Kenangan..
Pasti ada di setiap khayalan,
Entah mengapa menakluk fikiran,
Sarat pelbagai warna dan perasaan.
Memori..
Membenam kenangan,
Menggaul suka duka kehidupan,
Merungkai persoalan
Kekadang menambah kesangsian,
Setia menjadi teman kehidupan insan.
Aku mahu bebas dari kenangan pahit,
Biarlah yang manis jadi peneman setia,
Kerana aku inginkan keyakinan,
Kerana aku mahu berubah,
Kerana aku perlu ketabahan.
Tabah untuk melayan kenangan,
Tabah untuk membidas memori.
Dengan kenangan dan memori
Dapat kujadikan pemangkin hari esok
Mengubah diri menjadi lebih berguna.
No comments:
Post a Comment