salam alaik
Alhamdulillah sudah habis paper
And bermulalah Semester 2 Tahun Empat
Semester terakhir di Bumi UTM ini
And if InsyaAllah lulus, maka gradelah Cikfafa sebagai
Sarjana Muda KejuruteraanMekanikal
(Teknologi Marin)
Punyalah panjang kan nama kos ni..
(Aku selalu merungut time isi borang awal
2 masuk dulu)
[gambar models kapal di Makmal Marin]
And sebenarnya tadi and sekarang juga
Dapat dirasakan kegembiraan itu tidaklah seperti semester sebelum-sebelumnya
Mungkin kerana banyak lagi tanggungjawab yang ada
I wonder how will it like
Kalau last day final exam Tahun depan..
And Cikfafa rasa akan berlaku perkara yang sama
Sebab habis peperiksaan bukanlah titik habisnya tanggungjawab
Malah lebih besar tanggungjawab selepas itu
Dah nak kerja.Dah nak perlu fikir masa hadapan.Dah nak jadi semakin dewasa
Bila fikir2 balik
Hidup manusia tak pernah lepas dari tanggungjawab
Tanggungjawab sebagai++
Hamba Allah: Beribadah dan Ammar Maaruf,Nahi Munkar
Anak:Taat dan patuh pada ibu bapa
Kakak,Abang,Adik:Bantu-membantu sesama sendiri
Kawan:Bantu-membantu sesama sendiri di waktu susah n senang
Pelajar:Belajar Ilmu Fardhu Ain,Fardhu Kifayah,ilmu jadi manusia
[Janganlah jadi sekadar pelajar Muslim,jadilah seorang muslim yang belajar]
Ahli Persatuan:Bantu capai misi dan matlamat persatuan
Pekerja: Buat kerja dengan amanah
Suami dan Papa:Mengemudi rumahtangga dan keluarga
Isteri dan Mama:Membantu suami dan mendidik anak
Dan Banyak lagi..
Dan semua tanggungjawab ini
perlu relate dengan tujuan penciptaan manusia
Manjadi Hamba Allah yang beribadah kepadaNya
Dan Menjadi khalifah Allah yang Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran
Firman Allah yang bermaksud:
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku
(Azzariyat:56)
Firman Allah yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
(Al-Baqarah:30)
Oh ya, paper tadi ... ok la
Terima kasih kepada Rahim Amran iaitu kawan sekelas saya
Dia banyak bantu kami macamana nak jawab soalan tadi
Banyaknya pahala dia kan?
Preparation untuk paper tadi sangatlah 'havoc'
kami practise contoh soalan bermula jam 12.00 tengah malam
Haha..Cikfafa tak pernah buat macam gini
And then ramai2 tidur kat bailik Cikfafa..Sukalah pulak situasi pagi tadi.
Macam Kat rumah je..^___^
Paper sebelum2 nya pun Ok jugak
Ramai2 study bersama di bawah..tingkatkan habluminannas
Sayang kawan2 saya
Semoga mereka sentiasa jadi Insan berakhlak mulia
.Ok lah..Mahu Stop Mengiaw.
sayang kat rahim sorang jerk. ngahaha ;p
ReplyDelete