Salam alaik...salam maal hijrah..cikfafa nak sambung ceritera semalam ^_^
3hb November>>>
Selepas mandi ala2 kadar (ni camping and bilik air perlu dikongsi dngn berpuluh-puluh sahabat, so xperlu nak mandi beria),kami bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya. Kem ini adalah bertemakan peperangan. Maka adalah tidak wajar untuk memanjakan diri dengan bercantik-cantik n berwangi-wangi. Peserta2 buat qiamullail n solat subuh berjemaah n baca mathurat n disajikan dengan tazkirah subuh berkaitan Perang Badar. Ayat yang ditekankan dalam tazkirah dan juga dalam kem ini ialah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-
pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang." [As-Saff:14]
Konsep kem ini ialah: 'Singa di siang hari,rahib di malam hari'. Maka aktiviti untuk hari ini ialah Tracking n akan ada Nightwalk.Kami selaku fasilitator bersiap untuk menjaga checkpoint bagi tracking yg diberi nama "JEJAK BADAR". Setiap Checkpoint yg tersedia adalah mengikut rentetan Perang Badar. Aku menjaga checkpoint 4, tempat perisikan bagi Peperangan. Sebelum ke tempat Checkpoint, aku perlu merentasi paya dan hutan dan kerbau. (Seronoknya). Sangat lama menunggu adik2 datang sebab mereka perlu menjawab crossword tentang Sejarah Nabi yang bersumberkan buku ' Raheeq Makhtum'. [kalau i pun xboleh juga rasanya ok.Nak beli buku itu lepas ni].
So selama menunggu aku menghabiskan Al-mathurat dan membaca tafsir surah Al-Anfal yang penuh cerita tentang Badar sambil duduk2 di tepi jalan. (Agak pelik bagi orang2 yang lalu2 jalan itu) Task di tempat aku tidaklah susah jadi aku menambah task iaitu menyuruh mereka kaitkan peristiwa Badar dalam Al-Quran dan selepas itu menghabiskan mutabaah amal.
[Buku ni la aku n Muni nak beli.Cerita tentang Ini Sejarah Kita]
Semua checkpoint ada 10. Task2 nya agak sukar namun mereka tetap terus melangkah sambil menghayati matlamat perang Badar iaitu menyelamatkan agama Islam. Task yang terakhir adalah solat Asar jamak takhir. Oleh kerana checkpoint ialah di tepi pantai, peserta dikehendaki mengambil wudhuk dengan membasahkan satu badan dari kepala hingga kaki a.k.a menyelamkan badan dalam air laut. Oleh kerana sukar untuk membersihkan diri secara normal selepas penat mengembara. (Secara normal maksudnya mestilah nak tukar baju bersih n cari toilet kan untuk ambil wudhu'). Before that, aku dan 2 sahabat telah mencuba cara itu untuk memastikan keselamatan, sebabnya ombak sngt kuat. Teringat pulak time aku jd peserta dulu, mcm malu je sebab pakaian tak sempurna untuk dibuat solat. Sebab tulah pakaian yg menutup aurat sebenarnya ialah pakaian yg sempurna untuk solat, tanpa ada telekung.
[Mari bersolat di tepi pantai (gambar kredit to Pocik Hisyam)]
Pada malamnya, diorang2 diberikan rehat sebab pada tengah malamnya ada NightWalk. Konsep Rahib di malam hari dijalankan. Before mereka berjalan-jalan, mereka diberikan task untuk tadabbur (memahami dengan menyeluruh maksud ayat) Surah Ar-Rahman( 1-30) dan Ali-Imran (xingat ayat apa) tapi semuanya mengingatkan tentang nikmat2 Allah, so that diorang dapat feeling Rahib (yakin dengan kekuasaan Allah) di malam hari. Diorang jalan2 tanpa lampu dalam hujan sambil berzikir dan apabila sampai di tempat last, ada sesi tadabbur alam iaitu menghayati kebesaran Allah dengan menghayati alam. Ada yang buat solat sunat tepi pantai.Kami solat dalam hujan di tepi pantai disertakan angin yang kuat. SUBHANALLAH. Balik ke base camp pun dengan berhujanan.[Ok.aku tak berhujan sebab teman sorang fasi ni naik kereta. Tapi sedih juga.Macam tak adil ye.]
4hb November>>>
Balik2 dari Nightwalk, diorang terus solat subuh. Ada yg solat dalam hujan sebab alang2 dah basah kan. Lagipun nnt dewan basah pula kalau solat dalam dewan. Aku sangat kagum melihat itu. Kalau di waktu2 biasa,kita selalunya inginkan keselesaan andai ingin solat, perlu telekung dan sejadah.
Lepas tu,semua memenuhkan ruang bilik air untuk mandi. Setelah siap2, diorang2 baca Al-MAthurat sama2 dan diberikan pengisian tentang Sirah 3 Sahabat, Annas bin malik, At-Tufail Ibn Amr,dan Said bin Amir. Serius! Aku tak tahu pasal diorang2 ni before kem ni. Punyalah cetek ilmu kan.Alhamdulillah,oleh kerana aku perlu bantu handle slot ni,maka aku perlu baca juga. Banyak pengajaran yg boleh diambil dari 3sahabat itu. Annas bin Malik terkenal dngn rasa cintaNya pada Rasulullah, At-Tufail terkenal dengan dakwahnya mengislamkan seluruh kaumnya dan Said terkenal dengan sifat zuhudnya. Malu aku dengan mereka2 yg tahu,siap boleh cerita kan..huhu..Aku berazam untuk ceritakan kat anak2 aku tentang sahabat2 Nabi.InsyaAllah.
Slot seterunya ialah sesi muhasabah setiap aktiviti dan pemulangan barang rampasan. Sewaktu sesi barang rampasan ini, diorang2 diketengahkan dengan amalan infak para sahabat Nabi pada jalan membantu agama Allah. Kalau sekarang belum lagi ada perang, adalah baik untuk infak harta or tenaga kita yang dipinjam Allah ini pada jalan dakwah, program dakwah, proses kenal Allah. Hm..Dengar tu Arifah. Sesungguhnya semua slot2 yang ada banyak memberi kesedaraan.
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.(2:254)
No comments:
Post a Comment