proffesion as
penyanyi.
Yang aku tau juga..dia suka pakai baju tradisional
Like that fact also
AKu pun suka pakai baju tradisional

Aku student mechanical
Kat fakulti belambak2 lelaki pelbagai irama
And dorng xkisah pun prmpuan pkai lawa ke xlawa
Kalau dorang kisah pun xde kena mngena.haha
Cuma..xbnyk kelihatan pemakai baju tradisional di fakulti ku
Tp aku suka je pkai bju kurung gi kelas.
Sebab xya la nk rase seluar tu mengsopankan diri ke tak
Lebih mudah untuk menutup aurat.

Walaupun lmbt..aku smpt lg nk mnggosok baju.=)
Yg susahnya kena naik bas la
Tak sopan ok nk bonceng org ngn baju kurung
And aku suka baju kurung pahang..sopan.
Cmne bju kurung pahang?
Yang Kembang2 tu
Sesuai utk org yg kembang(aku la tu..haha)

Aku bajet fashion baju kurung akan femes jp lg
Sebab Ana dah menang kn
orng yg dah menang ni sume org nk sponsor nk jdkn tukang promosi
And kalaulah itu brlaku..Kan bagus
Bertambah2 if bertudung berbaju kurung berstoking berhand sock
Sebenarnye nk cakap:: sngt2 best kalau semua gadis2 terbuka hati utk menutup aurat scr sempurna..
Bukan yg memakai tudung ttpi menampakkan bntuk tubuh badan dan bertabarruj
Amin..
[Utk diri sendiri juge]

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

[Gmbr google on baju kurung pahang.nice2]

Nak share link ni..post AlexiaAqram memang membuka mata
Kita as wanita muslimah
Tak perlu lagi ckp "rambut ialah mahkota wanita" mcm iklan syampoo tu
Lebih chantek jika "Maruah dan kehormatan diri ialah mahkota wanita"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...