Mengapa manusia sering menyemai harapan yang tidak pasti?
Mengapa kita selalu menjadi mangsa kepada sebuah harapan yang bukan milik kita?
Mengapa kita sering gagal dalam merealisasikan sebuah harapan?
Mengapa kita tidak bijak mengelak diri daripada terlalu mengharap?
Kita adalah manusia..
Yang hanya mampu merancang dan menanti ketentuan Tuhan..
Alangkah besarnya kuasa Tuhan..
Siapalah kita untuk merungut jika harapan tidak kesampaian..
Hanya mampu belajar dari kegagalan dan membina harapan bersandarkan impian..
Alangkah perit jika kita tidak dapat memenuhi harapan orang lain..
Alangkah sedih jika usaha dan keupayaan tidak difahami oleh orang lain..
Kita adalah manusia…
Tidak berkuasa untuk menghukum sesiapa, memaksa sesiapa, mengubah nasib sesiapa..
Janganlah terkilan jika harapan kita tidak tercapai disebabkan orang lain..
Kerana sebenarnya harapan adalah sekadarnadi keyakinan..
Satu ketidakpastian..
Untuk sebuah kehidupan.
-fAfA-
No comments:
Post a Comment