BAB: Ingat DIA
Cuti Sekolah memang seronok.
Aku juga suka begitu
Tapi yang xseronoknya:
1. Kena buat kerja rumah as suri rumah
2.Nak online pun member2 xonline
3.Diri jauh dengan UTM>>susah nk tarbiyah diri kat rumah
4.Perlu habiskan kerja yang ditangguh sebelum habis cuti
Yang no 3 sangat kritikal
Memang banyak berlaku kan?Kat U boleh je jadi baik,balik rumah sangat liat nk buat amalan
Itu maksudnya diri sedang belajar untuk istiqamah
Aku rasa cara untuk membentengkan diri ialah tazkiyatunnafsi atau pembersihan jiwa
Tau lagu Opick? Tombo Hati....
Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Aku tertarik dengan ubat hati pertama>>Baca Quran dan maknanya
Sebabnya benda ni paling dekat and mudah nak praktikkan
Tadabbur Al-Quran, iaitu proses memahami dan menghayati ayat2 Alquran seterusnya mengambil hikmah daripada maksud ayat yang kita baca adalah satu proses yang indah,
lbih2 lagi jika ayat tu ada kaitan dengan masalah kita
Sebab tu adalah baik jika ada terjemahan Al-Quran di samping kita
Satu perkara yang aku dapat dan sedang praktiskan ialah
membaca dengan hati, bukan sahaja dengan akal.
Maksudnya, membaca dengan akal itu pasti,
tapi proseslah ia dengan hati yang sedia menerima.
Analogi yang sesuai digunakan ialah Bacaan novel dan bacaan ilmu teknologi.
Yang mana kah lebih berkesan dan mudah diingati dan difahami?
Tentulah bacaan novel kan?
Sebab apa??Sebab kita baca dengan hati.
[Buku Ship Construction dengan Novel Hlovate]
Serius!Kalau aku jumpa orang yang baca buku Ship Construction sampai terkesan dalam hati, aku nak suruh dia jadi Lecturer Ship Design 2 sebab Ship Design2 aku dapat result corot. Hee..
And siapa yang xkenal Hlovate??
Kalau yg belum kenal silalah beli novel dia or pinjam dengan kawan2 yang ada.
InsyaAllah terbuka hatimu untuk berubah ke arah kebaikan.
Sampai sekarang aku boleh ingat ayat2 dari novel2 tu.
Tapi xdelah semua.Certain2 yang terkesan di hati.
Back to topic..macam tu jugalah kalau kita baca Al-Quran dan maknanya.
Aku akui susah nak buka hati ni.
Apa2 pun,,CUBA. Meh baca doa ini.
رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِي اَمْرِيْ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوْاقَوْلِيْ
Artinya : " Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah pekerjaanku dan lancarkanlah lidahku, agar mereka faham pembicaraanku”
Lagipun, Allah dah cakap mudah, maka Dia akan mudahkan. FirmanNya:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Oh ye..Ada juga website yang aku guna if nak tadabbur ayat sambil usya blog yg memperkatakan tentang ayat itu
Dua je setakat nih..[ckp mcm bnyk je kn..]
Okaylah..manfaatkan cuti anda..
Selamat beramal!
salam mujahadah buat cik fafa n semoga dapat memanfaatkan cuti ini sebaik mgkin ..
ReplyDeletebilah dah nk abis cuti .. lusa balik uia, tak sabar nk terbiyah diri kt sana..kt rumah hancuss skit..hihikk..
okai dear, kirim salam family k ^_^