salam..
Today i terbaca artikel yg menyelitkan sebuah cerita Rasulullah..petikannya...
'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepadaRasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan.Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yangmemberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti dimulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itumakan'. 'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberimakan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam.Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikanRasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yangmemberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidakselembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baikyang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakarbahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'. Subhanallah.
Terharu sngt dengan cerita ni..
Sangat mulia akhlak dan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
Selawat dan salam ke atas baginda..
No comments:
Post a Comment