Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

31 December 2010

2011 come-to-me

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk menjejak ke tahun 2011
hm..blum lg sbnrnye..InsyaAllah dipanjangkan usia

2010 banyak tinggalkan kenangan
semua tahun banyak tinggalkan kenangan..
sebab setiap hari ada je bnda yg kita buat
Alhamdulillah..nikmat masa yg Allah berikan dapat dimanfaatkan
walaupun ada juga masa2 yg digunakan utk buat bnda lagho..huhu

YaAllah..
Minta Ampun kerana aku tidak berjaya menjadi hambaMu yang bersyukur dengan nikmat2Mu sepenuhnya
Ada sahaje kelalaian menggunakan nikmat2Mu
Namun aku juga bersyukur
Kau berikanku kesempatan2 untuk menggunakan nikmat2Mu ke arah kebaikan
Kau dekatkan aku dengan perkara yang membuatkan aku mengingatiMu
Kau berikanku peluang untuk meneroka..melihat alamMu yang luas
Kuharapkan dariMu YaAllah redhaMu
untuk semua yang aku rancangkan dalam tahun 2011
Kumohon pertolonganMu dalam setiap urusan
Amin..

Let's see laporan tahunan Arifah Ali:
Januari:
-Bermula Tugas as Setiausaha KSSGUTM sesi 2010
-Rumah kena masuk pencuri..lost my laptop..=(
-Kursus Induksi 2010

Februari:
-Gi Konsert Nazrey Raihan

Mac:
--Kenangan pegi Funfair..haha
-Grading
-Dinner SENDI

April:
-Exam Week
-Training kt JSE so check in rumah Muni at Teluk Intan

Mei:
-Accident..Thank God We are Safe

Jun:
-Habiskan masa menimba ilmu di Yard
-GI Kenduri Abang Am
-Bertemu kawan baru and.... him

Julai:
-Bye2 JSE and Selabak..Singgah Kelantan hantar Ipin n balik JB
-MARINITE 2010...at Danga Cruise

Ogos:
-Ramadhan
-LIPUT LIPAT gi Terengganu

September:
-Raya=)
-Ditanya soalan yang 'sngt tidak dijangka'
-Buat Open House

Oktober:
-FutSales anjuran KElas Keusahawanan 4SMK(handle with Epi)
-GI Perdana Gayung kt Ampang
-balik Teluk Intan ditemani dengan selamat oleh Nik n Muni>> tengok Launching of Maharani>>>Rumah Alan kat Shah Alam..dibawa dengan selamat olah Muni>>>Stucked in traffic jam 10.10.10>>sampai UTM safely tq to IZ n Wani
-RS bertapa kat GUning Pulai>>Buat Demo kt Pusat Koku>>Letak Jawatan as S/U KSSGUTM

November:
-Gi Kenduri Abg Farriz
-Exam week
-1 day at Baitul Iman with great moments which brought changes

Disember:
-Xrek
-Cuti

Benda xleh lupe:
-Accident
-JSE dan orang2 nye

Hopefully next year:
Berjaya dan boleh buat org2 yg sayang saya bangga dengan saya

29 December 2010

cuti ku untuk dirimu and diriMu part 5

Bab: Buku yang aku suka baca

Aku try habiskan buku "Di Mana DIA di hatiku"
Walaupun xhabis2 aku baca sbb aku kena berfikir dan proses dngn hati nurani
Tetapi aku mahu share juga
Ayat2 Ustaz Pahrol Mohd Juoi sngt indah dan berisi
Setiap baris ada pengajaran yg membuatkan aku mengangguk-anggukkan kepala
Dan setiap chapter diiringi dengan puisi indah yang menitiskan insaf di jiwa
Salah satunya adalah puisi di bawah
Bersama tajuk 'Bicara Kalbu di Saat Keliru'

Bangkit daripada Gelita

Tersedar aku daripada kegelapan
terlerai belenggu yang mengikat
tersingkap segala hijab yang gelap
lalu kulihat alam dari mata hatiku
jalan yang jitu bukan yang palsu

Oh..inilah cahaya dalam hati
yang selama ini kucari-cari
aku bangkit kembali
aku mahu mengenali diri
lalu terpancar keindahan Ilahi

Dalam kelam. suram masih ada hidayah
Tuhan tidak melihat pada aksi dan seri wajah
tapi selagi punya hati yang masih sudi merintih
oleh dosa..oleh alpa

Kiranya masih terpilih tidak tersisih
manjadi seseorang hamba yang soleh aku bangun
menuju jalan itu, jalan satu di ribuan liku

Aku ada teman
aku ada Tuhan
di situ jalan cahaya
aku bangkit daripada gelita
melangkah satu demi satu dengan waja!

28 December 2010

cuti ku untuk dirimu and diriMu part4

Bab:Mencari Konklusi

salam..

setelah lama tidak menghapdate..

Cuti pun dah nak habis..lalala..

Setelah menghabiskan cuti dengan perkara yg agak berfaedah (Alhamdulillah)..maka bermulalah kisah kehidupan di Universiti. Actually time cuti pun merasa juga.Time cuti pun aku student.Sebab bila orang tanye kat mana-mana.."sekarang buat ape" mestilah aku jawab aku student.So tnggungjawab sebagai student still ada time cuti.
Teringat dolu2 kan..after cuti sekulah mesti ade homework karangan "Aktiviti Semasa Cuti Sekolah"..Maka dengan ini aku pon ingin menulis karang
an sebegitu..kuikuikui..

Aktiviti Semasa Cuti Sekolah:

1)Belaja driving..Oh.aku sngt lambat belajar..trkial-kial..Tp xpelah kan..Allah dah mudahkan kefahaman untuk pelajaran yg lepas.Allah dah bagi aku cemerlang dlm exam2.maka adil kan kalau aku lambat nak faham pasal pelajaran yg satu ini.Just that bersyukur coz sekarang da okey la jugak drpd dulu..tp lom amek test la ye..sabor..blom yakin.hm..nk kereta yg xdigunakan boleh tak..gugu

2)Belajar SHIPFLOW..yg ni aku blum mahir sngt pon..beberapa hari je duduk makmal komputer lab marin tu..sejuk wo..aku dh lame tak pegi sbb ade komitmen lain.oh ye..mkml marin tak dpt digunakan sepenuhnye mmbuatkn ramai yg nk guna SHIPFLOW jugak.alohai..bnda tu dhla satu aje di UTM tu..gurr.insyaAllah aku dpt setelkan awal model yg aku buat ni n test model lain pulak..Hopefully..Aminn

3)Belajar masak..haha.Takdelah..Masak dengan Anah..adik aku.Dia tu suka nk try2..last2 aku yg buat.ngeh2..

Buat Pizza yang burokk

BUat MAkaroni pun burokk

Buat Kek Mango Delight (xsempat nak amik gambar.lalala)

Asam Pedas Ikan

Sotong Masak Black PAper.

||||||||||||| (Dan lain lain)

4)Baca buku....

5)Setiap minggu pergi kenduri kahwin..hahaha.Aku tak tau kenapa aku suka ikut mak aku pergi kenduri..Maybe coz aku lapar n malas nak masak..tapi balik dr kenduri xde orang pun yg masak last2 kena masak jugak..(karut)..
Tp aku juga suka melihat pelamin dan doorgift..Macam2 Pesyen ada sekarang ni..

6)Kemas Rumah..Sepah balik..Kemas balik..(Duhhh..)
Juga tolong mak mengemas untuk sediakan bilik ibu yang baru bersalin..Along due awal bulan 2 InsyaAllah..Kakda pertengahan bulan 3..Serius aku xtau ape nak jadi tahun depan..wawawa..

7)Bagi Makan Kucing..Anak2 kucing (11 ekor) semua da mati..hoho..xpanjang umur..Maybe if diorang ada akan lebih sukar bagi kami..Tapi anak tupai ada lagi..kt rumah orang lain.

8)Jumpa kawan lama:Syazana..Syamirah..Farahana..setelah 6tahun xjumpa..Besh.

9)Dan lain2..(hari ini mahu mengemaskini barang2 yg ada..so takdelah terbeli lagi brng yg ada)

10)Kakda minta aku edit kertas kerja untuk buat pusat tuisyen..macam assignment Subjek Keusahawanan pun ada..Aku nak bukak something macam ni jugaklah nanti..Pusat Kanak2 Islamik..ataupun apa2 yg boleh pupuk IM sejak kecil

11)Aku dapat surat tawaran sambung PhD..Alhamdulillah...mintak2 la dapat habiskan degree n dapat ilham nak buat tajuk ape..Hmm..Tp kena buat something dulu before smbung belajar..InsyaAllah dilancarkan urusan..

Sekian terima kasih..Ni kalau hantar karangan macam ni memang kena marah..kuikui

13 December 2010

cuti ku untuk dirimu and diriMu part3

BAB: Kenduri Kahwin

Cuti sekolah equal to kenduri kahwin
Typical marriage eh..
Tapi itulah yg mudah..kn2?
Lagi2 if adik beradik ramai cikgu cikgi

Minggu ni Cikfafa pergi kenduri kahwin kawan abh..kakak naqibah.
.n fmily yg pernah sewa rumah kitorang dulu

11 Disember 2010
Tema:Purple..cun
Venue:Aras 7E, Dewan Menara Tabung Haji
Nice la colour cmni

11Disember2010
The bride:Kak Raihanah Rahim (My beloved Kakak Naqibah)
Tema:Orange-Peach colour
Venue:Dewan Alumni UTM

Cantik kan??Tapi pergi kenduri kahwin kat UTM ramai pulak lecturer dtng sama..
Jumpa Dr Omar n Prof Saman..tp 2la.. xsmpt nk tegur pon

12 Disember2010
Mak pergi kenduri kat MEnara Tabung Haji..again..
Nak tau tak..kad dia simple
Hee..pakcik ni malas nak buat peta
so dia buat alternatif suruh orang tanya Pakcik Google je
Salah la pkcik..patut suruh orang search kt Google Map
Ape2 pon..kad kahwin memng xyah buat vogue de vass pon
Nanti bukan guna pun..Pandai pakcik save budget

If nak save budget and jimat kertas untuk buat kad kahwin
Bolehlah guna application kad online
Cuba belek page ni
Canthek2 and agak ber-teknologi di situ
Kuikuikui

And then pergi kenduri kahwin kat Muar
Lepastu pergi Melaka jap..ziarah orang sakit
singgah Masjid Melaka
Tak hingat kat tempat solat dia letak kipas bnyk2 macam kt bawah
Aku pon solat dengan tenang sebab dapat kipas fokus untuk aku sorang je..
Besar lah Masjid Melaka..sampai mak aku sesat2

10 December 2010

cuti ku untuk dirimu and diriMu part2

BAB: Love to marriage

Apakah nilai yang ada pada sebuah perhubungan
untuk melabelkan perhubungan itu sebagai istimewa??

Aku try search benda ni..Terjumpa benda lain.Dari laman web JAIS

[gambar best amek kat sini]

Bagaimanakah ciri pasangan yang sudah bersedia untuk bercinta?

i)Niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentia

sa terpelihara

ii)Sudah mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang menjerumus ke arah zina.

iii)Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan berusaha menjadi muslim yang sebenar.

iv)Sentiasa menjaga batasan aurat.

Bagaimanakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia?

Peraturan-peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia kita itu didasarkan kepada cinta Allah dan hendaklah kita pastikan semasa menjalin hubugan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar.

Adakah anda tergolong dalam golongan di atas??
Mari kita muhasabah diri..
Bagi aku, kalau nak bercinta sebelum kahwin:
1) tidak perlulah berlebihan mengungkapkan perasaan.
2)tidak perlulah berlebihan mengimpikan hubungan.
3)Perlu pandai buat 'PAGAR' dalam setiap perbualan
4)Jangan membiarkan diri terbuai kata-kata manis pasangan..
5)Cuba cepatkan proses pernikahan

Aku takdela nak cakap aku yang terbaik..
Tapi aku just nak memperbaikkan benda yang kurang baik.
Actually aku pun belum capai tahap kebaikan lagi
Just that aku bersyukur sebab orang itu:
1)Tak pernah panggil 'sayang' ke ape ke
2)Tak pernah cakap yg dia sayang aku or rindu aku
3)Tak pernah ajak keluar
4)Tak pernah mintak gambar bagai
5)Tak pernah call aku
6)Tak cerita pun kalau dia sakit ke ape
7)Tak pernah bagi barang2 yang boleh buat aku ingat kat dia
8)Tak mesej sepanjang masa or asal tngh free je mesej.
9)Tak pernah nak romantik2
10)Cerita kat family dia tentang aku
11)Cuba untuk jadi lebih baik
12)Sedang usaha untuk percepatkan nikah..InsyaAllah
Anyhow.aku akan berusaha untuk kurangkan lagi komunikasi.Mari berusaha!

Oh..alangkah bahagia hidup andai dapat capai keadaan seperti di bawah.

Daripada Anas r.a, Rasullah s.a.w bersabda:

"Tiga perkara yang barang siapa mendapatnya terasalah dia akan kemanisan iman :

Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain

•Mencintai sesorang itu tidak kerana lain, melainkan kerana Allah

•Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

cuti ku untuk dirimu and diriMu part1

BAB: Ingat DIA

Cuti Sekolah memang seronok.
Aku juga suka begitu
Tapi yang xseronoknya:
1. Kena buat kerja rumah as suri rumah
2.Nak online pun member2 xonline
3.Diri jauh dengan UTM>>susah nk tarbiyah diri kat rumah
4.Perlu habiskan kerja yang ditangguh sebelum habis cuti

Yang no 3 sangat kritikal

Memang banyak berlaku kan?Kat U boleh je jadi baik,balik rumah sangat liat nk buat amalan
Itu maksudnya diri sedang belajar untuk istiqamah
Aku rasa cara untuk membentengkan diri ialah tazkiyatunnafsi atau pembersihan jiwa
Tau lagu Opick? Tombo Hati....

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Aku tertarik dengan ubat hati pertama>>Baca Quran dan maknanya

Sebabnya benda ni paling dekat and mudah nak praktikkan
Tadabbur Al-Quran, iaitu proses memahami dan menghayati ayat2 Alquran seterusnya mengambil hikmah daripada maksud ayat yang kita baca adalah satu proses yang indah,
lbih2 lagi jika ayat tu ada kaitan dengan masalah kita
Sebab tu adalah baik jika ada terjemahan Al-Quran di samping kita

Satu perkara yang aku dapat dan sedang praktiskan ialah
membaca dengan hati, bukan sahaja dengan akal.
Maksudnya, membaca dengan akal itu pasti,
tapi proseslah ia dengan hati yang sedia menerima.
Analogi yang sesuai digunakan ialah Bacaan novel dan bacaan ilmu teknologi.
Yang mana kah lebih berkesan dan mudah diingati dan difahami?
Tentulah bacaan novel kan?
Sebab apa??Sebab kita baca dengan hati.

[Buku Ship Construction dengan Novel Hlovate]

Serius!Kalau aku jumpa orang yang baca buku Ship Construction sampai terkesan dalam hati, aku nak suruh dia jadi Lecturer Ship Design 2 sebab Ship Design2 aku dapat result corot. Hee..
And siapa yang xkenal Hlovate??
Kalau yg belum kenal silalah beli novel dia or pinjam dengan kawan2 yang ada.
InsyaAllah terbuka hatimu untuk berubah ke arah kebaikan.
Sampai sekarang aku boleh ingat ayat2 dari novel2 tu.
Tapi xdelah semua.Certain2 yang terkesan di hati.

Back to topic..macam tu jugalah kalau kita baca Al-Quran dan maknanya.
Aku akui susah nak buka hati ni.
Apa2 pun,,CUBA. Meh baca doa ini.
رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِي اَمْرِيْ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوْاقَوْلِيْ
Artinya : " Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah pekerjaanku dan lancarkanlah lidahku, agar mereka faham pembicaraanku”

Lagipun, Allah dah cakap mudah, maka Dia akan mudahkan. FirmanNya:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Oh ye..Ada juga website yang aku guna if nak tadabbur ayat sambil usya blog yg memperkatakan tentang ayat itu
Dua je setakat nih..[ckp mcm bnyk je kn..]

Okaylah..manfaatkan cuti anda..
Selamat beramal!

07 December 2010

XREK '10 part 2

Salam alaik...salam maal hijrah..cikfafa nak sambung ceritera semalam ^_^

3hb November>>>
Selepas mandi ala2 kadar (ni camping and bilik air perlu dikongsi dngn berpuluh-puluh sahabat, so xperlu nak mandi beria),kami bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya. Kem ini adalah bertemakan peperangan. Maka adalah tidak wajar untuk memanjakan diri dengan bercantik-cantik n berwangi-wangi. Peserta2 buat qiamullail n solat subuh berjemaah n baca mathurat n disajikan dengan tazkirah subuh berkaitan Perang Badar. Ayat yang ditekankan dalam tazkirah dan juga dalam kem ini ialah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-
pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang." [As-Saff:14]

Konsep kem ini ialah: 'Singa di siang hari,rahib di malam hari'. Maka aktiviti untuk hari ini ialah Tracking n akan ada Nightwalk.Kami selaku fasilitator bersiap untuk menjaga checkpoint bagi tracking yg diberi nama "JEJAK BADAR". Setiap Checkpoint yg tersedia adalah mengikut rentetan Perang Badar. Aku menjaga checkpoint 4, tempat perisikan bagi Peperangan. Sebelum ke tempat Checkpoint, aku perlu merentasi paya dan hutan dan kerbau. (Seronoknya). Sangat lama menunggu adik2 datang sebab mereka perlu menjawab crossword tentang Sejarah Nabi yang bersumberkan buku ' Raheeq Makhtum'. [kalau i pun xboleh juga rasanya ok.Nak beli buku itu lepas ni].

So selama menunggu aku menghabiskan Al-mathurat dan membaca tafsir surah Al-Anfal yang penuh cerita tentang Badar sambil duduk2 di tepi jalan. (Agak pelik bagi orang2 yang lalu2 jalan itu) Task di tempat aku tidaklah susah jadi aku menambah task iaitu menyuruh mereka kaitkan peristiwa Badar dalam Al-Quran dan selepas itu menghabiskan mutabaah amal.
[Buku ni la aku n Muni nak beli.Cerita tentang Ini Sejarah Kita]

Semua checkpoint ada 10. Task2 nya agak sukar namun mereka tetap terus melangkah sambil menghayati matlamat perang Badar iaitu menyelamatkan agama Islam. Task yang terakhir adalah solat Asar jamak takhir. Oleh kerana checkpoint ialah di tepi pantai, peserta dikehendaki mengambil wudhuk dengan membasahkan satu badan dari kepala hingga kaki a.k.a menyelamkan badan dalam air laut. Oleh kerana sukar untuk membersihkan diri secara normal selepas penat mengembara. (Secara normal maksudnya mestilah nak tukar baju bersih n cari toilet kan untuk ambil wudhu'). Before that, aku dan 2 sahabat telah mencuba cara itu untuk memastikan keselamatan, sebabnya ombak sngt kuat. Teringat pulak time aku jd peserta dulu, mcm malu je sebab pakaian tak sempurna untuk dibuat solat. Sebab tulah pakaian yg menutup aurat sebenarnya ialah pakaian yg sempurna untuk solat, tanpa ada telekung.
[Mari bersolat di tepi pantai (gambar kredit to Pocik Hisyam)]

Pada malamnya, diorang2 diberikan rehat sebab pada tengah malamnya ada NightWalk. Konsep Rahib di malam hari dijalankan. Before mereka berjalan-jalan, mereka diberikan task untuk tadabbur (memahami dengan menyeluruh maksud ayat) Surah Ar-Rahman( 1-30) dan Ali-Imran (xingat ayat apa) tapi semuanya mengingatkan tentang nikmat2 Allah, so that diorang dapat feeling Rahib (yakin dengan kekuasaan Allah) di malam hari. Diorang jalan2 tanpa lampu dalam hujan sambil berzikir dan apabila sampai di tempat last, ada sesi tadabbur alam iaitu menghayati kebesaran Allah dengan menghayati alam. Ada yang buat solat sunat tepi pantai.Kami solat dalam hujan di tepi pantai disertakan angin yang kuat. SUBHANALLAH. Balik ke base camp pun dengan berhujanan.[Ok.aku tak berhujan sebab teman sorang fasi ni naik kereta. Tapi sedih juga.Macam tak adil ye.]

4hb November>>>
Balik2 dari Nightwalk, diorang terus solat subuh. Ada yg solat dalam hujan sebab alang2 dah basah kan. Lagipun nnt dewan basah pula kalau solat dalam dewan. Aku sangat kagum melihat itu. Kalau di waktu2 biasa,kita selalunya inginkan keselesaan andai ingin solat, perlu telekung dan sejadah.

Lepas tu,semua memenuhkan ruang bilik air untuk mandi. Setelah siap2, diorang2 baca Al-MAthurat sama2 dan diberikan pengisian tentang Sirah 3 Sahabat, Annas bin malik, At-Tufail Ibn Amr,dan Said bin Amir. Serius! Aku tak tahu pasal diorang2 ni before kem ni. Punyalah cetek ilmu kan.Alhamdulillah,oleh kerana aku perlu bantu handle slot ni,maka aku perlu baca juga. Banyak pengajaran yg boleh diambil dari 3sahabat itu. Annas bin Malik terkenal dngn rasa cintaNya pada Rasulullah, At-Tufail terkenal dengan dakwahnya mengislamkan seluruh kaumnya dan Said terkenal dengan sifat zuhudnya. Malu aku dengan mereka2 yg tahu,siap boleh cerita kan..huhu..Aku berazam untuk ceritakan kat anak2 aku tentang sahabat2 Nabi.InsyaAllah.

Slot seterunya ialah sesi muhasabah setiap aktiviti dan pemulangan barang rampasan. Sewaktu sesi barang rampasan ini, diorang2 diketengahkan dengan amalan infak para sahabat Nabi pada jalan membantu agama Allah. Kalau sekarang belum lagi ada perang, adalah baik untuk infak harta or tenaga kita yang dipinjam Allah ini pada jalan dakwah, program dakwah, proses kenal Allah. Hm..Dengar tu Arifah. Sesungguhnya semua slot2 yang ada banyak memberi kesedaraan.

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.(2:254)

XREK '10 part 1

[Naza Impian Camp Site Tanjung Resang]

1hb november>>>
Aku berkemas untuk pergi xrek or mukhayyam or outdoor camp Kelab Iqra'.Aku sebenarnya taknak pergi sebab badan aku ni manja..cepat gatal2..tapi disebabkan ingin tahu apa yg akan dikongsi di sana,aku memutuskan untuk pergi. Actually, aku diminta untuk jadi fasilitator. Tapi satu haram jadah kerja aku tak tau nak buat apa. Kami tidur di masjid, qiam and bertolak esoknya. [[Opps.sebelum tu aku, Siti lina wanni, Lady muni berjalan-jalan ke Skudai Parade melihat barang2 cantik untuk dipakai sem depan.Aku n munie jumpa kasut n beg yg cantik dan harga berpatutan. Tp aku malas untuk upload gmbar.nnt2 lah.Lepas shopping n makan di tauhu bakar,wannie hantar aku gi Masjid Sultan Ismail.terima kasih ukhti2.]]

2hb november>>>
Aku dan rakan-rakan Bertolak ke Mersing, Tanjung Resang.Oh ye, semalamnya kami telah menerima risalah Perang Badar untuk dibaca. Actually kem ni bertemakan perjuangan Rasulullah dan sahabat dalam Perang Badar, perang pertama Umat Islam yang tidak dirancang.Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan 2 Hijrah. So, dalam bas, kami bacalah risalah itu sambil selang seli tidur..^_^ Banyak info yang telah diperoleh dalam risalah tu, especially bukti2 pertolongan Allah untuk org Islam yang berjihad mempertahankan Islam.

Setibanya di sana, aku pun diberikan taklimat fasi..Oh..begitu rupanya. Yang dah pergi sebelum ini akan jadi fasi.Serius,aku rasa tak layak sebab fasi2 yang lain..emm.. lebih mengetahui,lebih matang,lebih kenal Tarbiyah.Aku ni hailaa..Dahlah pasal Perang Badar pun baru nak menghayati.Tapi aku buat 'dont know' je la..huhu. Rampasan barang dijalankan semasa taklimat. Handphone, purse, jam sume fasi yg simpan. Cara ini bagus, untuk keselamatan dan menjamin fokus. Selepas itu sesi taaruf dijalankan dengan ceria. Ramai juga peserta akhawat, 46 orang. Semoga mereka istiqamah, tidak menjadi seperti aku dahulu.
[Maratib Amal dan 10 Musoffat]

Sesi LDK dibuat tentang Amal Jamaie dan konsep Syura.Amal Jamaie adalah sangat penting dalam proses menegakkan Islam. Sebab itu perlu adanya Usrah, then maratib Amal dapat dicapai bersama-sama.Semua ahli yg terlibat dalam sesebuah organisasi perlu memainkan peranan dan berkorban jika ada tanggungjawab yang tidak dijalankan olah orang yang sepatutnya.
"Kebenaran yang tersusun dapat mengalahkan kebatilan yang tidak tersusun"

And then, konsep Syura, yang sememangnya amat perlu dalam sesebuah organisasi.Menyelesaikan masalah dan mencari keputusan perlu ada syura.Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam soal ini. Baginda mempamerkan sikap kepimpinan yang ideal dalam menegakkan prinsip syura ini. Walaupun Baginda adalah seorang rasul yang pastinya dibimbing oleh Allah SWT, tetapi masih memberi ruang kepada sahabat-sahabat untuk mengemukakan pandangan.

Malam tu...eh..pagi tu tidur kejap2 and jaga malam ikut shift.Sambil itu aku membaca lagi kisah Perang Badar yang menceritakan kemenangan 313 tentera Islam vs 1000 tentera musyrikin Mekah.Dahsyat tak dahsyat??

Satu perkara yg tidak pernah aku jumpa di program lain ialah Mutabaah Amal.Aku baru mngenalinya ketika join Mukhoyyam yg lepas. Mutabaah Amal ni mcm listing benda yang dipertanggungjawabkan untuk dibuat sepanjang program. So takdelah melagho time2 ada free. Walaupun sebenarnya xdela free mana. Nak contoh? Lihat bawah ini. Sangat bagus kan..mengajar untuk peserta mengamalkan tugasan2 ini sepanjang hidup mereka.InsyaAllah.
1. Baca Al-quran 1 juzuk
2. Hafazan Surah As-Saf:14
3. Bacaan Mathurat selepas Subuh dan Asar
4. Zikir Istighfar 100x, Subhanallah, Alhamdulillah and Allahuakbar 33x each
5. Solat Sunat Dhuha

29 November 2010

Walaupun berat..perlu

salam alaik

Alhamdulillah sudah habis paper
And bermulalah Semester 2 Tahun Empat
Semester terakhir di Bumi UTM ini
And if InsyaAllah lulus, maka gradelah Cikfafa sebagai

Sarjana Muda KejuruteraanMekanikal
(Teknologi Marin)
Punyalah panjang kan nama kos ni..
(Aku selalu merungut time isi borang awal
2 masuk dulu)

[gambar models kapal di Makmal Marin]

And sebenarnya tadi and sekarang juga
Dapat dirasakan kegembiraan itu tidaklah seperti semester sebelum-sebelumnya
Mungkin kerana banyak lagi tanggungjawab yang ada
I wonder how will it like
Kalau last day final exam Tahun depan..
And Cikfafa rasa akan berlaku perkara yang sama
Sebab habis peperiksaan bukanlah titik habisnya tanggungjawab
Malah lebih besar tanggungjawab selepas itu
Dah nak kerja.Dah nak perlu fikir masa hadapan.Dah nak jadi semakin dewasa

Bila fikir2 balik
Hidup manusia tak pernah lepas dari tanggungjawab
Tanggungjawab sebagai++
Hamba Allah: Beribadah dan Ammar Maaruf,Nahi Munkar
Anak:Taat dan patuh pada ibu bapa
Kakak,Abang,Adik:Bantu-membantu sesama sendiri
Kawan:Bantu-membantu sesama sendiri di waktu susah n senang
Pelajar:Belajar Ilmu Fardhu Ain,Fardhu Kifayah,ilmu jadi manusia
[Janganlah jadi sekadar pelajar Muslim,jadilah seorang muslim yang belajar]
Ahli Persatuan:Bantu capai misi dan matlamat persatuan
Pekerja: Buat kerja dengan amanah
Suami dan Papa:Mengemudi rumahtangga dan keluarga
Isteri dan Mama:Membantu suami dan mendidik anak
Dan Banyak lagi..
Dan semua tanggungjawab ini
perlu relate dengan tujuan penciptaan manusia
Manjadi Hamba Allah yang beribadah kepadaNya
Dan Menjadi khalifah Allah yang Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran

Firman Allah yang bermaksud:
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku
(Azzariyat:56)

Firman Allah yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
(Al-Baqarah:30)

Oh ya, paper tadi ... ok la
Terima kasih kepada Rahim Amran iaitu kawan sekelas saya
Dia banyak bantu kami macamana nak jawab soalan tadi
Banyaknya pahala dia kan?
Preparation untuk paper tadi sangatlah 'havoc'
kami practise contoh soalan bermula jam 12.00 tengah malam
Haha..Cikfafa tak pernah buat macam gini
And then ramai2 tidur kat bailik Cikfafa..Sukalah pulak situasi pagi tadi.
Macam Kat rumah je..^___^
Paper sebelum2 nya pun Ok jugak
Ramai2 study bersama di bawah..tingkatkan habluminannas
Sayang kawan2 saya
Semoga mereka sentiasa jadi Insan berakhlak mulia

.Ok lah..Mahu Stop Mengiaw.

28 November 2010

skema peperiksaan

"ala xlulus pon xpe..dunia je ni.."

Hm..time2 exam selalu dngr ayt yg nk sedapkn hati ini
time gini , Alhamdulillah, disedarkan yg mana dunia mana akhirat
tapi tak pasti lagi sama ada hati org yg brckp tu..
memang ingtkn akhirat sebelum periksa.
Kalau ingat Alhamdulillah..
sangat lah bagus orang yang pandai mengadilkan masa untuk dunia dan akhirat.
(Aku pun belum bijak untuk itu)
Tak dinafikan time exam..time susah2, time kena berlapar dahaga (puasa)
memng satu tempoh student2 ingat Allah..
ingat yg dunia tak penting.
Sebab kalau ingat keduniaan ni tak penting, tak yalah nak susah2 skor kan
Sebab tu namanya ayat penyedap hati

Tapi bila takde exam..xde ujian2 bagai..
Time jadual tu kosong n 'dikosongkan'(ponteng la tu)
Banyak yg terjadi ialah, xdelah ramai sngt yg ingat 'dunia je tu, akhirat lebih penting'
Hm..alhamdulillah kalau ingat.
Tapi dialog yg selalu keluar:
Free kan..Jom gi wayang.Eh,nnt pinjam cd.
Ada ke dialog macam:
Free kan.Jom cari geng.kita cari majlis ilmu.Eh,nanti pinjam buku agama.
Students and hiburan memang xdpt dipisahkan
Tipulah kan kalau laptop student tu xde lagu2..n xde laman sosial.
Ok..maybe ada yg xde tp Rare.
Benda2 macam tu aku akui diperlukan sbb student banyak masalah
Tapi kalau tahu yg mana lagi baik,mana lg xelok, mana perlu mane xperlu
Kan ia lebih meng'senyum'kan
Kalau bila orang ajak gi tmpt hiburan,
ayat penyedap hati time exam itu (ala xpenting pun, dunia je) dituturkan,
sangatlah baik

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dua kenikmatan yang sering membuat manusia tertipu ialah sihat dan waktu kosong." (Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas)

"Apabila Kita Kejar Dunia, Dunia Akan Lari; Tetapi Apabila Kita Kejar Akhirat, Dunia Akan Mengejar Kita...."

Sebenarnya aku pun buat jugak.aku pun suka hiburan jugak
I admitted. Ayat yg tu memang aku selalu guna.
and tak dinafikan exam ilmu keduniaan tidaklah sepenting hal akhirat, hal agama
Tapi boleh niatkan exam ilmu keduniaan tu sebagai alat untuk bantu tingkatkan ilmu agama
and boleh biasakan ingat ilmu akhirat(ilmu agama) bila time x exam, bila di comfort zone
Dan apa salahnya berubah..Aku nak jadi lebih baik
Tipulah students lain pun xnak jadi baik.
Hmm..Ya Allah.Ampunilah dosa yang telah kami lakukan.

Esok exam sebenarnya. Good luck to me and to all.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami dari seksa neraka."
(Surah Al-Baqarah:201)

23 November 2010

kenang daku dalam doamu

salam..
esok ialah hari peperiksaan Cikfafa
peperiksaan final kali ke-7
wah..dah 7 kali daku mengambil periksa di utm tercinta ini
7 kali juga tekanan dtng untuk study
7 kali juga usaha bersama rakan- untuk membelek pasyer..
situasi yg sama..tp subjek lain2

kalau periksa mesti kita banyakkan doa kan..
hm..teringat dulu time upsr..pmr..spm..matrik..
ada solat hajat before exam.

Hakikatnya, kita sepatutnya memohon pertolongan dari Allah setiap masa
Bukan sewaktu menjelang peperiksaan sahaja
Bukan sewaktu berada dalam kesusahan barulah mengingatiNya
InsyaAllah amalan-amalan solat sunat hajat, solat sunat Dhuha dan doa2 kita berkekalan,
dalam waktu senang dan waktu susah

tiba-tiba Cikfafa terfikir
dah belambak doa kita minta pada Tuhan, Allah Maha Penyayang
sampai Cikfafa rasa macam terlalu banyak permintaan Cikfafa kt Dia
Pasal iman..urusan2..pelajaran..masa depan..jodoh..n so on
Rasa macam malu pun ada,,hina pun ada..(memang insan hina pun)
Cumanya rasa macam 'Banyaknya aku mintak..sesuka hati je nak mintak2'
Dahlah hari hari mintak itu ini
Dahlah amalan tak sempurna mana, dosa pun banyak
Then Cikfafa search lah artikel yang boleh memujuk jiwa..

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo'a kepadaKu apabila dia berdo'a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do'a) bukanlah bererti semestinya setiap do'a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do'a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah, maksudnya:

"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo'a dengan sesuatu do'a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Satu artikel dalam iLuvislam.com juga sangat memberi kesedaran padaKu yang Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Memberikan Pertolongan. Semakin banyak kita meminta padaNya, semakin kasih Dia pada Kita. Lebih baik kita meminta padaNya dari bergntung harap pada selain dariNya. Petikan di bawah sangat memberi makna. Daku suka cara penulisan penulis yang walaupun beremosi tetapi memberi kesan.

Allah itu bukan seperti kita, manusia, yang mempunyai sifat dendam dan hasad, yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. Memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi, Allah telah meletakkan sistemNya sendiri di mana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada di kerongkong di saat sakaratul maut atau setelah matahari terbit dari sebelah barat.

Oleh itu, walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak/entitled untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah dengari, selagi matahari belum terbit dari barat, atau roh sudah ditarik hingga kekerongkong oleh malaikat maut. Sama ada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budi bicara Allah S.W.T. Apa pun, ingatlah, bahawasanya, Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hambanya. Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah?

Daripada Anas bin Malik R.A

Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda: ‘Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan menganggap bahawa dosa kamu itu suatu yang membebankan (untuk mendengar doa kamu). Wahai anak Adam! Sekali pun dosa kamu seperti awan meliputi langit, kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiKu (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.’

(Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ini adalah hadis Hasan Sohih)

Hadis diatas dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa walau sebesar mana pun DOSA seseorang hamba itu, dosa tersebut tidak pernah dianggap bebanan oleh Allah untuk mendengar DOA dari hamba-hambanya.

Oleh itu, buangkan rasa inferiority complex (rendah diri yang tidak bertempat) dan jugaSu'uldzon (Sangka buruk) yang hanya akan merugikan kita. Bertaubatlah dan mohon pertolongan dari Allah dengan rasa yakin dan husnuldzon.

Please be fair to HIM!!
Hello.... Cinta dan Kasih Sayang Allah pada hamba-hambaNya tak sama dengan manusia yang fana ini, tolonglah faham dan kenali betul-betul.

Oklah..sambung study...

Good luck to all.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...