Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo'a kepadaKu apabila dia berdo'a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”
Dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do'a) bukanlah bererti semestinya setiap do'a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do'a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah, maksudnya:
"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo'a dengan sesuatu do'a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."
Satu artikel dalam iLuvislam.com juga sangat memberi kesedaran padaKu yang Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Memberikan Pertolongan. Semakin banyak kita meminta padaNya, semakin kasih Dia pada Kita. Lebih baik kita meminta padaNya dari bergntung harap pada selain dariNya. Petikan di bawah sangat memberi makna. Daku suka cara penulisan penulis yang walaupun beremosi tetapi memberi kesan.
Allah itu bukan seperti kita, manusia, yang mempunyai sifat dendam dan hasad, yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. Memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi, Allah telah meletakkan sistemNya sendiri di mana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada di kerongkong di saat sakaratul maut atau setelah matahari terbit dari sebelah barat.
Oleh itu, walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak/entitled untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah dengari, selagi matahari belum terbit dari barat, atau roh sudah ditarik hingga kekerongkong oleh malaikat maut. Sama ada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budi bicara Allah S.W.T. Apa pun, ingatlah, bahawasanya, Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hambanya. Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah?Daripada Anas bin Malik R.A
Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda: ‘Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan menganggap bahawa dosa kamu itu suatu yang membebankan (untuk mendengar doa kamu). Wahai anak Adam! Sekali pun dosa kamu seperti awan meliputi langit, kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.
Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiKu (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.’
(Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ini adalah hadis Hasan Sohih)Hadis diatas dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa walau sebesar mana pun DOSA seseorang hamba itu, dosa tersebut tidak pernah dianggap bebanan oleh Allah untuk mendengar DOA dari hamba-hambanya.
Oleh itu, buangkan rasa inferiority complex (rendah diri yang tidak bertempat) dan jugaSu'uldzon (Sangka buruk) yang hanya akan merugikan kita. Bertaubatlah dan mohon pertolongan dari Allah dengan rasa yakin dan husnuldzon.
Please be fair to HIM!!
Hello.... Cinta dan Kasih Sayang Allah pada hamba-hambaNya tak sama dengan manusia yang fana ini, tolonglah faham dan kenali betul-betul.
Oklah..sambung study...
Good luck to all.
good one!
ReplyDelete