Assalamualaikum
oritelah..hari ni cikfafa sudah start engine and ready to maneuver myself
Yalah..sudah beberapa hari cikfafa mengiaw ngiaw buat tak tau dngn dunia sbg pelajar
and then mlm td i finally finished reading Romance novel "The Perfect Man" wrote by
Actually baru dua buku tulisan minah tu yg aku baca..
Lagi satu.."Bad Behaviour".
Ok,,jngnla tanya nape aku suka baca buku cinta2 English ni
Macamla xramai yg mempunyai minat yg sama kan..
Just that Novel English lebih real drpd novel2 cinta Melayu
Novel cinta Melayu nk suruh kita berangan je.
Tp skrg dah semakin bertumbuh cendawan2 selepas hujan(Apalah)
Maksudnya novel2 Melayu sekarang dah semakin lain..Labih real drpd dulukala
Lebih meluas..x stereotype..cang tu laa..barulah nak baca..
Next entry nak buat review la psl buku2 tu..
Harini ialah hari Arafah..(pnggilan yg selalu kuterima)
HArini mereka yg menunaikan haji akan berkumpul di arafah
Berkumpul smbil berzikir mengingati Tuhan..
Menginsafi dosa2 yang telah dilakukan..
" Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak."
Hmm...bilalah cikfafa mampu untuk menunaikan rukun ISlam yang kelima itu
Td cikfafa baca dr sebuah blog:
Mengikut di dalam kitab Lataif al-Ma'rif oleh al-Hafiz Ibn Rejab al-Hanbali antara amalan yang sunat dilakukan dan digalakkannya pada hari-hari begini ialah:
Pertama: Banyakkan berzikir sama ada tahlil, takbir dan tahmid. Seperti riwayat Ibn Umar secara marfu'.
Rasulullah bersabda, ” Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadis Ahmad).
Kedua: Melakukan ibadat puasa terutamanya pada hari Arafah kerana nilaian puasa pada hari tersebut seperti hadis riwayat Muslim daripada Abi Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang."
Walaupun begitu dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut: "Adapun orang yang sedang mengerjakan ibadat haji tidak sunat berpuasa pada hari tersebut, bahkan dia sunat berbuka mengikut perbuatan Nabi SAW di samping menguatkan tenaga untuk berdoa pada hari tersebut".
InsyaAllah dapat diamalkan..and InsyaAllah amalan-amalan kita dapat diterima..
Hari ni puasa mahu buka apa ye??(Tak macam awal pulak kn nk fikir)
Baiklah…selamat beramal..
No comments:
Post a Comment