Berkenalan sebelum berkahwin memang susah.
Sebab kena sangat2 menjaga..
Sebelum dapat 'lesen' perhubungan
Because perhubungan before nikah..banyak benda yang tak halal
Pastinya lebih indah jika buat sesuatu dalam environment yg
diberkati TUHAN
So walaupun nampak hubungan kita tidak se'mesra' hubungan orang lain,
kita perlu rasa selamat...
Sebab tidak manghabiskan nikmat percintaan sebelum pernikahan
Takut nanti kemanisan percintaan tidak dapat dirasa di alam perkahwinan
[Gamba dari Ahmad Fairus Art]
Seperti yg ditulis oleh saudara Pahrol Mohd Juoi di dalam bukunya bertajuk TENTANG CINTA (Bab 14 : Cinta Indah Selepas Nikah; ms115-127)
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang akan mengakhiri dunia romantis alam percintaan.
Jika direnungkan kembali..realiti percintaan sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan ‘lesen’ seperti cinta selepas perkahwinan..cinta perlu dizahirkan melalui kata-kata dan tindakan..ucapankan, lauhkan dan zahirkanlah melalui tindakan..tetapi semua itu hanya dibenarkan selepas kita memperolehi ‘lesen’ secara halal dan sah.
Bagi percintaan sebelum perkahwinan, ruangnya begitu terhad untuk melahirkan dan membuktikan rasa cinta kita.Ketika inilah cinta mula dinodai oleh nafsu dan fitrah hati ( cinta dan kasih sayang ) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata.
Firman Allah swt “Apakah kamu tidak melihat bagaimana ada manusia yang mempertuhankan hawa nafsunya”. (Al-Jatsiah 45:23)..“ Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan” (Yusuf 12: 53).Dan bukankah pada ketika ini kita telah ‘bertuhankan’ cinta?..
Jika sebelum berkahwin banyak ‘halangan’ yang mencegah..maka halangan itu akan ‘terangkat’ sebaik sahaja ijab kabul disahkan.Berbuallah sepanjang malam hingga ke siang, sentuhlah di mana sahaja yang timbul keinginan, belailah sepanjang masa yang ada. Semua itu telah dihalalkan. Semua perlakuan itu dibolehkan bahkan diberi pahala pula.
Jika dahulu, kerlingan manja seorang wanita terhdap seorang lelaki diumpamakan ‘panah syaitan’ – yang beracun dan berdosa. Tetapi setelah dia bergelar isteri, kerlingan manja dan sayangnya kepada suami diberikan pahala.
Jika hubungan seks lelaki dan wanita sebelum berkahwin dianggap zina dan berdosa besar, tetapi selepas berkahwin ia dianggap sedekah dan berpahala..Senangkan untuk mendapat pahala..
Tetapi anehnya bagi pasangan yang bercinta secara melampaui batas hal yang sebaliknya pula berlaku. Di dalam tempoh masa yang singkat selepas perkahwinan, hubungan pasangan sudah tidak menjadi seromantik dahulu.
Dahulu sebelum berkahwin, jalan berpimpin tangan, berpeluk pinggang..seolah-olah dunia ini sangatlah sempit..selepas berkahwin, seorang berjalan di hadapan, seorang di belakang, tiada lagi kerlingan manja dan sapaan mesra..mengapa? sebab semua sudah biasa dan selalu dilakukan sebelum berkahwin..entahlah..rasanya kering sahaja..tidak lagi semanis dahulu..tidak lagi mesra..
Sesungguhnya sangat susah untuk menjaga
Mujurlah mempunyai kawan2 yang sentiasa mengajak untuk mengingati Allah
|
|
|
|
|
YaAllah..Permudahkanlah urusan ku untuk menikah..Amin
No comments:
Post a Comment