Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

03 April 2009

aqil aqilah

Aqilah Nadia melihat-lihat keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun pelajar Tingkatan 5 sekolahnya yang ditampal di papan kenyataan. Namun, bukan namanya yang dicari dahulu. Sebaliknya, dia memfokuskan matanya mencari sebaris nama yang selama ini mencuri perhatiannya, yang dicemburuinya. Muhammad Aqil Iman bin Muhammad Hussein. Budak 5 Bijak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti. ‘Dapat berapa A mamat tu? Nombor berapa dalam tingkatan?’ Itulah persoalan yang ligat di fikirannya sejak mengetahui keputusan peperiksaan telah dipaparkan. Mungkin ramai pelajar sekolah itu yang tidak suka keputusan mereka ditayang sebegitu.Tapi dia sangat suka, bukan untuk menunjuk keputusannya, tetapi untuk melihat keputusan orang lain dan membandingkan dengan keputusannya.

‘Dia dapat..4A1, 4A2, 2B. Nombor 20 dalam tingkatan. Then cari nama aku pulak..4A1,5A2,3B. Nombor 22.’ Huhu. Kalah lagi dengan mamat tu.

Sebenarnya, sudah lama Aqilah sakit hati dengan Aqil ni. Asyik dia je yang lebih cemerlang. Sebab tulah dia dapat duduk kat dalam kelas 5 Bijak tu. Satu-satunya pelajar Melayu yang ada kat situ. Aqilah tak dapat masuk sebab dia budak aliran Sains Agama. Subjek pun lain, susahlah kalau terpisah dengan pelajar yang sama aliran dengannya. Sekarang ni, semua mata melihat Aqil sebagai seorang yang sangat sempurna. Dan Aqilah meluat melihat muka Aqil yang control tu. Tapi, meluat-meluat pun, mata Aqilah akan secara tidak sengaja dapat menangkap kelibat Aqil di mana-mana. Cerita tentang Aqil juga sangat senang melekat di dalam fikirannya. Aqilah pun dah fed up.Adakah suratan atau kebetulan?

“Qil, kau nak nengok result ke?”Entah suara sumbang siapa yang didengari Aqilah. Siapa pula yang panggil aku Qil ni. Kat rumah je orang panggil gitu. Aqilah menoleh ke belakang melihat siapa yang menyoalnya. Terlebih toleh pulak. Mukanya terkena bahu seorang pemuda. “Auch!” Aqilah mendongak untuk melihat bahu siapa yang menjadi sasaran dagunya. Aqil! Kelihatan Zarina di sebelah Aqil seronok mentertawakannya.

Yang ni pun lagi seorang. Diorang cakap mereka ni couple. Hm..Sesuailah. Kan Zarina ni cantik. Tapi perangai dia sombong sikit. Diorang katalah. Aqilah hanya mendengar cakap-cakap orang. Fawwaz dan Izyan, kawan baiknya dari 5 Cerdik selalu menceritakan gossip-gosip sekolah kepadanya. Yalah, dia duduk di kelas agama. Pelajar lain tidak campur sangat. Lagilah semua pelajar perempuan. Namun berita tentang sikap Zarina, dia sendiri tidak pasti kebenarannya. Sebenarnya, dia sudah mengenali Zarina sejak Tingkatan1 tapi bercakap pun jarang-jarang. Jumpa pun jarang-jarang. Kakak Aqilah, Aniqah yang selalu cerita mengenai Zarina dan juga keluarganya. Kebetulan Abang Zarina pernah bercinta dengan Kak Aniqah. Kalau jumpa pun, mereka hanya saling senyum. Kadang-kadang keluarlah ayat, ‘Abang aku kirim salam kat kakak kau.’

“Sorry.” Kedengaran suara pengawas yang segak itu meminta maaf. Serentak pula dengan Aqilah. Eleh, depan awek buatlah gentleman. Boleh pulak dating sekarang. Takde kelas ke. Menyampah. Tanpa melihat wajah Aqil, Aqilah hanya mengangguk dan terus berlalu menuju ke kelas yang sepatutnya menjadi lokasinya ketika itu. Kelas Syariah Islamiah. Kebetulan ustazah masuk lambat hari itu. Dia pun mengambil kesempatan.

………………………………………………………………………………………………

“Weh, tadi tu sape ek?Macam selalu nampak tapi tak tau nama.”

“Laa…Tak kenal. Tu yang duduk kat nombor 22 tu minah tulah. Dia tu memang pandai tapi pendiam sangat, orang pun tak perasan.” Zarina memberitahu ringkas. Sebenarnya dia dah bosan abangnya asyik bercerita tentang keluarga Kak Aniqah. Seperti terlalu memuji-muji.

“Oh..Rupanya dialah yang selama ini membuatkan hatiku tertanya-tanya. Eh, sastera pulak. Ingatkan sapelah yang selalu dapat result gempak macam ni.”

“Eleh, cakap macam kau tak gempak. Pasni kau ada kelas tak?Hm..apalah jantina anak Ustazah Fauziah ek?Tiba-tiba je beranak hari ni.”

“Kau ni belajar Bio ke tak? Apa pulak tiba-tiba. Dah anak dia nak keluar. Jomlah, aku nak balik kelas. Si jaja pun dah sampai dah tu. Lamanya dia kat toilet.” Jaja mendapatkan mereka berdua. “Eh, macamana kau boleh berada di sisi lelaki ini?”

“Kau pun dah suka buat ayat sastera macam Aqil ek. Boleh ganti Cikgu Diana. Tadi jumpa dia, Sarjan Aqil baru lepas hantar fail Kadet Polis kat Cikgu Adnan. So, kami pun berjalan seiringan. Hehe.”

Sebenarnya Jaja tahu, Zarina dalam proses untuk mendapatkan cinta Aqil kembali. Mestilah dia yang mengikut Aqil dan membuatkan Aqil terpaksa melayaninya. Mereka sudah tiga bulan clash tetapi tetap berkawan. Entah mengapa mereka clash, Jaja tidak tahu. Kalau ikutkan Aqil, mestilah dia lebih suka balik ke kelas dan membuat latihan. Aqil hanya mendiamkan diri dari tadi. Entah kenapa sebaris nama itu berlegar-legar di fikirannya.. ‘Aqilah Nadia. Cantik nama. Orangnya pun sweet je. Kalau nak kira cantik, Zarina lagi cantik. Body Zarina lagi lawa. Eh, gatal juga aku ni. Zarina ok tapi…’ Lamunannya terhenti apabila melihat Ustazah Badariah mengangkat buku yang sangat banyak. Dia terus memberikan pertolongan.

“Nadia, kau gi mana?Nak pinjam karangan “Assolat” kau. Aku nak buat ilham. Hehe. Tak reti aku Bahasa Arab ni.” Dayah terus mendapatkan Aqilah Nadia sebaik saja dia sampai ke kelas. Suasana kelas itu sunyi sekali, semua belajar. Kalau berbual pun, punyalah sopan. ‘Baiknyalah kawan-kawanku ni. Aku pun sama gak. Hehe.’. Aqilah melangkah ke tempat duduknya dikuti oleh Dayah.

“Ala..Aku pergi toilet pun tertunggu-tunggu. Nah, bukan aku buat sendiri. Kan Ustaz Din yang bagi hint sikit-sikit.” Buku tulis bertukar tangan.

“Yalah, tapi aku rasa kau sorang je yang faham Pak Arab tu cakap apa.”Tiba-tiba Dayah menepuk bahu Aqilah dan berkata dengan exitednya, “Eh..Nadia, Aqil lah. Cutenya dia.Baik pulak tu, angkatkan buku-buku kita.”

Aqilah yang baru hendak mebaca satu ayat dari buku Syariahnya berkerut dan menoleh keluar. Terus dia membuat muka jelek. “Eleh..Tolonglah. Tau tak aku rasa muka dia tu muka ‘lempanglah-lempanglah. Tu tadi mestilah Ustazah tangkap dia kat tengah jalan tadi. Sapa suruh dating tengah jalan. Nak cover line, buat-buat tolong cikgu. Dah...Ustazah dah masuk tu.” Aqilah dan Dayah bangun setelah mendengar arahan dari ketua kelas mereka, Fifi. Aqilah melihat Aqil yang ‘bajet cool’ itu keluar selepas meletakkan buku-buku di atas meja guru. Entah kenapa dia perasan Aqil seperti memandangnya dari luar di sebalik tingkap kelas. ‘Ah, perasan je aku ni.’ Aqilah memberi perhatian semula pada kelas tersebut.

Keesokan harinya, Aqil sekali lagi mendengar rungutan dari kawan baiknya, Yong Seng tentang pelajar datang lambat. Seperti biasa, Yong Seng memang selalu menjaga pintu pagar dan merekodkan pelajar yang datang lambat. Aqil tidak pernah mendapat duty begitu. Dia telah diberi kepercayaan menjaga Unit Audio. Jadi, muka dialah yang selalu terpampang di depan semasa perhimpunan setiap pagi menguruskan mikrofon dan speaker. Setiap pagi kena tayang mukanya yang handsome itu. Yong Seng menyambung rungutannya. Aqil menjadi pendengar setia. Dalam hati dia menyalahkan Yong Seng juga, terlalu strict. Lambat seminit dua pun nak berkira. Lepas tu, jaga pintu pagar tu punyalah garang. Tak reti nak buat muka polite sikit. Memangla orang menyampah.

Ramai yang datang lambat buat tak tahu saja berjalan di hadapannya. Ada yang datang lambat, pakaian sekolah tak lengkap. Ada yang boleh nak letak beg dahulu di kelas. Tak reti-reti hendak beratur segera. Ada yang memang hari-hari datang lambat. Tak serik-serik. Yong Seng menyebut nama-nama pelajar yang selalu terlewat. Tiba-tiba telinga Aqil menangkap satu nama yang disebut Yong Seng. Aqilah Nadia? Seminggu tiga empat kali lambat. Patutlah Cikgu Disiplin tak ambil jadi pengawas walaupun pandai. Dia pernah juga melihat Aqilah Nadia berdiri di hadapan perhimpunan mengikut arahan Cikgu Disiplin. Barisan pelajar lambat dan tidak mematuhi peraturan pakaian. Berkerut-kerut muka gadis itu seperti bukan dia yang bersalah.

“Dahsyat ye budak ni Seng. Mesti sign dia dah banyak kat buku kau ni.”

“Exactly.. Dia pun dah tahu dah nak buat apa. U tau, sampai kadang-kadang dia yang minta buku ni nak sign. I rasa dia ni ada masalahlah. Bila tengok muka dia ho, banyak kasian..Pity her.”

“Haha. Kau nak tak tukar unit dengan aku? Switch job. Aku dah lama tak jaga pintu. Kalau ayat..em,pujuk Puan Rossa sikit, mesti dia bagi punya.”

“Boleh juga. Tapi kau kena ajar betul-betul nak handle bilik audio tu. Nanti banyak problem.”

Kedua-dua mereka menuju ke bilik Cikgu Disiplin selepas kelas mereka tamat pukul 1.10 petang. Kepala masing-masing masih berserabut memikirkan masalah Matematik Tambahan yang baru diserahkan oleh Cikgu Hafifi. Gila susah! Aqil mengakui dia kurang mahir subjek itu. Tapi, Aqilah Nadia bolah pula selalu skor subjek ni. Sebenarnya, dia pun selalu juga melihat result Aqilah Nadia walaupun tidak kenal sebelum ini. Buat membakar semangat untuk bersaing. Result pun ok. Mereka berbincang dengan Puan Rossa tentang hasrat mereka. Oleh kerana Aqil anak kesayangan kebanyakan guru di sekolah itu, dengan mudahnya permintaan mereka diterima. Minggu depan, Aqil akan menggantikan tempat Yong Seng.

Aqilah Nadia berbual dengan Izyan di tempat menunggu bas bawah pokok. Namun, dia bukanlah menunggu bas tetapi menunggu ayahnya. Ayahnya selalu lambat. Kadang-kadang nak dekat 1jam dia menunggu. Topik yang selalu diperkatakan oleh Izyan ialah tentang Kadet Polis. Sibuk bercerita semua aktiviti persatuan itu. Maklumlah, setiausaha. Dari Kadet Polis bertukar ke topik Pengerusinya, Sarjan Muhammad Aqil Iman. Sedang dia bercerita, tangannya melambai sekejap pada Aqil yang menunggu di seberang jalan. ‘Bila pulak mamat tu tercongok kat situ. Pastu lagi nak buat muka ‘bencilah aku bencilah aku’.’ Aqilah menyoal dalam hati. Seingat Aqilah, Izyan dan Aqil sudah lama berkawan. Sebelum sekolah menengah lagi. Dia teringat dulu Izyan pernah memberitahu prinsip hidup Aqil. ‘Hidup mesti berlagak.’ Entah betul entah tak. Tapi bagi Aqilah, nampak sangat prinsip hidup zaman kanak-kanaknya itu sedikit sebanyak mempengaruhinya. Memang dia berlagak pun sekarang. Aqilah melihat Aqil melambai balik ke arah Izyan. Izyan menegur Aqilah kerana membuat muka tiada perasaan pada Aqil seperti langsung tidak mengenali Aqil. Aqilah membuat muka selamba. Memang pun dia tak kenal dengan mamat tu.

4 bulan kemudian....................

Aqilah Nadia keluar dari rumahnya menuju ke perhentian bas pada pukul 6.15 pagi. Begitulah rutin hidupnya sekarang. Sudah hampir 4 bulan dia menaiki bas sekolah untuk ke sekolah setiap hari. Sekarang, dia tidak perlu menunggu ayahnya untuk menghantarnya ke sekolah. Entahlah, bukan dia mahu menyalahkan ayahnya tetapi memang ayahnya yang selalu membuatkan dia lewat. Kadang-kadang, dia sudah siap berpakaian tetapi ayahnya tidak reti-reti. Siap nak sarapan dulu, bagi ayam makan,seperti tiada apa yang berlaku. Yang tak tahan kalau ayahnya secara tidak sengaja menghantar ibu dulu ke tempat kerja sedangkan dia sudah terlewat. Punyalah sakit hati. Macamlah ibu tu kena beratur. Huhu. Sebenarnya, dia tidak meminta kebenaran dari ayahnya pun untuk menaiki bas sebab dia tahu confirm2 ayah tak bagi. Duit pendahuluan tambang bas pun dia yang bayar sendiri.

Kenapa dia nekad nak naik bas? Mestilah sebab malas nak menunggu lagi. Cuma tambang balik kadang-kadang terpaksa burn sebab dia ada tuisyen sampai pukul 5 petang. Selalu dia menyuruh Kak Atiqah mengambilnya.Sebab lain? Aqil Iman. Huhu. Dia teringat peristiwa 4 bulan lepas. Dia sebenarnya pelik kenapa mamat tu tiba-tiba terpacak kat pintu pagar hari tu. Hari tu dia seperti biasa terlewat. Punyalah berlari-lari naik tangga. Apalah nasib sekolah tu kena naik tangga dulu baru jumpa pintu pagar. Lupa pula tu bukan pintu pagar utama. Time dah sampai atas tiba-tiba kakinya tersadung apentah, badannya pun terdorong ke depan nak menjatuhkan diri. Tapi ada tangan yang mencapai lengannya membuatkan dia tak jadi nak jatuh. Buat penat je jerit masa tu. Bila dia tengok siapa heronya, dia pelik. Bukannya Chinese boy yang selalu jaga tetapi Aqil. Dia ingat lagi dia sempat memuji Aqil dalam hati. Aqil pagi itu macam handsome sangat sebab buat rambut style lain, senyumannya ikhlas. Dengan wajah yang terkena pancaran matahari pagi. Hilang semua rasa meluat kat mamat tu. Namun dia berhenti layan blues. Dia mengucapkan terima kasih dan terus ke tapak perhimpunan.

Beberapa hari selepas kejadian itu, dia sedaya upaya untuk tidak lewat lagi. Takkanlah nak menatap wajah Aqil tiap-tiap hari. Kadang-kadang saja dia lewat. Itupun sekali dua saja Aqil mencatat namanya di buku laporan. Mengapa dia berbuat begitu, Aqilah sendiri tak kuasa nak tanya. Aqilah akui Aqil seorang pengawas yang berhemah. Sampai-sampai pintu pagar, nampak mukanya tersenyum dengan pelajar yang baru datang. Macam penyambut tamu pun ada. Kalau dia minta sign dan bertanya sebab lewat pun, punyalah berbudi bahasa. Pernah juga dia disoal begitu dan dia menjawab jujur orang yang hantar lambat siap. Terus saja Aqil menjawab, “Nape tak nek bas macam Zarina?” Boleh pula dia kaitkan dengan aweknya. Huh..Beberapa hari kemudian, dia cuba untuk memastikan ayahnya bersiap awal tetapi tetap juga terlewat kadang-kadang. Walaupun tidak terlewat, Aqil sudah terpacak di pintu pagar itu. Terpaksa juga melihat muka Aqil setiap hari. Naik meluat. Jadi, dia memutuskan untuk menaiki bas sekolah. Lagi awal. Tidak perlu berjumpa dengan Aqil sampai-sampai sekolah.

Aqil menjalankan tugasan hariannya, menjaga pintu pagar. Macam pak guard je bunyinya. Minggu depan, dia akan menjalankan tugas asalnya, menjaga bilik audio. Dia dah naik jemu pulak jaga kat situ. Dah lama tak jumpa Aqilah kat sini. Fikir Aqil. Secara jujurnya dia suka melihat aksi Aqilah kalut sebab terlambat. Memang innocent gila. Tapi betul kata Zarina. Pendiamnya. Orang tanya sepatah jawab sepatah. Taulah suara cute. Dia selalu juga nampak Aqilah berbual dengan Izyan. Nampaknya mulut Izyan yang lebih banyak bergerak. Si Aqilah hanya mengangguk dan kadang-kadang mencelah.‘Eh, sejak bila pula aku fikir-fikir pasal dia ni’.

Fikiran Aqil beralih kepada Peperiksaan Percupaan SPM yang bakal menjelang. Minggu depan je. Huhu. Bukannya dia tidak bersedia tetapi takut tu mestilah ada. Apapun, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapat keputusan yang lebih baik dari Aqilah Nadia dalam beberapa subjek yang sering dikuasai gadis itu. Malulah kalau dapat markah rendah daripada minah tu. Lagipun, memang sepatutnya dia dapat keputusan yang lebih baik sebab dia ada lebih masa. Dia hanya mengambil sepuluh matapelajaran manakala Aqilah mengambil tiga belas matapelajaran. Siap ada Pendidikan Seni Visual. Banyak kerja tu. Kawan-kawan Zarina pun ada ambil Seni. Diorang ada juga cerita tentang Aqilah pandai melukis. Hm..mesti lawa.

Sebulan kemudian...

Keputusan Percubaan telah pun ditampal di papan kenyataan. Aqilah takut juga hendak melihatnya. Namun dia seperti ditarik-tarik ke situ. Teruja hendak melihat result Aqil. Sebaik sahaja waktu sekolah tamat, Aqilah mengajak Fawwaz melihat keputusan mereka. Fawwaz seperti tidak bersemangat. Yalah keputusannya bukan gempak sangat. Tapi dia terpaksa melayan kerenah Aqilah Nadia yang pelik itu. Konon kata menyampah kat Aqil tapi semangat gile nak nengok result mamat tu. Memanglah dia kata nak nengok result diri sendiri tapi sampai-sampai je search nama orang lain. Nadia..Nadia..Nasib baik dia dah kenal Nadia lama. Dia pun dah kenal sangat sikap Nadia yang suka memendam perasaan. Memang dari dulu Aqilah tidak suka bila dia bercakap tentang Aqil. Kenapa dia bercerita pasal Aqil lak?Sebab Fawwaz suka kat Aqil. Dululah. Minat-minat gitu. Dah minat mesti nak berkongsi cerita. Aqilah Nadia seperti biasa lebih suka mendengar. Yang dia pelik, Nadia akan ingat dengan mudahnya semua cerita yang dia cerita. Kejadian yang berlaku pada Aqil. Dia yang menceritakan pun dah lupa. Selepas Aqilah Nadia berpuas hati dengan apa yang dilihatnya, barulah sibuk bertanyakan tentang keputusan Fawwaz.

Aqil Iman yang sudah lengkap berpakaian sukan melihat papan kenyataan yang memaparkan keputusan pelajar sekolahnya. Tak puas hati! Dia sedikit kecewa melihat keputusan Aqilah yang lebih baik daripadanya. Aqilah mendapat nombor 18 dalam tingkatan manakala dia berada di tempat ke 20. ‘Eee budak ni. Tunggu time SPM. Eh, SPM mane ade carta. Huu..Agaknye sebab dia dah datang awal sekarang ni, mesti study before pergi perhimpunan. Dahlah buat aku tertunggu-tunggu dia datang. Eh, apsal pulak aku tertunggu-tunggu dia?’ Yong Seng yang berada di sebelahnya berkerut dahi melihat sikap Aqil yang hot tiba-tiba. Nak kata result k.o, Aqil telah mendapat 9A dalam Peperiksaan Percubaan.

“Qil, jomlah. Kita ada rehearsal ni. How long u want to stare at that stupid board? Pelikla, dari tadi U tak cakap-cakap.”

“Eh, dah lama ke? Ok. Jom. Aku saja nak relaxkan suara aku ni kejap.”

Mereka beredar ke padang sekolah. Petang itu, mereka ada latihan kawad kaki untuk Hari Kokurikulum yang akan berlangsung Sabtu ini. Dan Aqil selaku Kapten Kadet Polis akan meng’conduct’ acara perbarisan. Hari Koku memang acara tahunan setiap tahun dan selalu diadakan selepas Peperiksaan Percubaan. Time nilah pelajar sekolah itu menunjukkan apa yang telah mereka pelajari pada waktu kokurikulum dan mempersembahkannya. Selain kawad kaki, ada juga aktiviti lain seperti jualan, pameran, persembahan tarian, boyband dan banyak lagi. Yang istimewanya, ada group yang bertanggungjwab mengambil gambar segala persiapan untuk Hari Koku tersebut dan gambar-gambar tersebut akan dijual.

Sedang Aqil berjalan ke padang, dia melihat seorang pelajar perempuan memakai baju Silat. Tiba-tiba dia teringat wajah Aqilah Nadia yang selalu mempersembahkan demontrasi silat ketika ketibaan VIP. Baru sekarang dia perasan yang sebenarnya dah lama dia melihat Aqilah Nadia. Cuma dulu tak kenal. Selalu juga dia mengamati gerak langkah gadis itu ketika membuat demo. Kadang-kadang memang hancur gile tapi dia suka melihat gaya gadis itu yang pura-pura tenang. Kadang-kadang dia melihat gadis itu tekun membuat lukisan mural. Sebab Zarina selalu menyibuk time kawan dia lukis-lukis. Dia tolong tengok saja. Dan kadang-kadang dia memerhatikan Aqilah yang satu-satunya budak yang senyap ketika itu. . Sebab kawan-kawan Zarina semua kecah-kecah belaka. Aqilah hanya turut ketawa bila keluar lawak bodoh mereka. Heran! Nape oleh ingat semuanya? Mungkin inilah sebab dia memutuskan hubungannya dengan Zarina.Fikirannya tidak boleh fokus pada Zarina. ‘Tapi, takkanlah aku minat dia minah pandai tu kot..nak kata lawa, Zarina kan lagi lawa. Peramah.’

Aqilah Nadia duduk keletihan di tepi longkang di pintu pagar sekolah. Malas dia hendak menunggu di bus stop bawah. Nak seberang segala. Dia dah suruh ayahnya mengambilnya di situ walaupun tak tahu bila ayahnya akan sampai. Dia tahu tempat tu tak strategik tapi dia penat sangat selepas training untuk membuat demo menyambut VIP. ‘Asyik buat demo je sampai VIP pun dah kenal aku.’ Tepi longkang pun jadilah. Apa salahnya jadi Mak Guard sekejap. Setiap kereta yang keluar masuk mengambil perhatiannya sehingga buku yang dibuka ditutup kembali. Saja je nak sedekahkan senyum kalau cikgu yang lalu. Dia menunggu dan menunggu sampai setengah ja lamanya. Muka pun yang dari tadi boleh jadi Mak Guard terbaik terus tak dapat. Cemberut..Tiba-tiba aura sakit hatinya bertukar menjadi meluat. Kereta Wira milik Aqil, eh bapak dia punya, dipandu keluar. Dia yang berjalan ke hulu ke hilir kerana kegelisahan dari tadi hampir saja dilanggar. Dia dah berkerut dah. Aqil membuka tingkapnya.

“Nak tumpang sekali?Rumah kau dekat dengan rumah Zarina kan?” Tanya Aqil ramah. ‘Weit, janganlah buar senyum mencairkan and buat-buat ramah.’ Rungutnya dalam hati. Aqilah melihat-lihat Zarina yang ada di sebelah Aqil tersenyum-senyum gedik. ‘Ada minah ni rupanya.’ Dia menggeleng. “Takpe..tunggu Ayah. Terima kasih.” Dia melihat kereta itu berlalu dengan sakit hati. ‘Asyik-asyik Zarina. Eh, yang aku kisah kenapa.’

2 bulan kemudian...

Kegembiraan jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar Tingkatan 5 S.M.K Taman Universiti.Peperiksaan SPM telah pun berakhir. Sekarang mereka hanya perlu berdoa untuk mendapat result yang setimpal dengan usaha mereka. Aqilah Nadia mengangkat handphonenya yang berdering.

“Helo, orang baru nak call. Hah?!Naik Teksi? Ala..Oklah. Takpe.”

Panggilan yang menghampehkan. Baru saja dia berasa gembira tetapi ada yang spoilt pula. Parentsnya ada hal dan menyuruhnya menaiki teksi. Tak de duit..Sedang asyik dia memikirkan hal apa yang penting sangat tu, ada seorang minah memnaggilnya. Dia menoleh ke arah gadis itu. Zarina n her boyfriend lagi. Wekk!

“Ada apa?” Tanyanya lembut. Ceh,,bab berlakon ni dia memang terlatih.

“Ni, abang aku kasi kakak kau.” Zarina menyerahkan beg kertas kepadanya. Eh, hadiah! Harini birthday Kak Aniqah ke? Haahla..Boleh pula dia lupa hari jadi kakak sendiri. Patutlah mak ayah tak dapat ambik. Mesti diorang pergi beli barang untuk masak yang sedap-sedap hari ni.

“Kau tunggu ayah kau ke?” Zarina bertanya ramah. Sebenarnya, dia ni takdelah jahat sangat. Aku saja yang lebih-lebih.

Dia menggeleng. “Tak, Mak aku suruh naik teksi.” “Laa..naik aku lah sekali. Tapi mamat tulah yang bawak. Takpe. Rumah kita takdelah jauh sangat.” Zarina mempelawa macam kereta tu dia yang punya.

“Boleh ke...Ok.” Oleh kerana hendak pulang cepat, dia pun bersetuju. Nak buat kek kat rumah. Zarina mendapatkan Aqil bertanya-tanya dan Aqil yang sibuk menyain baju sekolah kawan-kawannya memandangnya tajam. Macam nak scan pun ada. Aku tak bawak papelah nak yang boleh jahanamkan kereta papa kau tu. Dan kesudahannya, duduklah dia dalam kereta papa Aqil, Dr Hussein. Macamana tau doktor? Si Zarina ni dari tadi menceritakan susur galur keluarga Aqil. Yang tuan punya kereta dok diam je. Dia pun adalah juga menjawab sikit-sikit apa yang Zarina katakan. Kesian pulak kalau tak layan.

Tiba-tiba je si Aqil yang diam membisu ni tanya kenapa pilih Arab dan ambil Seni. Eh, nak wawancara pula. Nak kata practice buat karangan wawancara, SPM dah habis. Aqilah tida pilihan memberitahu jawapannya dengan tergagap-gagap. Yelah, tak biasa cakap dengan lelaki. Tapi panjang juga alasan yang dia berikan. Hehe. Sorry Zarina. Sekarang aku pulak yang conquer the conversation. Aqilah pun pelik dia boleh berbual pulak dengan mamat bajet cool yang muka lempanglah-lempanglah. Haha. Kalau Fawwaz tahu ni mesti dia cakap yang bukan-bukan. Baginya, hari terakhir sekolah itu dipenuhi dengan peristiwa yang penuh makna.

7 tahun kemudian...

Perkahwinan Kak Afiah berjalan seperti yang telah dirancang. Siap ada AJK Pelaksana tu. Aqilah menjadi AJK Dalam Rumah iaitu AJK yang melayan kerenah tetamu yang tak reti-reti duduk luar a.k.a buat macam rumah sendiri. Hah! Nasib baik ada Kak Atiqah yang menjadi Partner nya hari itu. Sebenarnya, dia baru mendapat tugasan itu kerana dia pun baru balik ke rumah itu. Maklumlah, sekarang dia bekerja di ibu pejabat Jabatan laut di Port Klang sebagai Marine Engineer. Jarang sangat dapat peluang untuk pulang ke Johor. Dia sedih juga kerara tidak dapat menolong Kak Afiah sangat. Nasib baik adik beradiknya ramai. Aqilah Nadia melihat sekeliling rumah yang penuh dengan warna biru laut. Tema katakan..Warna kegemaran dia dan kak Afiah. Laut yang biru. Dia sudah sebati dengan marin. Hmm..ramainya saudara mara yang dia tidak kenal. Entahlah.Mungkin tak selalu balik kampung dan ingatan tak kuat membuatkan dia tidak mengenali hampir 60% tetamu yang hadir. Teruknya. Tapi siapa suruh jemput ramai-ramai. Cikgu-cikgu dari sekolah lama mereka, SMK Taman U pun dijemput. Ialah, dulu Kak Afiah pernah practical kat situ. Tapi dia belum nampak seorang pun kelibat bekas cikgunya. Lamunannya terhenti apabila mendengar Kak Atiqah memanggilnya.

“Qil, tunjukkan budak ni toilet.” Aqilah Nadia melihat siapakah gerangan budak yang dimaksudkan. Ceh, dah besar panjang panggil budak. Apalah kak Tiqa ni. Nasib baik Cikgu Bio bukan Cikgu B.M. Dia melihat ‘budak’ itu berjalan menunduk. Tak nampak sangat siapa. Kalau nampak pun bukan dia kenal. Apentah jalan tunduk-tunduk. Malu konon.

“Keykey. This way ye.” Tunjuknya penuh budi bahasa. Tak sia-sia masuk kelas Etiket Sosial. Dia membawa pemuda itu ke toilet yang baru dibersihkan pagi tadi olehnya. Last Minute tu.

“Ok. Kat sini.” Ujarnya sambil memandang wajah pemuda itu yang telah mengangkat kepala. Penat kot. Dan dia sangat terkejut melihat wajah itu. Wajah yang sering bermain dalam tidurnya. Wajah yang sering dirinduinya. Wajah yang membuatkan dia mengatakan ‘no’ pada setiap lelaki yang ingin menjadi kekasihnya. Wajah yang ‘lempanglah-lempanglah’? Haha. Masih sama.

“Qil?” Kedua-dua mereka bertanya serentak dan ketawa kecil. Sure orang lain pelik kitorang gelak-geak depan toilet. Dahla pakai baju sedondon. ‘Hai, Aqil ni. Macam gaya tak nak jumpa aku je. Sure dia dah kahwin dengan Zarina. Eh, tapi takde dapat kad jemputan pun. Kan satu kampung. Eh, lupa pula Zarin dah pindah.’

“Em..mana Zarina?” Aqilah memberanikan diri bertanya.

“Zarina?Japlah Qila. Aku dah tak tahan ni. Pasni kita berbual ye.” Aqil menghadiahkan Aqilah senyuman yang membuatkan jantung gadis itu berdegup pantas. Terlebih vibration pula. Senyuman yang sama sewaktu Aqil menyelamatkannya dari terjatuh.

Lama Aqil di toilet bukan hanya untuk melepaskan hajatnya tetapi untuk berfikir kebetulan yang terjadi. Dia ke sini kerana Cikgu Amir mengajaknya. Memang hubungannya dengan Cikgu Kadet Polis itu sangat akrab. Kebetulan, isteri dan anak-anak Cikgu pulang ke kampung. Tak sangka ni rumah Aqilah. Tadi Cikgu Amir ada juga beritahu yang majlis ni merupakan majlis bekas guru dan murid SMK Taman Universiti. Tengok pengantin tadi, memang dia tak kenal. Lagipun dah bertahun dia tak ke kawasan sini sebab Zarina sudah berpindah.

Aqilah Nadia tersenyum sendirian menunggu Aqil keluar dari bilik air di dalam nbiliknya. Kenapa dia boleh sampai ke sini. Boleh pula pertemuan semula di depan bilik air. Tak romantik langsung. Dia menilai Aqil yang sekarang. Entah mengapa dia lebih suka Aqil yang sekarang. Nampak jauh lebih humble, tiadalah bajet-bajet cool. Ketika Aqil keluar dari toilet, diasedang mengingati peristiwa hari terakhir SPMnya. Selepas petang Aqil menghantarnya, dia sering teringat-ingat akan Aqil. Entah kenapa. Padahal dulu menyampah. Dan Aqilah akui dia selalu juga selalu melihat-lihat file gambar Hari Koku yang dibelinya selepas itu. Sekadar ingin melihat Aqil Iman. Aqilah kEluar dari bilik dan melihat Aqil terkial-kial membetulkan samping. Apa keslah mamat ni?

Aqil Iman membetul-betulkan samping yang dipakainya. Siapa suruh pakai samping. Skema giler. Ni Cikgu Amirlah yang suruh ni. Macam nak nikah pun ada. Ni siapa yang nak tolong betulkan ni? Tanpa disangka-sangka, Aqilah yang berkebarung biru datang memberikan bantuan. Sama seperti yang dibuat oleh mama sebelum dia bertolak ke rumah Cikgu Amir tadi. Memang Aqil tidak reti bab samping-samping ni. Dah lama tak pakai. Ketika gadis itu membetulkan ikatan sampingnya, dia merenung Aqilah lama. Rindu? Memang dia rindu pada gadis ini. Dia akui perasaan cinta pada Zarina memang tiada. Walaupun dia cuba melayan Zarina dengan baik, namun tidak berjaya untuk mewujudkan getaran yang dirasakannya ketika ini. Aqilah semakin dewasa, semakin matang, semakin cantik. Lain dengan gambar-gambarnya yang sering dibeleknya di laptop ketika menuntut di UK. File gambar Hari Kokurikulum itu dibawa kemana-mana. Buat pengubat rindu pada Aqilah. Ok..Dia tahu dia merindui orang yang tiada ikatan dengannya. Mereka tidak pernah mengikat apa-apa ikatan namun dia menyerahkan pada jodoh. Dia hanya mampu berdoa kepada Allah. Dan sekarang Allah mempertemukan mereka berdua..di depan toilet. Huuu..

“Dah siap.” Ucap Aqilah sambil memandang muka Aqil. Dia tidak sedar yang selama ini Aqil merenungnya dalam. Pandangan mata mereka bertaut. Aqilah terus menundukan muka. Terasa mukanya panas dek malu. Namun, hatinya berbunga-bunga.

“Qil, Mak Ngah dah nak balik tu.” Athirah memanggilnya, memecah suasana perbuaan bisu yang sedang berlangsung.

“Qil!..Eh,,Qila.Aku ambil no phone kau je la. Aku datang dengan Cikgu Amir. Dia ada jemputan lain. Nak beredar dah ni.” Mereka bertukar-tukar nombor telefon. Sebelum pulang, Aqilah sempat memperkenalkan Cikgu Amir, dan memperkenalkan Aqil kepada ibu bapanya. Aqilah dapat melihat wajah-wajah ladies and gentlemen yang teruja mengolah suasana menjadi ayat. Dah mulalah nak gosip adik beradik.

................................................................................................................................................

Selepas pertemuan itu, mereka sering berjumpa dan keluar bersama-sama. Ibu bapa Aqilah juga merestui hubungan anaknya dengan Dr. Aqil, seorang doktor di Hospital Sultanah Aminah. Walaupun Aqilah hanya berkata hanya sekadar kawan.

“Dr. Aqil..Kenapa tak jadi sarjan?”

“Oh..Kalau gitu kenapa Pendekar Aqilah tak teruskan perjuangan?” Mereka ketawa bersama. Pelik. Kalau dulu jarang benar ingin berbual. Hanya memendam rasa sahaja.

“Aqil, Qila nak cakap terima kasih. Walaupun Aqil tak buat benda ni, tapi Aqil dah memberikan inspirasi untuk Qila dapat kejayaan dalam SPM. Sebab selalu nak bersaing dengan Aqil lah, walaupun niat memanglah untuk belajar. Thanks a lot.”

“Hah.Sebenarnya aku pun cam kau Qila. Selalu tengok keputusan kau yang gempak tu. Tak sangka aku kau ingat aku dengan Zarina couple. Kitorang dah lama putuslah. Tulah. Dengar lagi cerita Izyan tu. Aku tak de feel kat Zarina. Ingat dah tak rasa jiwang-jiwang lagi. Tapi, hati aku tiba-tiba ter‘attract’ kat seseorang. Tapi macam berbeza sangat pula dengan dia. Nengoklah, result pinangan esok.” Aqilah yang mendengar hanya mampu terenyum. Hancur segala harapan hati. Benci Aqil!Macam nak lempang pun ada..

“Yeke? Bertuah dia dapat doktor muda macam kau kan? Jangan risau. Sure dia terima kau punya.”

Aqilah meminta diri untuk menenangkan fikirannya. Perasaan menyampah menebal di jiwa. Aqil telah membuat dia jadi perasan! Hu..sedihnya hati. Lumatnya hati kau hancurkan, Aqil.

Aqilah mengintai-intai rombongan meminang yang tiba di rumahnya selepas Zuhur. Aisy!Awalnya si Athirah ni nak kahwin. Langkah bendul pulak tu. Aku nak minta apa ek sebagai kakak? Rantai ke beg tangan ek? Semalam baru jumpa beg Guess lawa gile.’

Sedang dia berfikir-fikir, ibunya datang kepadanya dan berkata, “Keluarga Aqil nak pinang kaulah, Qil. Camana? Setuju?”

“What the....Bukan dia nak pinang Athirah?”

“Gila apa budak ni. Tulah, duk belayar lama-lama. Tira tu baru masuk U. Camana setuju tak?” Aqilah menunduk malu. Aisy mak ni. Tak faham-faham.

“Setujukan aje dah buat muka gedik macam gitu.” Kak Aniqah menyampuk dari belakang. Aqil!Tak sangka pula terus pinang. Huhu. Bersediakah aku menjadi isterinya? Namun dia yakin, hatinya memang sudah dimiliki Muhammad Aqil Iman bin Muhammad Hussein. Perasaan bahagia kian menggebu mengingatkan peristiwa di hadapan toilet hari tu. Sayang Aqil!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...