Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

29 November 2010

Walaupun berat..perlu

salam alaik

Alhamdulillah sudah habis paper
And bermulalah Semester 2 Tahun Empat
Semester terakhir di Bumi UTM ini
And if InsyaAllah lulus, maka gradelah Cikfafa sebagai

Sarjana Muda KejuruteraanMekanikal
(Teknologi Marin)
Punyalah panjang kan nama kos ni..
(Aku selalu merungut time isi borang awal
2 masuk dulu)

[gambar models kapal di Makmal Marin]

And sebenarnya tadi and sekarang juga
Dapat dirasakan kegembiraan itu tidaklah seperti semester sebelum-sebelumnya
Mungkin kerana banyak lagi tanggungjawab yang ada
I wonder how will it like
Kalau last day final exam Tahun depan..
And Cikfafa rasa akan berlaku perkara yang sama
Sebab habis peperiksaan bukanlah titik habisnya tanggungjawab
Malah lebih besar tanggungjawab selepas itu
Dah nak kerja.Dah nak perlu fikir masa hadapan.Dah nak jadi semakin dewasa

Bila fikir2 balik
Hidup manusia tak pernah lepas dari tanggungjawab
Tanggungjawab sebagai++
Hamba Allah: Beribadah dan Ammar Maaruf,Nahi Munkar
Anak:Taat dan patuh pada ibu bapa
Kakak,Abang,Adik:Bantu-membantu sesama sendiri
Kawan:Bantu-membantu sesama sendiri di waktu susah n senang
Pelajar:Belajar Ilmu Fardhu Ain,Fardhu Kifayah,ilmu jadi manusia
[Janganlah jadi sekadar pelajar Muslim,jadilah seorang muslim yang belajar]
Ahli Persatuan:Bantu capai misi dan matlamat persatuan
Pekerja: Buat kerja dengan amanah
Suami dan Papa:Mengemudi rumahtangga dan keluarga
Isteri dan Mama:Membantu suami dan mendidik anak
Dan Banyak lagi..
Dan semua tanggungjawab ini
perlu relate dengan tujuan penciptaan manusia
Manjadi Hamba Allah yang beribadah kepadaNya
Dan Menjadi khalifah Allah yang Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran

Firman Allah yang bermaksud:
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku
(Azzariyat:56)

Firman Allah yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
(Al-Baqarah:30)

Oh ya, paper tadi ... ok la
Terima kasih kepada Rahim Amran iaitu kawan sekelas saya
Dia banyak bantu kami macamana nak jawab soalan tadi
Banyaknya pahala dia kan?
Preparation untuk paper tadi sangatlah 'havoc'
kami practise contoh soalan bermula jam 12.00 tengah malam
Haha..Cikfafa tak pernah buat macam gini
And then ramai2 tidur kat bailik Cikfafa..Sukalah pulak situasi pagi tadi.
Macam Kat rumah je..^___^
Paper sebelum2 nya pun Ok jugak
Ramai2 study bersama di bawah..tingkatkan habluminannas
Sayang kawan2 saya
Semoga mereka sentiasa jadi Insan berakhlak mulia

.Ok lah..Mahu Stop Mengiaw.

28 November 2010

skema peperiksaan

"ala xlulus pon xpe..dunia je ni.."

Hm..time2 exam selalu dngr ayt yg nk sedapkn hati ini
time gini , Alhamdulillah, disedarkan yg mana dunia mana akhirat
tapi tak pasti lagi sama ada hati org yg brckp tu..
memang ingtkn akhirat sebelum periksa.
Kalau ingat Alhamdulillah..
sangat lah bagus orang yang pandai mengadilkan masa untuk dunia dan akhirat.
(Aku pun belum bijak untuk itu)
Tak dinafikan time exam..time susah2, time kena berlapar dahaga (puasa)
memng satu tempoh student2 ingat Allah..
ingat yg dunia tak penting.
Sebab kalau ingat keduniaan ni tak penting, tak yalah nak susah2 skor kan
Sebab tu namanya ayat penyedap hati

Tapi bila takde exam..xde ujian2 bagai..
Time jadual tu kosong n 'dikosongkan'(ponteng la tu)
Banyak yg terjadi ialah, xdelah ramai sngt yg ingat 'dunia je tu, akhirat lebih penting'
Hm..alhamdulillah kalau ingat.
Tapi dialog yg selalu keluar:
Free kan..Jom gi wayang.Eh,nnt pinjam cd.
Ada ke dialog macam:
Free kan.Jom cari geng.kita cari majlis ilmu.Eh,nanti pinjam buku agama.
Students and hiburan memang xdpt dipisahkan
Tipulah kan kalau laptop student tu xde lagu2..n xde laman sosial.
Ok..maybe ada yg xde tp Rare.
Benda2 macam tu aku akui diperlukan sbb student banyak masalah
Tapi kalau tahu yg mana lagi baik,mana lg xelok, mana perlu mane xperlu
Kan ia lebih meng'senyum'kan
Kalau bila orang ajak gi tmpt hiburan,
ayat penyedap hati time exam itu (ala xpenting pun, dunia je) dituturkan,
sangatlah baik

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dua kenikmatan yang sering membuat manusia tertipu ialah sihat dan waktu kosong." (Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas)

"Apabila Kita Kejar Dunia, Dunia Akan Lari; Tetapi Apabila Kita Kejar Akhirat, Dunia Akan Mengejar Kita...."

Sebenarnya aku pun buat jugak.aku pun suka hiburan jugak
I admitted. Ayat yg tu memang aku selalu guna.
and tak dinafikan exam ilmu keduniaan tidaklah sepenting hal akhirat, hal agama
Tapi boleh niatkan exam ilmu keduniaan tu sebagai alat untuk bantu tingkatkan ilmu agama
and boleh biasakan ingat ilmu akhirat(ilmu agama) bila time x exam, bila di comfort zone
Dan apa salahnya berubah..Aku nak jadi lebih baik
Tipulah students lain pun xnak jadi baik.
Hmm..Ya Allah.Ampunilah dosa yang telah kami lakukan.

Esok exam sebenarnya. Good luck to me and to all.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami dari seksa neraka."
(Surah Al-Baqarah:201)

23 November 2010

kenang daku dalam doamu

salam..
esok ialah hari peperiksaan Cikfafa
peperiksaan final kali ke-7
wah..dah 7 kali daku mengambil periksa di utm tercinta ini
7 kali juga tekanan dtng untuk study
7 kali juga usaha bersama rakan- untuk membelek pasyer..
situasi yg sama..tp subjek lain2

kalau periksa mesti kita banyakkan doa kan..
hm..teringat dulu time upsr..pmr..spm..matrik..
ada solat hajat before exam.

Hakikatnya, kita sepatutnya memohon pertolongan dari Allah setiap masa
Bukan sewaktu menjelang peperiksaan sahaja
Bukan sewaktu berada dalam kesusahan barulah mengingatiNya
InsyaAllah amalan-amalan solat sunat hajat, solat sunat Dhuha dan doa2 kita berkekalan,
dalam waktu senang dan waktu susah

tiba-tiba Cikfafa terfikir
dah belambak doa kita minta pada Tuhan, Allah Maha Penyayang
sampai Cikfafa rasa macam terlalu banyak permintaan Cikfafa kt Dia
Pasal iman..urusan2..pelajaran..masa depan..jodoh..n so on
Rasa macam malu pun ada,,hina pun ada..(memang insan hina pun)
Cumanya rasa macam 'Banyaknya aku mintak..sesuka hati je nak mintak2'
Dahlah hari hari mintak itu ini
Dahlah amalan tak sempurna mana, dosa pun banyak
Then Cikfafa search lah artikel yang boleh memujuk jiwa..

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo'a kepadaKu apabila dia berdo'a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do'a) bukanlah bererti semestinya setiap do'a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do'a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah, maksudnya:

"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo'a dengan sesuatu do'a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Satu artikel dalam iLuvislam.com juga sangat memberi kesedaran padaKu yang Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Memberikan Pertolongan. Semakin banyak kita meminta padaNya, semakin kasih Dia pada Kita. Lebih baik kita meminta padaNya dari bergntung harap pada selain dariNya. Petikan di bawah sangat memberi makna. Daku suka cara penulisan penulis yang walaupun beremosi tetapi memberi kesan.

Allah itu bukan seperti kita, manusia, yang mempunyai sifat dendam dan hasad, yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. Memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi, Allah telah meletakkan sistemNya sendiri di mana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada di kerongkong di saat sakaratul maut atau setelah matahari terbit dari sebelah barat.

Oleh itu, walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak/entitled untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah dengari, selagi matahari belum terbit dari barat, atau roh sudah ditarik hingga kekerongkong oleh malaikat maut. Sama ada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budi bicara Allah S.W.T. Apa pun, ingatlah, bahawasanya, Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hambanya. Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah?

Daripada Anas bin Malik R.A

Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda: ‘Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan menganggap bahawa dosa kamu itu suatu yang membebankan (untuk mendengar doa kamu). Wahai anak Adam! Sekali pun dosa kamu seperti awan meliputi langit, kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiKu (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.’

(Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ini adalah hadis Hasan Sohih)

Hadis diatas dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa walau sebesar mana pun DOSA seseorang hamba itu, dosa tersebut tidak pernah dianggap bebanan oleh Allah untuk mendengar DOA dari hamba-hambanya.

Oleh itu, buangkan rasa inferiority complex (rendah diri yang tidak bertempat) dan jugaSu'uldzon (Sangka buruk) yang hanya akan merugikan kita. Bertaubatlah dan mohon pertolongan dari Allah dengan rasa yakin dan husnuldzon.

Please be fair to HIM!!
Hello.... Cinta dan Kasih Sayang Allah pada hamba-hambaNya tak sama dengan manusia yang fana ini, tolonglah faham dan kenali betul-betul.

Oklah..sambung study...

Good luck to all.

20 November 2010

ALASAN TERBURUK UNTUK KAHWIN

Assalamualaikum....COP COP..lawa tak pelamin di atas??? Hihi..cikfafa saje je lah kan usya2 pelamin..KAKAK cikfafa nak bernikah tahun depan..^_^.. And cikfafa rasa, untuk save budget, xsalah kalau kitorang tempah 'pelamin mini' je..Alah..untuk beberapa minit posing2 amek gambar, xyalah nak buat pelamin besar gabak..Lagipun, tak perlu kot bersanding. Pelamin cikfafa rasa untuk mencantikkan gambar. Maybe boleh tukar daripada SESI BERSANDING ke SESI BERGAMBAR.

Em..xtaula pendapat kakak cikfafa macamana,tapi cikfafa rasa macam best je bnda ni..Pelamin mini selalunya untuk nikah and tunang..Tapi design dia simple and sweet..Harga pun lebih murah..^_^..Time2 google image untuk pelamin mini nih, terjumpalah blog untuk pelamin di atas..Zaifie Zainal Creation...Memang la Vass design2 pelamin mini dia..rasa yg ni mahal la kot..hehe..xpela..just nak share je kan..

Td terjumpa gambar akak ni kat blog tu..Sweet la akak..Make-up xtebal sngt..Yang cikfafa suka..tudung dia MeNuTuPi apa yang perlu ditutup..Hm..rasanya xramai yg bila diandamkan oleh Orang Make-up yg mahal2 ni, pakai tudung labuh macam ni..selalu akan dipaksa pakai tudung yg masukkan dalam baju or tudung indon or tudung yg nampak rambut(xbertudung)..Jom usha akak kt bawah ni..Hehe..sopan.saya suka.Nak mcm gini jugak nanti..^.^Nak gambar lagi?pegi belek kat blog Zaifie Zainal

Ok..Balik kepada Tajuk..Ianya berkaitan juga dengan apa yg dikatakan di atas.. PErkahwinan..Janganlah tanya kenapa banyak post pasal kahwin..Saje..Suka..Hehe..

Yang kat bawah ni Cikfafa Ambil dari MAJALAH WANITA EDISI NOVEMBER (ADA GAMBAR ABBY ABADI)

10 ALASAN TERBURUK UNTUK BERKAHWIN:

1) TERLANJUR:::EHM…NI SEMUA ORANG TAU KAN:::SO JAUHI ZINA

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Thabarani:

Jauhilah kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah tidak bersunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya, dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.

2) IKUT KAWAN:::TERJANGKIT VIRUS KAHWIN LA KOT:::"WAH..MCM SYOK JE DIA ADA ISTERI/SUAMI..NAK KAHWIN JUGAKLAH":::PASTIKAN BERSEDIA DULU,JANGAN JUST IKUT2

3) PENUHI IMPIAN KELUARGA::: “KAWAN MAMA SEMUA DA ADA CUCU, MAMA TERINGIN SANGAT NAK TIMANG CUCU” AND “KO KAHWIN LA DENGAN DIA NANTI BOLEH KUKUHKAN BISNES ABAH YANG XMAJU-MAJU TU”:::NI SELALU AKU JUMPA KAT DRAMA SAMARINDA TV3

4) TERLALU KERAP BERSAMA:::BEST FRIEND TAK SEMESTINYA JADI SOULMATE:::JANGAN TERPENGARUH DENGAN LAGU “LUCKY IM IN LOVE WITH MY BESTFRIEND..LALALA”:::FIKIRLAH SEHINGGA MENJADI HANGUS

5) DIA CANTIK/ DIA KACAK/ DIA KAYA::: (AKU NAK JUGAK..HAHA):::CANTIK TU BONUS, BERTUAH KAN JADI ORANG CANTIK(XJELES XJELES):::"WAJAH CANTIK TIDAK BERMAKNA JIKA TIDAK DISERTAKAN DENGAN ILMU AGAMA, BAIK HATI, AKAL YANG BIJAK, MAMPU MENGAWAL EMOSI N SO ON”

6) LANGKAH BARU:::"SELEPAS MEMILIKI KARIER YG HEBAT, BERJAWATAN TINGGI, KERETA DAN SEBAGAINYA, ANDA MUNGKIN TERFIKIR UNTUK SATU LANGKAH KE HADAPAN IAITU PERKAHWINAN. MEMANG SEMUA LELAKI MEMILIKI PERASAAN INI TETAPI UNTUK MENYAMAKAN ANTARA SATU LELAKI KE LELAKI LAIN, TIADA TITIK YANG AKAN DITEMUI.”:::NI AKU COPY JE AYT DARI MAJALAH NI..AKU PON XFAHAM..MAKLUMLAH BUKAN LELAKI:::TAPI KALAU DAH DAPAT SEMUANYA, APALAGI YANG PERLU DIBUAT SELAIN KAHWIN..GURR

7) DIDESAK:::"KALAU AWAK SAYANG SAYA, BAIK AWAK SETUJU KAHWIN DENGAN SAYA. KALAU TAK KITA PUTUS":::der..INGAT MAIN PONDOK-PONDOK

8) DITANGKAP KHALWAT:::SAMA DENGAN KES FIRST..CUMANYA YG INI DITANGKAP. YANG FIRST TU DI'BEBAS':::SELALUNYA UNTUK TUTUP MALU, TAPI OKEY LAH KAN DARI XKAHWIN..YUKS2 JE

9) ANDA BERHUTANG DENGANNYA:::'HUTANG BUDI DIBAWA MATI:::SI PEMIUTANG NI PUN HAIILA..KENAPA PEMURAH SANGAT UNTUK DAPATKAN SEORANG PASANGAN:::DARIPADA BLIKAN ITU INI LEBIH BAIK ANDA BERBUAT AMAL DI TEMPAT KEBAJIKAN:::TAPI UNTUK KES YANG DIA BAYARKAN KOS PERUBATAN MAK/ABAH PASANGAN, YANG NI MEMANG AKU SOLUTE LA( JUMPA KAT NOVEL):::TAPI KESIANLAH JUGAK KALAU KAHWIN SEBAB NAK BALAS BUDI NI.

10) RAPAT DENGAN KELUARGANYA:::NAK SHARE FAMILY LA KONON SEBAB DARI KELUAR PERUT MAK DAH RAPAT DNGN FAMILY TU:::KES NI AKU BANYAK JUMPA KAT NOVEL ALAF 21

Hmm..Bagi CikFafa lebih baik kahwin daripada tak kahwin..biarlah alasan terburuk ke apa..Yang penting..Perlu tahu tujuan perkahwinan, tanggungjawab suami isteri,,persedian diri dari segi agama, mental fizikal,kewangan,ilmu keibubapaan dan lain-lain. Barulah perkahwinan itu, even terjadi dengan salah satu alasan di atas, terlindung dari penceraian.

19 November 2010

Damping Force Coefficient

salam...

Kenapa bila kita cuti kita akan jadi pemalas??

Mood cuti membuat gelora untuk study itu being damped..

wah..maybe damping coefficient nye sngt tinggi

Nak tau DAMPING tu abende?

As shown in figure above, the wave is damped with the changing of time...from the maximum amplitude to the lower amplitude. This is called transient condition. When the wave achieved stable condition, the amplitude will be constant.

Beginilah gelora study aku di kala ini..well..aku skrg da bukak nota2 softcopy..adalah jugak highlight2 point yg pnting..cumanya bila dah dalam 30 minit.aku menjajar pegi fikir bnda lain..haha..Maybe aku belum sampai steady state..

Ada jumpa post pasal 'student u n holiday'.tulisan Mr K. nak baca??sila klik

Oklah..alang2 aku dah cerita pasal damping ni..Nah aku bagi equation of motion..Ambik2!
(m + az) Z'' + bZ' + c Z = Fo cos we t
{Inertia} + {Damping Force} + {Restoring Force} ={Exciting Force}

Yeah..Inilah hasilnya aku study Dinamic of Marine Vehicles (DMV).Salah satu subjek yang aku ambil pada semester ini..Subjek ini ada 2 part.. Ship motion n maneuvering. Kenapa nak kena belajar??Hihi..silibus suruh..(ayat skema)..Hmm..bnyk tau equation2 yang bercacing dan bersimbol dalam subjek ni..Memang bila fikir..kerja xpakai pon..Tapi daripada subjek ni boleh tau apa yang perlu ditahu..Dah namanya pelajar Marine Technology,kalau tak tahu heaving..pitching..rolling..transfer..advance..rudder action..shallow water, celerity..hm..agak2 la ye..

Hii..aku suka subjek pasal wave..Tp jngnla expect dpt result GEMPAK..suka tak semestinya dapat "handle with care"..Antaranya ialah Hydrodynamic, Fluid Mechanic, Resistance, DMV, PSM…PSM pon masuk??haha..lantak la..

Tetapi, aku nak mengaku yang aku tak hantar lagi tutor 4..haha..(sukanya saya)..Entahlah..aku dahla tak boleh run fotran kat Windows 7..(Ok..itulah alasan namanya)..Terus terang jelah aku belum nak buat lagi..Tak hantar aci x ye..Nengok..walaupon suka tetapi ada certain point yg kita xdpt handle with care..

Suka tak semestinya 100% suka.Manusia ada je yang tak mengena di hati..And suka tak semestinya kita 100% perfect dengan benda itu..Ada certain part yang kita akan susah nak terima..Sebab tu kena banyakkn practice jd Sumpah2..hehe..Bukanlah suruh hipokrit tp perlu ada toleransi n rasional..Tiba2 aku nak tanya 'Apa kaitan yg force damping coefficient dngn perenggan ni??"..Lantak la kn..^_^

Actually..kalau kita kaitkan dengan perbuatan kita..Boleh dikatakan perbuatan kita ada exciting force..Ecxiting force akan jadi maximum apabila kita buat kerja last minute..Wahh..!Haha..time2 kita xtido malam tu kan nak siapkan keje..or nak study sebab esoknya kena jawab soalan sejam.Dulu aku jarang nk meng{akhirkan minit} ni..namun final year dah kan..bila lagi nak buat..Wahh..!

Sebab ape exciting force ni xselalu di thp maximum??sebab bergantung kat inertia, damping force and restoring force. Hm..kalau untuk exciting force ni xleh apply untuk kes 'damping semangat study' yg dinyatakan di atas..

[1] Inertia and mass=total kerja yg perlu kita buat..Sebab tu kita selalu excited bila buat kerja last minute ek..sbb kerja da dikumpulkn jd menimbun..wahh!

[2]damping force=force yg diperlukan untuk kurangkan and 'buat bodo' kt external disturbance..hm..bnde ni memng penting tau.sbb aku rasa bukanlah student life kalau xdidatangi dengan problem.lg2 kalau kita berpersatuan..berpasang-pasangan(semua orang ada love story der)..berkawan-kawanan.bermusuh-musuhan(semua org ada musuh der)..

[3]restoring force=ability to motivate yourself when you are down. Restore ni pon leh kaitkan dnegan memori kita.Aku caye ramai student ckp "dah tau tp lupa"..Kan kan?Sebab aku pon sama..Kalau study last minute tu kita excited trlbih sbb kita telah dimotivasi dengan perkara yang akan berlaku pada waktu yg trdekat dan juga kepala paksa ingtkan n dtngkan bnda2 yg kita da belaja..wahhh!..

By the way..asal aku nih macam promote 'study last minute' ni..Lantak la kan..^_^

17 November 2010

EMo EMo

tak suka:(versi emo)

1.dngr 'dia' mmbebel..mcm...haisyy...nsib baik aku ni msih brsbr...
mcm sngje mnykitkn hati jew..huhuhu..not that i want to hate her.

2. got notification for people comment the tagged photo..watder..like slmt hari raye pic n
so on..humm...thats why aku dh xmo tag org dh

3. dpt msg kt fb yg nth pape..bisnes la pe la..huhu

4. org yg xbuat n xtolong pastu nak komen2.n that person thought the comments was a joke.mcm...grr..suka hati aku la..n please la belajat wat lwk yg proper

5. Bila tekak da loya2 n pening..xde mood nk buat ape selain msg org yg berkenaan..haisy..
xproductive langsung

6. LAst minute command..hate that

Kenangan dan memori

Kenangan..

Pasti ada di setiap khayalan,

Entah mengapa menakluk fikiran,

Sarat pelbagai warna dan perasaan.

Memori..

Membenam kenangan,

Menggaul suka duka kehidupan,

Merungkai persoalan

Kekadang menambah kesangsian,

Setia menjadi teman kehidupan insan.

Aku mahu bebas dari kenangan pahit,

Biarlah yang manis jadi peneman setia,

Kerana aku inginkan keyakinan,

Kerana aku mahu berubah,

Kerana aku perlu ketabahan.

Tabah untuk melayan kenangan,

Tabah untuk membidas memori.

Dengan kenangan dan memori

Dapat kujadikan pemangkin hari esok

Mengubah diri menjadi lebih berguna.

16 November 2010

hari rAYA aidil adha

Assalamualaikum

oritelah..hari ni cikfafa sudah start engine and ready to maneuver myself

Yalah..sudah beberapa hari cikfafa mengiaw ngiaw buat tak tau dngn dunia sbg pelajar

and then mlm td i finally finished reading Romance novel "The Perfect Man" wrote by

Sheila o Flanagan..

Actually baru dua buku tulisan minah tu yg aku baca..

Lagi satu.."Bad Behaviour".

Ok,,jngnla tanya nape aku suka baca buku cinta2 English ni

Macamla xramai yg mempunyai minat yg sama kan..

Just that Novel English lebih real drpd novel2 cinta Melayu

Novel cinta Melayu nk suruh kita berangan je.

Tp skrg dah semakin bertumbuh cendawan2 selepas hujan(Apalah)

Maksudnya novel2 Melayu sekarang dah semakin lain..Labih real drpd dulukala

Lebih meluas..x stereotype..cang tu laa..barulah nak baca..

Next entry nak buat review la psl buku2 tu..

Harini ialah hari Arafah..(pnggilan yg selalu kuterima)

HArini mereka yg menunaikan haji akan berkumpul di arafah

Berkumpul smbil berzikir mengingati Tuhan..

Menginsafi dosa2 yang telah dilakukan..

" Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak."

Hmm...bilalah cikfafa mampu untuk menunaikan rukun ISlam yang kelima itu

Td cikfafa baca dr sebuah blog:

Mengikut di dalam kitab Lataif al-Ma'rif oleh al-Hafiz Ibn Rejab al-Hanbali antara amalan yang sunat dilakukan dan digalakkannya pada hari-hari begini ialah:

Pertama: Banyakkan berzikir sama ada tahlil, takbir dan tahmid. Seperti riwayat Ibn Umar secara marfu'.

Rasulullah bersabda, ” Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadis Ahmad).

Kedua: Melakukan ibadat puasa terutamanya pada hari Arafah kerana nilaian puasa pada hari tersebut seperti hadis riwayat Muslim daripada Abi Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang."

Walaupun begitu dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut: "Adapun orang yang sedang mengerjakan ibadat haji tidak sunat berpuasa pada hari tersebut, bahkan dia sunat berbuka mengikut perbuatan Nabi SAW di samping menguatkan tenaga untuk berdoa pada hari tersebut".

InsyaAllah dapat diamalkan..and InsyaAllah amalan-amalan kita dapat diterima..

Hari ni puasa mahu buka apa ye??(Tak macam awal pulak kn nk fikir)

Baiklah…selamat beramal..

08 November 2010

sesuatu yg xdijangka

salam...
ni bukan psl presentation td
alhamdulillah boleh diterima la
penerimaan lcturer2 td..
yg xdisangka..
aku menggoogle topik yg akan diceritakan di bawah
cuba byngkn kita mnghadapi situasi itu
mcmana nk brdepan dngn mslh ini..
ujian ini pasti akn lebih dasyat dr presentation psm
p/s: tajuk tiada kena mengena dengan pemilik blog

diambil dari mjlh pengantin Julai2009

Panduan mengambil hati bakal ibu mertua

Jangan Takut
takut ni consider takut terpelanting sudu, terjatuh golek masa jumpa bakal mertua. dan yang paling berat, takut bakal mertua xsuka. kena reject. teetttttt!! apa pun, tipsnya ialah hilangkan rasa takut tu dulu. bawak pegi jauh2. sebab perasaan itu akan membuatkan kita kaku, tak tentu arah, gelabah, senyum pun kelat pahit semua ada. so kena bersikap positif dan yakin. jadi lebih rileks dan biasa.

Jaga Percakapan
Kalau bersembang, biar calon mertua yang mendominasikan conversation tu. kalau diorg jenis pendiam, jangan pula lawan diam skali. tanya2 la soalan2 yang patut. pasal keja ka, pasal bola ka, pasal kammpung ka. ini kira effort nak beramah mesra la kan.

Jadilah Diri Sendiri
senang cakap susah nak buat. we tend to be so damn nice. masa cakap atau cara penampilan. just be yourself. supaya lebih selesa dan bertenang.

Puji Memuji
Find any good point to give the compliment. rumah cantik ke, bersih ke, masak sedap ke, ramah ke..tapi please avoid puji pasal harta. macam nampak gila harta plak. contohnya, kayanyaa... (gilo ko..cakap dalam hati sudah..)

Tawarkan Bantuan
Offer diri utk tolong apa2 yang dirasakan perlu. Kemaskan meja ka, angkat barang ka. Ingat, jangan anggap kerja dapur kerja perempuan semata-mata. Lelaki juga bertanggungjawab menlakukannya juga.

Dress for success
First impression penting. cara pakaian tu jangan la selekeh. dress up. kemas dan sopan. walaupun menjadi diri sendiri, tapi jangan lah dengan tshirt lusuh dan jeans koyak. agak-agak la kan..

Sopan
Mana-mana orang tua pun suka anak muda yang sopan. Lelaki atau perempuan. Apa pun kekurangan diri, boleh tercover dek kesopanan dan budi bahasa itu. Murahkan senyuman, ringan mulut untuk berterima kasih dan memberi pujian, bersalaman, cium tangan tanda hormat dan kalau boleh bawalah buah tangan.

Bersedia menerima kritikan
Calon mertua akan bagi pelbagai alasan untuk menolak orang baru. Kadangkala ini simptom susah nak 'lepas' anak. baik lelaki atau perempuan. Takut kalau-kalau anak kesayangan tak dijaga sebaiknya seperti beliau. Maka wujudlah unsur ragu-ragu dalam diri para ibu bapa ini. Hormati pendirian mereka. Berusaha memenangi hati mereka. Pada masa yang sama jangan berdendam atau membenci kerana tanpa disedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan anda. Ini akan mejauhi lagi jurang antara kita dan bakal mertua.

tp cikfafa rasa yg paling penting..
kena jadi diri sendiri la kn??
mcm kita nk interview pon
mane boleh berpura-pura
cumanya..jngn la trlalu jujur
smpai tnjuk semua perangai yg xelok..
apepon..cikfafa saje je nk ckp psl ni..
hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...